Kadang-kala
Aku rasa lebih baik aku berdiam diri
Dari aku menyatakan sesuatu
Yang boleh menyakitkan hati seseorang
Tapi aku ingin sekali dia tahu
Walau aku diam bergini
Hati aku terasa sakit
Bagai dicucuk dengan seribu jarum
Ingin diluahkan namun tiada tempat
Kecuali hanya kepada ALLAH
Aku bersyukur
Kerna Allah sentiasa bersamaku
Walau aku sedih, gembira, Allah sentiasa ada
Tidak pernah sekali aku rasa aku jauh dariNYA
Terima Kasih ALLAH
Kerana selalu bersama dengan hambaMU ini
Walau pun ada masa aku
yang pergi menjauhNYA
Namun DIA tidak pernah meninggalkan aku.
Kerana Sentiasa bersama denganku..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan