"Ya ALLAH! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan perbuatan ku. Aku mengakui nikmat-Mu kepada ku dan aku mengakui dosa ku. Oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.” (Riwayat Bukhari no. 6306)
Amalan Penghulu Istighfar
Sekurang-kurangnya di baca 3 kali pada waktu pagi dan petang. Sebaik-baiknya dibaca 100 kali dalam masa sehari.
Kelebihan Penghulu Istighfar
Kelebihan penghulu Istighfar ini menurut Nabi Muhammad SAW, “Sesiapa mengucapkannya pada siang hari dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal pada petang harinya maka dia akan dimasukkan ke syurga. Begitu pula jika diucapkan pada malam hari dengan meyakini maknanya, lalu dia meninggal pada pagi harinya maka dia akan dimasukkan ke syurga.”
Alangkah ruginya kita, jika amalan yang amat mudah tapi dijanjikan dengan syurga pun masih kita tidak amalkan. Semoga Allah memberikan kekuatan agar kita mampu mengamalkannya. Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Wasalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan