Rabu, 30 April 2014

Untukmu Imamku - Lyric

Terlintas tanya hati, siapakah yang kan mengisi
Hari-hariku nan penuh cinta, yang kan membawa ke syurga
Dia yang mencintaiku, dan semua kekuranganku
Yang kan membimbingku di dunia, menuju cinta yang kuasa

Untukmu imamku, kuserahkan segala cintaku
Cinta yang kan menuntunku menggapai cintaNya bersama dengan muu
Untukmu imamku, kuberikan kesetiaan ku 
Berdua memadu janji satu, sambut cintaku hanya untukmu

Dia yang mencintaiku, dan semua kekuranganku
Yang kan membimbingku di dunia 
Menuju cinta yang Kuasa

Untukmu imamku, kuserahkan segala cintakua
Cinta yang kan menuntunku menggapai cintaNya bersama dengan muu
Untukmu imamku, kuberikan kesetiaan ku 
Berdua memadu janji satu, sambut cintaku hanya untukmu

Wanita Syurga Bidadari Dunia ~ Note

Mudah bagi perempuan untuk masuk syurga
Bagi isteri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: 
“Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Namun perempuan lebih ramai di neraka...
Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.”

Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya:
“Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?”

Rasulullah S.A.W bersabda: 
“Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. 

Wanita itu bertanya lagi: 
“Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? 

“Rasulullah s.a.w bersabda:
“Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”

Ya Allah, Semoga kita menjadi salah seorang wanita-wanita syurga. Amin

Selasa, 29 April 2014

Doaku :)

Wanita Solehah Bidadari Syurga :)
Pendamping
Cukup jika dia memahamiku
Menerima semua kekurangan & kelebihan diri ini seadanya
Tapi yang pasti
Boleh membimbingku lebih mendekati
Allah SWT lagi..
Berkongsi segala ilmu yang ada
Dunia & Akhirat
Amin
InshaALLAH

Cinta Kerana Allah

Cintalah kerana Allah
Kerna semuanya bermula dariNYA


Isnin, 28 April 2014

Auratku

Assalammualaikum.... Hari ni, kita cakap tentang aurat plak. Aurat kita sebagai seorang wanita muslimah. Dimana batas-batas aurat yang sangat perlu kita titik beratkan untuk kita menjauhi azabNYA. Subhanallah... 

Tapi aku sangat bersyukur, kerana ALLAH masih memberikan aku peluang untuk mengingati semua ini. 
Terima kasih buat Mr.J kerana telah membantuku menyelesaikan sesuatu yang sangat aku ingin tahu. Semoga Allah akan sentiasa merahmati dikau. Amin. 



Wanita Solehah


Wanita Solehah..



Jumaat, 25 April 2014

Jom Beristighfar

"Ya ALLAH! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan perbuatan ku. Aku mengakui nikmat-Mu kepada ku dan aku mengakui dosa ku. Oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.” (Riwayat Bukhari no. 6306)

Amalan Penghulu Istighfar
Sekurang-kurangnya di baca 3 kali pada waktu pagi dan petang. Sebaik-baiknya dibaca 100 kali dalam masa sehari.

Kelebihan Penghulu Istighfar
Kelebihan penghulu Istighfar ini menurut Nabi Muhammad SAW, “Sesiapa mengucapkannya pada siang hari dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal pada petang harinya maka dia akan dimasukkan ke syurga. Begitu pula jika diucapkan pada malam hari dengan meyakini maknanya, lalu dia meninggal pada pagi harinya maka dia akan dimasukkan ke syurga.”

Alangkah ruginya kita, jika amalan yang amat mudah tapi dijanjikan dengan syurga pun masih kita tidak amalkan. Semoga Allah memberikan kekuatan agar kita mampu mengamalkannya. Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Wasalam.

Doa Menghindar Bebanan Hutang

"Ya Allah aku berlindung daripada kesusahan dan kesedihan,
daripada kelemahan dan kemalasan,
daripada sifat pengecut dan bakhil,
daripada bebanan hutang
dan kekuasaan manusia"

Doa ini dibaca 3 kali pagi & 3 kali petang.
Jika diamalkan secara istiqamah,
In sha ALLAH
masalah hutang akan selesai. 
Doa ini juga terdapat dalam buku alma'surat.

P/s: Kita berusaha, selebihnya hanya ALLAH yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua. InshaALLAH. 

Khamis, 24 April 2014

Janji ALLAH itu PASTI

Kita manusia biasa tak pernah dari dari melakukan sebarang kesilapan,
Tapi Allah sentiasa menyediakan pintu taubat,
Kita mampu bertaubat, setiap hari..Tapi adakah kita melakukannya??? 

Tanyalah diri kita sendiri
Dimana tahap keimanan kita

Ramai kata aku sangat cerewet
Ye, aku memang cerewet dalam pelbagai hal,
Tapi sekarang aku dalam proses untuk berubah untuk kurangkan rasa cerewet itu. 
Tapi salahkah aku kalau aku cerewet dalam memilih calon suamiku sendiri?? 
Salahkah aku jika aku mencari yang terbaik untuk diriku.. 

Orang tak tahu apa sebenarnya yang aku inginkan,
Tapi aku percaya ALLAH tahu, 
kerana apa yang aku sedang lakukan ini hanya untuk lebih dekat denganNYA. 
Aku hanya inginkan seseorang yang boleh menerima semua kelemahan ini, untuk Agamaku, untuk Keluargaku, untuk Dunia dan Akhirat.
Boleh sama-sama belajar ilmu Allah ini, dan boleh mendekati ALLAH lagi.
Aku rasa sangat mudah, tapi sebenarnya sangat susah...
Tapi aku percaya Allah sentiasa ada untukku.. 
LAILAHAILALLAH. 

Isnin, 21 April 2014

Laa Haula Wa Laa Quwwata Illaa Billah, Amin.

Kadang-kala aku rasa aku kuat, tapi sebenarnya aku tidaklah sekuat yang disangka. Aku cuba mencari kekuatan dengan pelbagai cara, Alhamdulillah...Akhirnya aku tahu jua, yang kekuatan sebenar datangnya dari ALLAH. Jadi aku kembali kepadaNYA untuk terus mendekatiNYA, agar beroleh kekuatan itu. Semoga aku tidak lagi akan berfikir secara negatif untuk menghadapi sebarang musibbah.. Amin.. 


Doa Iman

Assalamualaikum.. Selamat pagi. :) Pagi nie, kita mulakan dengan DOA IMAN yer... Semoga kita semua akan dikuatkan Iman.. Amin.. 

Jumaat, 18 April 2014

~Alhamdulillah~


Think +



Bersangka baik pada ALLAH

Sentiasa kena ingat
ALLAH tidak pernah terlambat dari menurunkan sesuatu buat umatNYA
Jadi kita sebagai umatNYA harus sentiasa bersyukur dengan apa jua yang sedang kita hadapi
Suka, duka semuanya datang dariNYA untuk mendewasakan kita
Untuk memberi kita kekuatan, kesabaran, ketabahan & untuk lebih mendekatkan kita kepadaNYA
Tapi kita manusia
Seringkali mengeluh dengan apa yang kita sedang hadapi
Sedangkan Allah tidak mintak kita untuk lari dari sesuatu masalah
Tapi Allah ingin kita sentiasa bersabar, dan mengadu kepadaNYA
Allah rindu dengan suara kita, Allah rindu ingin kita menangis dihadapanNYA
Alhamdulillah, terima kasih Ya ALLAH
Semoga aku sentiasa dekat denganMU
Tidak pernah menjauhiMu walau sesaat pun

Silence is Better

Kadang-kala
Aku rasa lebih baik aku berdiam diri
Dari aku menyatakan sesuatu 
Yang boleh menyakitkan hati seseorang

Tapi aku ingin sekali dia tahu
Walau aku diam bergini
Hati aku terasa sakit
Bagai dicucuk dengan seribu jarum
Ingin diluahkan namun tiada tempat 
Kecuali hanya kepada ALLAH

Aku bersyukur
Kerna Allah sentiasa bersamaku
Walau aku sedih, gembira, Allah sentiasa ada
Tidak pernah sekali aku rasa aku jauh dariNYA

Terima Kasih ALLAH
Kerana selalu bersama dengan hambaMU ini
Walau pun ada masa aku
yang pergi menjauhNYA
Namun DIA tidak pernah meninggalkan aku.
Kerana Sentiasa bersama denganku..

Selasa, 15 April 2014

Mengamit Memori ~ 1

Bila dengar lagu "Teman by Lion ft Zahidah" nie buat aku rasa rindu sangat pada semua kawan-kawan waktu sekolah rendah, sekolah menengah, waktu study dulu.... Kalau boleh imbas semua seperti dalam drama agak-agaknya berapa siri ye nak keluarkan... hehe

Tapi sejujurnya aku rindu dengan kenangan yang terjadi dahulu. Waktu mula-mula masuk sekolah, jumpa kawan-kawan.. Tahun 1 (1994/95), ada orang kena makan penampar dengan aku. Rasanya orang yang kena penampar tu ingat lagi tak pada aku yerr... Sape suruh dia kacau aku kan.. Ambik sekali. Tapi aku nak mintak maaf pada dia, waktu tu aku betul-betul tak sengaja, dia suka kacau aku ngah melukis or mewarna. Geram jugak... Lepas dia kena tampar, dia tak ada menganggu aku lagi. Alhamdulillah.. 

Tahun pertama aku masuk sekolah, nenek sebelah mak meninggal. Rasa rindu kenangan ngan nenek, hanya doa yang tidak putus-putus aku mampu berikan. Atuk belah mak pun aku tak pernah jumpa. Tapi aku pernah tengok gambar atuk. Belah ayah kedua-duanya aku tak pernah jumpa. Tapi buat atuk-atuk n nenek-nenek, ayu tak kan lupa doakan kalian agar ditempatkan bersama orang-orang yang soleh n solehah. :)

Tahun 1, guru kelas aku Cikgu Wardati (Bahasa Melayu). Dia baik, lembut. Baru ni aku ada jumpa dia lagi, waktu ada pilihan raya kat daerah aku. Alhamdulillah, cikgu tu masih sama macam dulu. Sir Firdaus, cikgu bahasa Inggeris aku. Cikgu Wardati nie adalah orang yang mengajar aku membaca. Besar sungguh jasamu guru, terlalu banyak yang telah aku pelajarinya.

Tahun 3 (1997), aku ingat lagi ada cikgu Mate nie nama dia Cikgu Zul kalau tak salah. Dia memang sangat garang, kalau aku lambat jawab sifir pun comfirm pembaris tu dah kena belakang aku.. Hehehe. Tapi lepas pada tu, Mate aku tak pernah dapat B pun.. Baguskan, aku rasa kalau Bahasa Inggeris, BM, PI dan semua subjek cikgunya macam tu, mesti keputusan aku lagi bagus kan. Belajar sebab takutkan cikgu.. Hahahaha.. Tapi aku tetap bersyukur dengan keputusan yang keluar. 

Dulu waktu sekolah rendah aku ada berlakon teater, wahh..macam besar je citer tu kan..Tapi aku lakonkan watak ibu kepada si anak derhaka.. Ayahnya Saiful(elly), kelakar lah. Zaman kanak-kanak bila nak diungkapkan terlalu banyak kenangannya. Yanti, kawan sebelah rumah a.k.a kakak Saiful(indon) tu selalu aku tetap rindu. Dia kawan aku, selalu pergi mengaji, main, balik sekolah semua sama-sama. 

Tapi mereka semua balik Indonesia waktu aku tahun 5 (1999) kalau tak salah. Waktu tu ada operasi besar-besaran warga asing. Jadi keluarga tu ambik keputusan untuk balik menetap di negara mereka. Aku teringin sangat nak pergi melawat mereka kat sana, rindu sangat-sangat pada mereka. Ya Allah, jika diIzinkan aku ingin sekali bertemu mereka di Indonesia sana. Mereka akan tetap dihati ini. 

Tahun bertukar tahun, aku akhirnya tahun 6 (2000). Ambik UPSR tahun nie. Rasa macam tak sabar nak masuk sekolah menengah kan. Kawan sekolah rendah yang aku masih ingat Normah, Ida, Ziera, Shera, Amasilah, Yusniza, Nina, Saiful (elly), Aizam, Jamil, Jeki, Saiful(dah balik Indonesia), Sufian, Rohaimi. Yang nie je aku ingat, tak pasti ada lagi or memang nie je... hihi

Semua cikgu-cikgu sekolah rendah aku nie, terlalu besar jasanya. Mengajar aku membaca, menulis, mengira, solat, dan tentang kehidupan juga. GURU terlalu besar maknanya. Jadi tak salah kalau aku sayangkan mereka lebih dari cikgu sekolah menengah kan. :) 

Alhamdulliah

Alhamdulillah. Alhamdulillah... Alhamdulillah...  Lagi 8 minggu aku akan dapat anak saudara baru.. Tapi aku tak tahu kenapa hati ini terlalu sedih... Air mata sentiasa mengalir, mungkin kerana abang dan kakak iparku menanti hampir 7 tahun. Semua kuasa ALLAH, berkat doa mak & ayah dan izinNYA kakak iparku mengandung. 

Ya Allah, selamatkan baby dan kakak iparku. Serta semoga aku dapat melihat baby tu nanti. Aku tak tahu kenapa, hati aku terlalu sayu. Aku terlalu tak sabar untuk ada baby sendiri. Tapi aku tahu, semua tu adalah kuasa ALLAH. Hanya Allah sahaja yang tahu, bila aku akan dapat rasa semua tu.

Baru nie, aku ada terfikir untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci sebelum aku mendirikan rumahtangga atau aku dijemput kembali olehNYA. Semoga aku dipermudahkan dalam segala urusan didunia n akhirat. Amin. 

Kadang-kala aku boleh menangis secara tiba-tiba. Orang lain tengok aku cukup kuat, tapi hati ini, hanya ALLAH sahaja tempatku mengadu segala rasa. Hehehehe.

Allah adalah segala-galanya.. 

Rabu, 9 April 2014

Kekuatan

Ya Allah
Berilah hambaMu ini sedikit kekuatan lagi
Untuk aku lebih bersabar
Ya Allah
Aku terlalu lemah untuk hadapinya
Berilah aku kekuatanMu
Jika benar dia tercatat untukku
Dekatkanlah dia denganku
Bukakanlah hati ini untuknya
Yang mencintaiMu
Hati ini milikMu Ya Rabb
Tiada yang lain selain untukMu
Namun
Aku sering kali tewas
Ya Allah
Aku memohon kepadaMu
Jika benar-benar dia memang milikku
Pinjaman kepadaku dariMU
Engkau dekatkan lah dia A......
Kepadaku
Mudahkanlah urusan kami Ya Allah
Amin

Bebaskan...Bebaskan

Bebaskan
Bebaskan
Tak mampu bertahan lagi
Bebaskan
Bebaskan

Jika boleh hati ini
Dibebaskan dengan semua perasaan
Ingin sahaja aku berlari
Seperti anak-anak kecil
Bebas
Tanpa apa yang perlu difikirkan lagi
Bebas
Tanpa perlu ada rasa curiga

Rasa cukup tidak mampu
Untuk terus berdiri disini
Aku ingin mencari
Sesuatu yang buat aku rasa bebas
Tenang
Aku ingin tinggalkan seketika dunia
Hal-hal dunia yang buat aku rasa bercelaru

Aku ingin rasa
Bebas
Dalam membuat sebarang keputusan
Ingin aku pergi
Satu tempat yang aku bebas
Tanpa berbuat apa-apa
Selain untuk beribadat kepadaNYA

Bebas
Hanya untuk seketika
Aku ingin kembali
Bukan seperti aku yang sekarang.

Let it Go ~ Bebaskan

Bebaskan bebaskan
Tak dapatku pendam lagi
Bebaskan bebaskan
Mulakan hidup baru

Salju putih menutupi malam
Tiada jejak yang terlihat
Kerajaan yang terasing dan akulah ratunya
Hembusan bayu bak gelora jiwaku
Puasku cuba tuk memendamnya

Jangan sampai mereka tahu
Harus menjadi yang diharapkan
Lindungilah yang sebenar
Kini aku

Bebaskan bebaskan
Tak mampu bertahan lagi
Bebaskan bebaskan
Tidak seperti dulu
Di sini berdiri megah
Bebaskan bebaskan
Kedinginan tak pernah menggangguku

Kini dapatku lihat jelas dari kejauhan
Ketakutan terpendam telah dapat ku lepaskan
Diatas kedinginan ku bernyawa lagi
Kisah silam ku lepaskan tak mungkin ku sesali

Bebaskan bebaskan
Tak mampu bertahan lagi
Bebaskan bebaskan
Ku cuba sedayaku
Di sini berdiri megah
Bebaskan bebaskan
Kedinginan tak pernah menggangguku

Berdiri membeku di alam pilihanku
Katakan bertemu segala yang kutinggalkan
Ku timbun membeku

Bebaskan bebaskan
Tak mampu bertahan lagi
Bebaskan bebaskan
Tidak seperti dulu
Di sini berdiri megah
Bebaskan bebaskan
Kedinginan tak pernah menggangguku

Bebaskan
Yeah..
Na na..
Bebaskan..
Bebaskan bebaskan
Uuu.. bebaskan

Isnin, 7 April 2014

Lagu Teman - The Lion Story Ft Zahidah

Lagu Teman - The Lion Story Ft Zahidah
Pertama kali kita berjumpa,
Tidak kepastiannya ternyata,
Diriku dipenuhi soalan,
Ku tiada teman..

Aku terlihat insan yang keliru,
Air yang deras mencermin wajahku,
Engkau menjelma memberi harapan,
Menghulur tangan…

Sempena hari mulia Ini,
Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali,
Semua yang kerap kita mengadukan,
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan…

Detik masa kini kedengaran,
Aku mengucap selamat jalan,
Kepada teman yang sering menghibur dengan gurauan…

Bagaikan anak yang baru dilahir,
Titisan mata pun mulam mengalir,
Di simpang jalan kita menyebut kata terakhir…
Whoaaa.....hoaaaa...

Sempena hari mulia ini,
Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali,
Semua yang kerap kita mengadukan,
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan…

Ku hargai semua yang terjadi,
Memang nyata dirimu takkan ada pengganti,
Semoga kita dapat bertemu semula,
Kerana aku yakin engkau akan sentiasa
Di hatiku…..

Sempena hari mulia ini,
Aku tersenyum lalu mengimbasi kembali,
Semua yang kerap kita mengadukan,
Kini jadi bahan rindu yang ku simpan….

Ku hargai semua yang terjadi,
Memang nyata dirimu takkan ada pengganti,
Semoga kita dapat bertemu semula,
Kerana aku yakin engkau akan sentiasa,
Di hatiku………

Ahad, 6 April 2014

Luruh

Luruh
Saat yang paling aku nantikan
Menyaksikan helaian-helaian daun berguguran
Sungguh bergitu indah

Musim berganti musim
Namun aku masih disini
Mencari
Menanti
Memikirkan
Sesuatu yang aku tak mungkin dapat jawapannya

Disini juga
Saat-saat terakhir aku dan dia
Membawa haluan masing-masing
Sekali
Dia melangkah pergi
Aku tidak mungkin akan terima dia kembali

Ketetentuan Ilahi
Tiada siapa dapat menduga
Saat hati sedang berperang
Dia pergi menyambut seruan ILAHI

Kaku
Kelu
Denyutan jantungku 
Bagaikan terhenti seketika
Namun
Nafasku terus berfungsi
Seperti langkah
Yang masih perlu diteruskan

Kenangan akan terus bersemadi
Disini



Lesu

Semalam aku disini membuatkan seluruh tubuhku menjadi lesu. Mungkin kerana aku tidak tidur semalaman untuk menyiapkan dia. Tapi setakat ni, masih belum siap lagi. Emm...Kenapa terlalu lambat aku menyiapkannya... 

Badan dah terasa sangat lesu, tapi ikut hati ingin siapkan juga agar tidak terlalu lewat nanti.. Jika siap satu ni, masih ada 3 langkah lagi untuk aku siapkan semua.

Ya Allah, bantulah hambaMU ini menyiapkan ia lebih cepat agar aku boleh membuat sesuatu yang lain untuk minggu hadapan dan seterusnya. 

Mata seolah-olah tidak mahu dibuka lagi. Tapi aku gagahkan juga tangan ini untuk terus menaip siapkan jugak. Aku yakin, aku mampu untuk siapkan ia pada hari ini jugak. Itu pun dengan izinNYA. 

Jika tiba-tiba mataku terpejam, semua tu kuasa ALLAH. Tapi selagi aku mampu aku akan cuba untuk siapkan sekurang-kurangnya 2 step. Bolehnya..... As,you can do it right?? Smile....

Sabtu, 5 April 2014

Excited

Hari ni macam biasalah, masuk keje "part time" kat tmpat coklat....Buat keje macam biasa.. 

Lepas tu tiba-tiba ada dua orang lelaki ni datang, sebab dia ada tempah "Chocolate Paste"

Sorang lelaki ni terus masuk, kata nak pinjam bilik air. Biasa aku memang tak berapa suka bagi client masuk bilik air ni. 

Tapi kak Sri dah bagi, redha je lah kan... Ok, sorang mamat ni dah pergi bilik menunggu.

Aku pelik kenapa sorang lagi, tak muncul-muncul sedangkan dia dah masuk bilik air tu dulu. 

Aku pun just pergi jumpa yang sorang tu jelah kan. Sambil bual-bual tentang coklat, sorang ni pun masuk. 

Dia kata "Kak, maaf ye tumpang solat tadi". Aku terdiam, bagusnya dia dah agak lewat dia tumpang solat dulu. Padahal, baru pukul 2.45 petang, kalau dia nak solat kat masjid pun boleh... Tapi dia nak jugak solat kat sini kan. 

Alhamdulillah, Susahnya nak cari lelaki yang macam dia. Tak suka lenggah-lenggahkan solat. Sweet sangat, rasa macam aku plak terbuai-buai mimpi... Tapi nak cakaplah, dia memang sweet pun... :) 

Tapi muka aku ni tua sangat ke, semua orang panggil akak? or mereka hormat aku??? Tak pelah, nak buat macam mana kan... Aku memang tak suka make up pun kalau keluar rumah kan... 

Serius, kalau ada lelaki macam ni aku memang boleh cair kot... Sopan, hormat, yang paling penting Allah menjadi keutamaan sebelum buat apa-apa. 

Ya Allah, bila agaknya aku dapat jumpa lelaki macam ni lagi... Rasa tenang untuk berurusniaga dengan dia...Semoga dia akan menjadi sebahagian dari urus niaga kami nanti... 

Khamis, 3 April 2014

Hujan & Doa

Hujan yang turun bagaikan mutiara....hehe tiba-tiba menyanyi plak kan... 

Suka sangat bila hujan. Rasa tenang, damai..
Air yang jatuh dari langit...  Bertapa besar keagunganNYA

Hujan nie pembawa rahmat. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini aku sangat suka bila hujan. Rasa ingin berlari dalam hujan seperti zaman kanak-kanak ku dahulu sehingga bonda a.k.a mak tercinta marah sebab takut demam.. Hihihi

Sangat-sangat gembira. Sampai ke hari ini, kadang-kala bila hujan teringin sangat nak buat macam tu lagi. Tapi takut juga kalau bonda tercinta tahu, nanti mula bising dah besar panjang macam nie jadi macam kanak-kanak lagi. 

Tapi serius jika ada peluang, aku akan buat lagi. Tapi sekarang nie, aku hanya mampu tengok dari tingkap pejabat je lah. 
Hujan nie terlalu banyak makna dalam diri aku. Terlalu istimewa, aku bagaikan katak yang merindui hujan. Terlalu nikmat yang aku rasakan. 
Alhamdulillah
Semoga hujan yang sedang turun ini membawa rahmat kepada seluruh alam termasuk manusia, tumbuhan & haiwan. 
Amin

Rabu, 2 April 2014

15 Azab Meninggalkan SOLAT

15 Azab Bagi Orang Yang Meninggalkan Solat 
Tadi saya baca buku Soal Jawab Tentang SOLAT, jadi ada satu soalan tu menarik minat saya untuk tahu apa azab bagi orang yang meninggalkan solat. Semoga ia boleh memberi kita pengajarannya. 

6 azab di dunia:
1. Dihilangkan keberkatan umurnya
2. Terhapus tanda-tanda orang soleh dari wajahnya
3. Segala amalannya tidak dikurniakan pahala
4. Doanya tidak dimakbulkan oleh Allah
5. Tiada doa daripada para solehin untuknya
6. Keluar roh daripada jasadnya tanpa iman

3 azab ketika hampir mati:
1. Kematiannya penuh kehinaan
2. Kematiannya di dalam kelaparan yang amat hebat
3. Kematiannya di dalam kehausan yang amat dahsyat

3 azab ketika di dalam kubur:
1. Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya, lalu dia dibalik-balikkan di atas api tersebut
3. Datanglah seekor ular bernama Syujja’ul Aqra’, suaranya laksana petir, ia berkata “Hai manusia! Sesungguhnya aku diperintahkan menyiksa kamu dari Zohor hingga Asar kerana kamu meninggalkan fardhu Zohor, dari Asar hingga Maghrib kerana kamu meninggalkan fardhu Asar”, begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari Qiamat.

3 azab ketika bertemu Allah s.w.t:
1. Datanglah Malaikat dengan rantai sepanjang 70 hasta lalu membelenggu lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar.
2. Tiada rahmat Allah dan tiada keampunan untuknya
3. Baginya azab yang amat pedih

Ya Allah, semoga kita semua akan dijauhi dari seksaan ini... Kuatkanlah iman hamba-hambaMU ini. Amin. 

Maksud Mujahadah

Saya selalu dengar waktu ikut kelas-kelas agama atau ceramah, tapi tak tahu pulak makna yang sebenar. Jadi hari nie saya tanya Mr.Google. So, banyak lah jawapan yang keluar. Bagusnya zaman IT nie, apa nak semua dihujung jari je. Jadi tanamkan dalam diri, setiap hari mesti belajar sekurang-kurangnya satu ilmu. Ok :) Jom baca, saya ambik yang saya mudah faham je. 

Apa maksud mujahadah?
1. Maksud mujahadah bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah dan amal soleh sesuai
dengan amanat dan tujuan penciptaan oleh Allah SWT :)

2. Mujahadah bermaksud melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu. "Apabila nafsu dapat dikalahkan, individu mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi".
Orang yang sanggup melawan nafsu adalah orang yang percaya kepada akhirat serta hari pembalasan. Ia adalah kekuatan yang ada pada umat Islam. 

Adakah kita benar-benar percaya pada hari akhirat?

Mujahadah menyucikan nafsu dan menaikkannya ke tahap yang mulia. Secara dasarnya, nafsu yang paling rendah martabatnya adalah nafsu ammarah. Hati yang dikuasai nafsu ammarah dipenuhi dengan syahwat, suka dipuji, takutkan kesusahan dan mudah kecewa. Apabila hati digilap dengan mujahadah, ia meningkat ke tahap yang lebih stabil iaitu lawwamah. Hati yang dipenuhi lawwamah menyebabkan tuannya terumbang ambing antara kebaikan dan kekejian. Apabila hati terus digilap, ia meningkat kepada makam nafsu mutmainnah ataupun hati yang damai. Mereka yang memiliki hati mutmainnah yakin dengan janji-janji Allah. Justeru mereka sentiasa tenang menghadapi ujian dan tekanan di dunia kerana merindukan kesenangan di akhirat. Golongan yang bermujahadah adalah golongan yang gagah kerana mereka tidak dapat dibeli oleh dunia.
Adakah kita termasuk dalam golongan orang yang bermujahadah? Renung-renungkan.

Kasih Padamu ~ Hafiz Hamidun

Kasih Padamu - Hafiz Hamidun
Rasulullah
Dalam sirahmu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatmu
Berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau diutus atas nama kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki takhta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi Lillahi Ta'ala
Azimat yang berharga

Rasulullah
Dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliah

Rasulullah
Engkau tinggalkan semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun iman
Bertahun di lapangan mujahadah

Sahih hadith dan Al-Quran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah
Terlalu rindu
Padamu junjungan jiwa
Di dalam sunnah yang utama
Menyambungkan kasih denganmu

Rasulullah
Dalam sirahmu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatmu
Berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Rasulullah
Dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliah

Ya Rasululluh... Ya HabibAllah
Pabila terkenangmu, mengalir air mataku

Kekuatan

Ya Allah
Berikan hambamu ini kekuatan
Untuk terus melangkah menjalani hari-hari yang mendatang

Walau aku takut
Aku mesti terus melangkah

Air mata ini tak pernah berhenti
Walaupun dia telah lama pergi
Tapi aku tahu
Aku benar-benar sudah redha dengan pemergiannya

Cuma aku memangis bukan kerna aku tidak redha
Tapi hanya itu sahaja cara untuk aku menenangkan hati
Aku tahu semua yang terjadi ini
Adalah yang terbaik untuk diriku
Tidak pernah sekali aku cuba berprasangka denganMU YA RABB

Aku hanyalah hambaMU
Ya Allah
Hati ini juga milikMU
Jika dia adalah yang terbaik untukku
Didunia dan akhirat
Engkau permudahkanlah Ya Allah
Berikan aku kekuatan
Bukankanlah hati ini untuk aku melaksanankan syariatMU ini
Untuk aku mencari satu lagi keredhaanMU
Kernaku tahu hanya Engkau yang lebih mengetahui 
Apa yang terbaik untuk diriku.. 

Selasa, 1 April 2014

Jodoh Berdua ~ Hafiz Hamidun

Lirik Lagu Jodoh Berdua – Hafiz Hamidun
Jika cinta mampu untuk kulukiskan
Garisannya penuh dengan pengharapan

Sentiasa dalam doaku
Menyimpan rasa ingin bertemu
Insan yang masih rahsia
Dan teristimewa

Pencarianku kini telah berakhir
Detik bahagia kini telah pun hadir
Sungguh aku percaya
Ketentuan yang Esa
Jodoh berdua begitulah takdir

Yang terlihat kini hanya anugerah
Dan melafazkan janji yang terindah

Bersedialah menunggu di garis penghujung
InsyaAllah ke syurga
Bersatu kasih kita