Isnin, 29 Disember 2014

Preview aktiviti 2014 Part 2 (Kisah Budak Bujang)

Kisah bersambung semula. Hehehe bajet macam buat novel je kan. Part 2 nie aku akan masukkan semua aktiviti group "Budak Bujang" nama tu sebab kami semua masih bujang tapi ada yang tak berapa nak available sangat lah.. Aku?? Masih dalam tanya soal.. hehehe 

 
Kami di Cameron Highland pada 16-17 ogos 2014. Nak citer sikit waktu mula-mula sampai tu phone Siah hilang masa isi minyak tapi Alhamdulillah orang yang jumpa tu jujur dan dia pulangkan semula phone tu. Jadi tak adalah merosakkan sangat percutian kami. Kalau tidak rasanya mesti kami semua tak seronok nak berjalankan. Allah mengetahui dan kami bersyukur atas kurniaanNYA. Kami pergi naik kereta Siah je kereta Ama n Nor tinggal dekat balai polis sebelum simpang ke Cameron. Ini adalah percutian pertama kami dan semua berjalan dengan lancar. 

Cuma malam waktu dekat sana je Cik Siah dan Cik Fasha dah tak larat nak jalan dan keluar makan. Jadi aku, Ama n Nor je keluar p makan. So far ok jelah. Siah dia sakit kepala, Fasha plak sakit kaki. Esoknya kami sambung jalan semula dan lepas tu kami balik. Alhamdulillah sangat-sangat seronok. Ini adalah rezeki dari Allah kepada kami. :) :) :) 

Bukit Tinggi pada 06 september 2014. Kali ni kami pergi bertiga je aku, Nor dan Ama. Tak berapa seronok sangat sebab atas tu tak banyak aktiviti pun boleh lakukan. Jadi kami pergi jalan-jalan kat bangunan tu, lepas tu area Rumah Jepun akhir sekali kami pergi Taman arnab dan rusa itu sahaja. Tapi disebabkan aku nak pergi Nor dan Ama ikutkan je. Terima kasih sahabatku, semoga kalian akan sentiasa dimurahkan rezeki sebab selalu melayan karenah aii.. Wah, nak touching plak tertiba. hehehe

20 September 2014 - Genap usia aku 26tahun.. Macam cepat je masa berlalu. Disebabkan aku tak post pape entry waktu tu so, aku post sekarang lah. hehehe. Nie merupakan hadiah dari sahabat dunia akhirat aku Cik Nur Diyana dia selalu buat sesuatu yang diluar jangkaan aku. hehehe Last aku dapat surat macam nie tahun 2005 dia bagi dalam bentuk ayat jugak. Tapi yang dulu lebih kepada kanak-kanak lah siap dia lukis gambar bear lagi tau. So, Sweeeetttt.. hihihihi Susah tau nak dapat kawan macam nie, ada kala gaduh semua tu lumrah dalam kehidupan tapi aku benar-benar bersyukur sebab dia sentiasa ada dengan aku waktu aku down lepas SPM dulu. Dia yang cari aku, padahal aku memang nak lari dari semua dah. tapi semua tu lah buat aku jadi seperti hari ini. Kuat, Bersemangat, dan Berusaha tanpa putus asa (yeke??). Thanks yunk, u always with me past present and future. Semoga persahabatan kita kekal sampai ke Jannah. InshaAllah. 

p/s:Si dia xda wish pun, tapi sentiasa melayan wassap kita sampai ke malam. Cukuplah dari tak ada apa-apakan.. hehehe

Lata Lembik pada 28 September 2014. Disebabkan aku nak mandi air terjun sangat jadi kami semua pun pergilah berkelah di tepi air terjun Lata Lembik. hehehe. Tapi yang buat aku terharu sangat sebab Ama n Nor belikan aku dengan Siah kek birthday. Fasha aku faham, dia perlu utamakan family dulu, tapi walau apa pun aku sangat-sangat hargainya.. Luv U all forever.. Kami makan steamboat kat sini atas permintaan Cik Dee..hehehe 

Port Dickson (01/11/14) dan Kuala Selangor (02/11/2014). Kami pergi bertiga je sebab Siah n Fasha tak dapat nak join kali nie. Kami pergi hari bekerja Jumaat & Sabtu. Aku tak puas duduk dekat pantai lagi tapi disebabkan ada tugas yang perlu diutamakan aku terpaksa redha je lah. Sebenarnya kalau tugas tu aku dah siapkan dulu comfirm aku ajak nor duduk kat PD sampai petang baru balik. Maafkan saya ye kawan-kawan disebabkan saya kalian pun tak dapat bercuti lama-lama disana. InshaAllah ada rezeki kita pergi lagi ye. 

Kuala Selangor kami pergi melepakkan diri di sawah padi. Memang sangat best suasana pagi ditengah-tengah sawah. Tak pernah dirasa seperti aku berada diluar negara plak. hehe Tapi apakah nasib aku ini kami tak dapat minum Cendol Bakar pun, sebab kedai tu masih tak buka lagi.hahaha Memang teruk sungguh nasib aku kan..hehehe Tapi percaya pada rezeki Allah, lain kali kami akan pergi lagi. 

Dua hari ini kami keluar rumah pada pukul 4.00pagi. Nor cabar aku nak tak buat kerja gilerr, So terjadilah percutian tanpa bermalam ini. hehehe 

Syukur Alhamdulillah Allah memberi kita semua rezeki untuk pergi bercuti bersama lagi. Semoga persahabatan kita ini akan kekal sampai ke Jannah..Insha Allah. I will always luv u all. Kalau bergaduh tu semua adat dalam persahabatan tapi janji kita sentiasa berfikiran positif ok. Sayang kalian sentiasa.. hihihihi Kita akan bersambung di Part 3. Wassalam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan