Khamis, 3 April 2014

Hujan & Doa

Hujan yang turun bagaikan mutiara....hehe tiba-tiba menyanyi plak kan... 

Suka sangat bila hujan. Rasa tenang, damai..
Air yang jatuh dari langit...  Bertapa besar keagunganNYA

Hujan nie pembawa rahmat. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini aku sangat suka bila hujan. Rasa ingin berlari dalam hujan seperti zaman kanak-kanak ku dahulu sehingga bonda a.k.a mak tercinta marah sebab takut demam.. Hihihi

Sangat-sangat gembira. Sampai ke hari ini, kadang-kala bila hujan teringin sangat nak buat macam tu lagi. Tapi takut juga kalau bonda tercinta tahu, nanti mula bising dah besar panjang macam nie jadi macam kanak-kanak lagi. 

Tapi serius jika ada peluang, aku akan buat lagi. Tapi sekarang nie, aku hanya mampu tengok dari tingkap pejabat je lah. 
Hujan nie terlalu banyak makna dalam diri aku. Terlalu istimewa, aku bagaikan katak yang merindui hujan. Terlalu nikmat yang aku rasakan. 
Alhamdulillah
Semoga hujan yang sedang turun ini membawa rahmat kepada seluruh alam termasuk manusia, tumbuhan & haiwan. 
Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan