Assalamualaikum.. wahh, lama bebenor saya tak updated story mory kan.. So, hari nie saya citer sikit lah sebab terbaca tentang maksud disebalik tarikh lahir.. hehe
Rasa-rasanya serasi tak saya dengan dia. Tapi selagi dia tak kata apa-apa saya tak adalah nak letak harapan sangat. Sebab saya tahu semua datang dari Allah, jadi walau apa pun saya sentiasa berdoa agar terus tabah & redha jika sesuatu terjadi dalam hubungan kami ini.
Nie maksud tarikh lahir dia & saya.
Nie maksud tarikh lahir dia & saya.
1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Semua ni saya tak anggap serius pun, sekadar suka-suka dipetang hari.. hihihi Kadang-kadang tu teringat kat dia tapi cuba kawal semuanya. Saya tak nak nanti dia kata saya nie macam nak sangat kat dia, tapi memang nak pun.. hahaha
Susah nak terangkan kenapa ada perasaaan ini, sebab saya percaya semua perasaan nie datang dariNYA cuma saya kawal ia agar tidak jadi seperti dahulu lagi. Alhamdulillah saya rasa tenang. Semoga jika ini destinasi yang boleh mendekatkan saya kepada Allah dan boleh memimpin saya ke Syurga semoga Allah sentiasa mempermudahkan jodoh kami. Semoga Allah membukakan pintu hati dia untuk saya dan pintu hati saya untuk dia agar kami sama-sama boleh lebih dekat dengan Allah lagi. InshaALLAH.
Note: Doakan kami ye.. Semoga kekal sampai ke syurga. AZJR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan