Semalam aku disini membuatkan seluruh tubuhku menjadi lesu. Mungkin kerana aku tidak tidur semalaman untuk menyiapkan dia. Tapi setakat ni, masih belum siap lagi. Emm...Kenapa terlalu lambat aku menyiapkannya...
Badan dah terasa sangat lesu, tapi ikut hati ingin siapkan juga agar tidak terlalu lewat nanti.. Jika siap satu ni, masih ada 3 langkah lagi untuk aku siapkan semua.
Ya Allah, bantulah hambaMU ini menyiapkan ia lebih cepat agar aku boleh membuat sesuatu yang lain untuk minggu hadapan dan seterusnya.
Mata seolah-olah tidak mahu dibuka lagi. Tapi aku gagahkan juga tangan ini untuk terus menaip siapkan jugak. Aku yakin, aku mampu untuk siapkan ia pada hari ini jugak. Itu pun dengan izinNYA.
Jika tiba-tiba mataku terpejam, semua tu kuasa ALLAH. Tapi selagi aku mampu aku akan cuba untuk siapkan sekurang-kurangnya 2 step. Bolehnya..... As,you can do it right?? Smile....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan