Saya selalu dengar waktu ikut kelas-kelas agama atau ceramah, tapi tak tahu pulak makna yang sebenar. Jadi hari nie saya tanya Mr.Google. So, banyak lah jawapan yang keluar. Bagusnya zaman IT nie, apa nak semua dihujung jari je. Jadi tanamkan dalam diri, setiap hari mesti belajar sekurang-kurangnya satu ilmu. Ok :) Jom baca, saya ambik yang saya mudah faham je.
Apa maksud mujahadah?
Apa maksud mujahadah?
1. Maksud mujahadah bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah dan amal soleh sesuai
dengan amanat dan tujuan penciptaan oleh Allah SWT :)
2. Mujahadah bermaksud melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu. "Apabila nafsu dapat dikalahkan, individu mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi".
Orang yang sanggup melawan nafsu adalah orang yang percaya kepada akhirat serta hari pembalasan. Ia adalah kekuatan yang ada pada umat Islam.
Adakah kita benar-benar percaya pada hari akhirat?
Mujahadah menyucikan nafsu dan menaikkannya ke tahap yang mulia. Secara dasarnya, nafsu yang paling rendah martabatnya adalah nafsu ammarah. Hati yang dikuasai nafsu ammarah dipenuhi dengan syahwat, suka dipuji, takutkan kesusahan dan mudah kecewa. Apabila hati digilap dengan mujahadah, ia meningkat ke tahap yang lebih stabil iaitu lawwamah. Hati yang dipenuhi lawwamah menyebabkan tuannya terumbang ambing antara kebaikan dan kekejian. Apabila hati terus digilap, ia meningkat kepada makam nafsu mutmainnah ataupun hati yang damai. Mereka yang memiliki hati mutmainnah yakin dengan janji-janji Allah. Justeru mereka sentiasa tenang menghadapi ujian dan tekanan di dunia kerana merindukan kesenangan di akhirat. Golongan yang bermujahadah adalah golongan yang gagah kerana mereka tidak dapat dibeli oleh dunia.

Adakah kita termasuk dalam golongan orang yang bermujahadah? Renung-renungkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan