Rabu, 9 April 2014

Bebaskan...Bebaskan

Bebaskan
Bebaskan
Tak mampu bertahan lagi
Bebaskan
Bebaskan

Jika boleh hati ini
Dibebaskan dengan semua perasaan
Ingin sahaja aku berlari
Seperti anak-anak kecil
Bebas
Tanpa apa yang perlu difikirkan lagi
Bebas
Tanpa perlu ada rasa curiga

Rasa cukup tidak mampu
Untuk terus berdiri disini
Aku ingin mencari
Sesuatu yang buat aku rasa bebas
Tenang
Aku ingin tinggalkan seketika dunia
Hal-hal dunia yang buat aku rasa bercelaru

Aku ingin rasa
Bebas
Dalam membuat sebarang keputusan
Ingin aku pergi
Satu tempat yang aku bebas
Tanpa berbuat apa-apa
Selain untuk beribadat kepadaNYA

Bebas
Hanya untuk seketika
Aku ingin kembali
Bukan seperti aku yang sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan