Alhamdulillah. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Lagi 8 minggu aku akan dapat anak saudara baru.. Tapi aku tak tahu kenapa hati ini terlalu sedih... Air mata sentiasa mengalir, mungkin kerana abang dan kakak iparku menanti hampir 7 tahun. Semua kuasa ALLAH, berkat doa mak & ayah dan izinNYA kakak iparku mengandung.
Ya Allah, selamatkan baby dan kakak iparku. Serta semoga aku dapat melihat baby tu nanti. Aku tak tahu kenapa, hati aku terlalu sayu. Aku terlalu tak sabar untuk ada baby sendiri. Tapi aku tahu, semua tu adalah kuasa ALLAH. Hanya Allah sahaja yang tahu, bila aku akan dapat rasa semua tu.
Baru nie, aku ada terfikir untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci sebelum aku mendirikan rumahtangga atau aku dijemput kembali olehNYA. Semoga aku dipermudahkan dalam segala urusan didunia n akhirat. Amin.
Kadang-kala aku boleh menangis secara tiba-tiba. Orang lain tengok aku cukup kuat, tapi hati ini, hanya ALLAH sahaja tempatku mengadu segala rasa. Hehehehe.
Allah adalah segala-galanya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan