Isnin, 29 Disember 2014

Preview aktiviti 2014 part 1

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Hari nie kita nak flashback aktiviti sepanjang tahun nie. Banyak sungguh sampai rasa tak terkata nak masukkan semua.hehehe 


First Kak ngah Nanie kawen, kalau tak salah cuti tahun baru cina 2014. Masalahnya gambar pengantin tu tak banyak pun kita ambik.hehehe #takadapun  

Nie waktu abang nor kawen.Tapi gambar pengantin langsung tak ada, bagus kan kami. :) Waktu ni ada kisah sedih sikit lah, sebab kenduri rumah nor ada si Ex datang with wife n anak dia. Aku tak perasan dia tapi bila dia lalu tepi aku, naluri aku kuat menyatakan itu dia. Tapi Alhamdulillah aku mampu hadapinya. InshaAllah aku tak ada berdendam dengan dia dah. Aku percaya dengan takdir yang dia memang bukan jodoh aku. ("_") Smileee 

Disebabkan mak tak sihat, jadi gambar raya tahun ni tak banyak macam tahun-tahun lepas. Tak kisahlah janji mak cepat sembuh. Jika boleh gantikan sakit tu kepada aku dah lama aku ambik. Tapi Allah nak suruh kami jaga mak sama-sama. Alhamdulillah, aku kena buat lemang dengan abang. Tak pernah buat tanpa mak tolong, tahun nie merasalah. Mak kata lain kali boleh buat mak tak payah tolong.. Owhh..comfirm tak pandai terus. hehehe
Mak u know we love u so much, forever n ever until Jannah.. Hanya Mak & apak yang kami semua sayang. 

Selepas dah beraya dirumah, aku dah janji nak pergi beraya sama dengan kawan-kawan. First pergi raya umah Normah, Nor, Fasha, Siah, Cikgu Sa'adiah dan last sekali rumah Ama. Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang untuk kami beraya bersama. #seronok #happy #Alhamdulillah

Kisah selepas balik dari kampung. Minggu depannya aku pergi beraya dengan Nor n Zora plak. Pergi rumah Zora jap, pastu kami pergi Aeon Au2 untuk memanah dah penat (padahal xpun) kami pergi makan. Selepas siap solat kami pergi Air Terjun menghala ke Rawang ikut Latar. Apa nama air terjun tu pun aku tak ingat. Lepas tu kami boleh pergi tengok wayang dekat Aeon Rawang plak, dah siap baru p serendah rumah zora satu lagi. Tapi yang memang gilerrnya kami boleh p Open House dengan pakaian diatas n pergi pukul 10 malam. hehehe Lepas siap semua baru hantar zora balik rumah. Penat tapi sangat seronok. Kami semua giler-giler tapi bukan gila tau.. hehehe 
Ringkasan perjalanan kami (Pandan Indah - Selayang - Aeon Au2 - Air Terjun Latar - Aeon Rawang - Serendah - Selayang - Pandan Indah) :)

Ok aku habiskan Part 1 nie sampai hari raya je dulu ye sebab kalau nak sambung semua ada penuh pages nie nanti. Terlalu banyak sangat ceritanya kan. hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan