Rabu, 25 Mac 2015

Assalamualaikum..

Wahhh..lamanya aku tak conteng apa~apa kat sini. Mungkin disebabkan aku mengejar masa untuk siapkan akaun kot. Sekarang Alhamdulillah, satu akaun dah siap tinggal akaun tempat keje ni je tengah siapkan. Tapi dia tak banyak cuma nak adjust tu yang ambik masa sikit. InshaAllah, minggu nie mesti siap. 

Bulan febuari a.k.a bulan 2 tak ada apa-apa pun updated sebab waktu sangat cemburu kat kita..Cewahh, padahal diri sendiri yang tak susun waktu dengan baik. Hahaha~

Hujung bulan 1 my beloved brother tunang. Aku pun tak pasti apa perasaan aku, cuma aku berdoa jika itu yang terbaik untuk abangku dunia n akhirat semoga semua dipermudahkan Allah. Aiman masih tak boleh terima, kakak Fariha dan Fatin Alhamdulillah dah boleh terima sikit. Aiman sorang je masih susah sikit, tapi aku percaya Aiman boleh terima cuma ambik lebih masa. 

Baru aku tahu sebenarnya anak lelaki ni lebih keras sedikit hatinya, kita sebagai ibu bapa nie kena pandai pujuk dengan cara yang betul untuk faham mereka. InshaAllah, aku akan doakan yang terbaik buat kalian. Fariha, Aiman, Fatin, mama ayu sayang kalian sangat2. 

Fad adik arwah dah kawen pun, dia buat majlis dekat UIA. Aku jumpa opah, atuk, mak-mak saudara arwah. Ibu kenalkan aku kawan arwah, means cinta hati dia. Tipulah kalau aku tak rasa apa-apa kan, tapi aku tetap senyum, senyum dan senyum. Walaupun hati ini rasa nak menangis. InshaAllah hati ini dah benar2 boleh terima dia dah pergi buat selamanya. Aku yang masih hidup ini, diberi peluang untuk sentiasa bertaubat kepada Allah. InshaAllah. Buat arwah doa saya akan sentiasa ada untuk awak. 

Jumaat 30.01.2015 ~ Hari pertama aku beranikan untuk keluar dengan someone. Dia call ajak keluar, memang terkejut sampai semua organ dalaman aku rasa nak terkeluar.Hahahaha~ Setelah 5 tahun, ini kali pertama aku nak keluar berdua dengan seorang lelaki. Bukan mudah tapi aku cuba untuk kenal dia dengan lebih dekat lagi. Aku berdoa kepada Allah jika ini adalah jodohku, pinjaman kepadaku didunia dan akhirat yang boleh dekatkan aku kepada Allah semoga perjumpaan ini dipermudahkan dan dikekalkan dunia dan akhirat. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Walaupun aku rasa malu lagi, tapi tak adalah nampak sangatkan. hihihi

Pandangan aku terhadap dia ~ Dia tahu terlalu banyak perkara yang aku tak tahu. Dia menarik minat aku untuk aku kenal dia lagi. Dia banyak beri aku motivasi untuk aku "move on" yang selama nie aku rasa tak boleh dengan dia aku rasa boleh. Dia banyak cerita tentang apa dia buat. Alhamdulillah, dia bukakan minda aku untuk sesuatu yang baru. Suka.  

Aku bukan mudah untuk keluar dengan lelaki yang aku tak kenal nie tapi aku berserah kepada Allah jika dengan dia buat aku selesa, jadi diri aku yang sebenar semoga semua dipermudahkan. Itu sahaja. 

Cukuplah dulu, nanti aku sambung story lagi ye. Kalau nak cerita pasal dia, sampai kesudah tak habislah.. hehehe 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan