Selasa, 30 Disember 2014

Seluruh Cinta ~ Siti Nurhaliza feat Cakra khan

Menatap kepergian dirimu
Meratap menangis sedih tak tertahan
Terbaik saat bersama
Lewati masa terindah
Saat kau memeluk ku
dalam pelukan cinta

Kaulah seluruh cinta bagiku 
Yang selalu menentramkan perasaanku
Diri mu akan selalu ada
Di sisiku selamanya

Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Akan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama

Tak sanggup ku memikirnya lagi
Habis separuh nyawa ku tangisi mu
Tiada lagi bait terindah
Terdengar merdu terucap
Merayu menyanjungku tenangkan jiwa

Kaulah seluruh cinta bagiku ,
Yang selalu menentramkan perasaanku
Diri mu akan selalu ada
Disisiku selamamnya

Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Akan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama

Tiada cinta yang setulus cinta mu (cinta mu)
Tiada yang sanggup gantikan diri ku

Tiada rasa seindah kasih mu
Tiada yang mampu temani diri ku

oh..oh

Kaulah seluruh cinta bagiku ,
Yang selalu menentramkan perasaanku
Diri mu akan selalu ada
Disisiku selamamnya

oh…

{ Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Ku kan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama } 2X

Ku kan selalu memuja mu hingga nanti kitakan bersama

Isnin, 29 Disember 2014

Berserah Kepada Allah

Benar jika kita suka kepada seseorang jangan terlalu suka kerna takut nanti kita akan menjadi benci, Tapi jangan jua kita terlalu membenci seseorang kerna takut nanti akan menjadi suka. Sandarkan semua kepada Allah kerna hanya Allah sahaja yang tahu ia terbaik kepada kita atau tidak. Jika kita menyintai seseorang itu tetapi ia tidak baik untuk kita pasti ia bukan untuk kita. Allah menyediakan sesuatu yang sangat sempurna untuk umatNYA, tetapi kita jua harus berusaha untuk sentiasa mendekatiNYA. InshaALLAH.. Semua dari Allah SWT. 

Bercinta dengan Allah dahulu, pasti Allah akan hantar orang yang mencintaiNYA jua. Setiap apa yang berlaku untuk mendapat hadiah dari Allah, tiada sesuatu yang mudah untuk mendapatkan sesuatu yang indah. Berusaha sentiasa untuk memperbaiki diri selagi pintu taubat itu masih terbuka kerna kita tidak tahu bila kita akan dijemput olehNYA. Jika kita tiada jodoh didunia ini pasti akan ada sesuatu yang Indah menanti disana nanti yang penting sentiasa tanamkan dihati Allah yang pertama. InshaALLAH semua akan lebih indah. #smile #motivasidiri #redha #berusahasentiasa 

Preview aktiviti 2014 Part 3

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 

Sambung semula di Part 3.. Berapa banyak partlah aku nak buat kan.hehehe Tak kisahlah janji semua kisah 2014 aku masukkan, tapi semua yang happy je yang lain simpan sikit lah. hehehe 

Boleh tak kalau aku nak tulis biar gambar berbicara.hehe Tahun 2005 kami berempat, tahun 2014 dan nak masuk 2015 nie tinggal kami bertiga masih bujang. Syada dah kawen dan ada baby Saza yang sangat comeii tau. Lepas nie antara kami bertiga aku tak sure siapa plak. Maybe Mah or Nor kot..Aku??? selagi Si Dia tak cakap pape aku tak nak bagi apa-apa harapan pada diri aku..hehehe 

Waktu celebrate birthday kak Iffa dekat Bandar Tasik Selatan (BTS). 

07 Disember 2014 - Anis Ex praktikal dekat Ryverra wedding. Alhamdulillah, aku dengan kak Liya dapat menghadirkan diri dimajlis dia. Semoga Anis dan pasangan sentiasa bercinta sampai ke syurga ye.

Masak-Memasak 

Nak cakap yang puding roti tu tak berapa sedaplah, maybe sebab aku tak berapa suka kot. hehehe First try buat kek coklat moise. 

Niat nak buat kek coklat moise je, tapi disebabkan adik kesayangan aku tu nak Kek Apam Susu buat jugaklah. Nasib baik semua bahan-bahan ada kalau tak memang tak dapat lah den nak tolong. Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk aku mencuba semua nie. 

Rasanya aku habiskan semua di Part 3 je lah. Rasanya hanya ini je yang aku nak flashback semula. Semoga kita akan bertemu lagi pada tahun 2015. Semakin hari semakin meningkat usia dan semakin dekat kita dengan Pencipta kita. Semoga tahun 2015 akan memdekatkan kita kepada Allah, dipertemukan jodoh dan dimurahkan rezeki. Aamiin. :) 

Preview aktiviti 2014 Part 2 (Kisah Budak Bujang)

Kisah bersambung semula. Hehehe bajet macam buat novel je kan. Part 2 nie aku akan masukkan semua aktiviti group "Budak Bujang" nama tu sebab kami semua masih bujang tapi ada yang tak berapa nak available sangat lah.. Aku?? Masih dalam tanya soal.. hehehe 

 
Kami di Cameron Highland pada 16-17 ogos 2014. Nak citer sikit waktu mula-mula sampai tu phone Siah hilang masa isi minyak tapi Alhamdulillah orang yang jumpa tu jujur dan dia pulangkan semula phone tu. Jadi tak adalah merosakkan sangat percutian kami. Kalau tidak rasanya mesti kami semua tak seronok nak berjalankan. Allah mengetahui dan kami bersyukur atas kurniaanNYA. Kami pergi naik kereta Siah je kereta Ama n Nor tinggal dekat balai polis sebelum simpang ke Cameron. Ini adalah percutian pertama kami dan semua berjalan dengan lancar. 

Cuma malam waktu dekat sana je Cik Siah dan Cik Fasha dah tak larat nak jalan dan keluar makan. Jadi aku, Ama n Nor je keluar p makan. So far ok jelah. Siah dia sakit kepala, Fasha plak sakit kaki. Esoknya kami sambung jalan semula dan lepas tu kami balik. Alhamdulillah sangat-sangat seronok. Ini adalah rezeki dari Allah kepada kami. :) :) :) 

Bukit Tinggi pada 06 september 2014. Kali ni kami pergi bertiga je aku, Nor dan Ama. Tak berapa seronok sangat sebab atas tu tak banyak aktiviti pun boleh lakukan. Jadi kami pergi jalan-jalan kat bangunan tu, lepas tu area Rumah Jepun akhir sekali kami pergi Taman arnab dan rusa itu sahaja. Tapi disebabkan aku nak pergi Nor dan Ama ikutkan je. Terima kasih sahabatku, semoga kalian akan sentiasa dimurahkan rezeki sebab selalu melayan karenah aii.. Wah, nak touching plak tertiba. hehehe

20 September 2014 - Genap usia aku 26tahun.. Macam cepat je masa berlalu. Disebabkan aku tak post pape entry waktu tu so, aku post sekarang lah. hehehe. Nie merupakan hadiah dari sahabat dunia akhirat aku Cik Nur Diyana dia selalu buat sesuatu yang diluar jangkaan aku. hehehe Last aku dapat surat macam nie tahun 2005 dia bagi dalam bentuk ayat jugak. Tapi yang dulu lebih kepada kanak-kanak lah siap dia lukis gambar bear lagi tau. So, Sweeeetttt.. hihihihi Susah tau nak dapat kawan macam nie, ada kala gaduh semua tu lumrah dalam kehidupan tapi aku benar-benar bersyukur sebab dia sentiasa ada dengan aku waktu aku down lepas SPM dulu. Dia yang cari aku, padahal aku memang nak lari dari semua dah. tapi semua tu lah buat aku jadi seperti hari ini. Kuat, Bersemangat, dan Berusaha tanpa putus asa (yeke??). Thanks yunk, u always with me past present and future. Semoga persahabatan kita kekal sampai ke Jannah. InshaAllah. 

p/s:Si dia xda wish pun, tapi sentiasa melayan wassap kita sampai ke malam. Cukuplah dari tak ada apa-apakan.. hehehe

Lata Lembik pada 28 September 2014. Disebabkan aku nak mandi air terjun sangat jadi kami semua pun pergilah berkelah di tepi air terjun Lata Lembik. hehehe. Tapi yang buat aku terharu sangat sebab Ama n Nor belikan aku dengan Siah kek birthday. Fasha aku faham, dia perlu utamakan family dulu, tapi walau apa pun aku sangat-sangat hargainya.. Luv U all forever.. Kami makan steamboat kat sini atas permintaan Cik Dee..hehehe 

Port Dickson (01/11/14) dan Kuala Selangor (02/11/2014). Kami pergi bertiga je sebab Siah n Fasha tak dapat nak join kali nie. Kami pergi hari bekerja Jumaat & Sabtu. Aku tak puas duduk dekat pantai lagi tapi disebabkan ada tugas yang perlu diutamakan aku terpaksa redha je lah. Sebenarnya kalau tugas tu aku dah siapkan dulu comfirm aku ajak nor duduk kat PD sampai petang baru balik. Maafkan saya ye kawan-kawan disebabkan saya kalian pun tak dapat bercuti lama-lama disana. InshaAllah ada rezeki kita pergi lagi ye. 

Kuala Selangor kami pergi melepakkan diri di sawah padi. Memang sangat best suasana pagi ditengah-tengah sawah. Tak pernah dirasa seperti aku berada diluar negara plak. hehe Tapi apakah nasib aku ini kami tak dapat minum Cendol Bakar pun, sebab kedai tu masih tak buka lagi.hahaha Memang teruk sungguh nasib aku kan..hehehe Tapi percaya pada rezeki Allah, lain kali kami akan pergi lagi. 

Dua hari ini kami keluar rumah pada pukul 4.00pagi. Nor cabar aku nak tak buat kerja gilerr, So terjadilah percutian tanpa bermalam ini. hehehe 

Syukur Alhamdulillah Allah memberi kita semua rezeki untuk pergi bercuti bersama lagi. Semoga persahabatan kita ini akan kekal sampai ke Jannah..Insha Allah. I will always luv u all. Kalau bergaduh tu semua adat dalam persahabatan tapi janji kita sentiasa berfikiran positif ok. Sayang kalian sentiasa.. hihihihi Kita akan bersambung di Part 3. Wassalam. 

Preview aktiviti 2014 part 1

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Hari nie kita nak flashback aktiviti sepanjang tahun nie. Banyak sungguh sampai rasa tak terkata nak masukkan semua.hehehe 


First Kak ngah Nanie kawen, kalau tak salah cuti tahun baru cina 2014. Masalahnya gambar pengantin tu tak banyak pun kita ambik.hehehe #takadapun  

Nie waktu abang nor kawen.Tapi gambar pengantin langsung tak ada, bagus kan kami. :) Waktu ni ada kisah sedih sikit lah, sebab kenduri rumah nor ada si Ex datang with wife n anak dia. Aku tak perasan dia tapi bila dia lalu tepi aku, naluri aku kuat menyatakan itu dia. Tapi Alhamdulillah aku mampu hadapinya. InshaAllah aku tak ada berdendam dengan dia dah. Aku percaya dengan takdir yang dia memang bukan jodoh aku. ("_") Smileee 

Disebabkan mak tak sihat, jadi gambar raya tahun ni tak banyak macam tahun-tahun lepas. Tak kisahlah janji mak cepat sembuh. Jika boleh gantikan sakit tu kepada aku dah lama aku ambik. Tapi Allah nak suruh kami jaga mak sama-sama. Alhamdulillah, aku kena buat lemang dengan abang. Tak pernah buat tanpa mak tolong, tahun nie merasalah. Mak kata lain kali boleh buat mak tak payah tolong.. Owhh..comfirm tak pandai terus. hehehe
Mak u know we love u so much, forever n ever until Jannah.. Hanya Mak & apak yang kami semua sayang. 

Selepas dah beraya dirumah, aku dah janji nak pergi beraya sama dengan kawan-kawan. First pergi raya umah Normah, Nor, Fasha, Siah, Cikgu Sa'adiah dan last sekali rumah Ama. Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang untuk kami beraya bersama. #seronok #happy #Alhamdulillah

Kisah selepas balik dari kampung. Minggu depannya aku pergi beraya dengan Nor n Zora plak. Pergi rumah Zora jap, pastu kami pergi Aeon Au2 untuk memanah dah penat (padahal xpun) kami pergi makan. Selepas siap solat kami pergi Air Terjun menghala ke Rawang ikut Latar. Apa nama air terjun tu pun aku tak ingat. Lepas tu kami boleh pergi tengok wayang dekat Aeon Rawang plak, dah siap baru p serendah rumah zora satu lagi. Tapi yang memang gilerrnya kami boleh p Open House dengan pakaian diatas n pergi pukul 10 malam. hehehe Lepas siap semua baru hantar zora balik rumah. Penat tapi sangat seronok. Kami semua giler-giler tapi bukan gila tau.. hehehe 
Ringkasan perjalanan kami (Pandan Indah - Selayang - Aeon Au2 - Air Terjun Latar - Aeon Rawang - Serendah - Selayang - Pandan Indah) :)

Ok aku habiskan Part 1 nie sampai hari raya je dulu ye sebab kalau nak sambung semua ada penuh pages nie nanti. Terlalu banyak sangat ceritanya kan. hehehe

Sabtu, 20 Disember 2014

Muslimah 'High Class'

Bagaimana menjadi muslimah 'High Class’

🌸 Motivate diri dengan mengatakan setiap hari,
“Aku muslimah High Class, Aku ingin cari redha Allah. Aku ingin ke syurgaNya bersama orang yang aku sayang. Aku ingin berakhlak seperti akhlak ahli syurga."

🌸 Syurga itu mahal, di huni oleh orang-orang mahal (High Class dalam beriman dan bertaqwa kepada Allah). Bukan yang sebaliknya.

Bagaimana menjadi Muslimah High Class :

🌸 Muslimah High Class adalah yang takut kepada Allah dan RasulNya. Beriman dan bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Sangat ambil berat akan perintah Allah. Sangat takut akan marahnya Allah kepada dirinya. Dia meletakkan Allah adalah keutamaan yang utama dalam segala yang dia lakukan. Setiap perintah Allah cuba dipatuhi.

🌸 Solat 5 waktu, menutup aurat, berbakti kepada kedua ibubapa, rajin membaca Al-Quran dan menuntut ilmu, taat kepada suami, mendidik anak dengan baik dan lain-lain lagi.

🌸 Muslimah yang High Class itu yang setia. Setia dalam banyak perkara. Terutama sabar dan solat. Setia dalam berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran. Setia dalam membaca Al-Quran walaupun pada permulaan dia letakkan target sehari sehelai.

🌸 Muslimah High Class setia dalam mencurahkan kasih sayang yang High Class kepada ibubapanya, kepada suaminya, kepada guru-gurunya, kepada sahabat-sahabatnya, kepada anak-anaknya dan kepada seluruh manusia yang lain mengikut syariat yang digariskan dalam islam dan mencontohi sikap Nabi Muhammad SAW.

🌸 Muslimah High Class muslimah yang berani untuk mengambil langkah untuk berubah. Dia berani untuk berubah walaupun perlu menggunakan “analogi anak kecil” iaitu dari tidak pandai berjalan sehingga menjadi pandai berjalan dan akhirnya pandai berlari.

🌸 Jadilah yang terpilih dan memilih. Jangan jadi yang terpilih tapi tidak memilih. Melangkahlah perlahan-lahan. Jika sebelum ini tidak solat, sekarang sudah solat juga satu perubahan. Jika sebelum ni bercakap kasar, sekarang berusaha sedikit demi sedikit untuk menjaga tutur kata juga ialah satu perubahan.

🌸 Muslimah High Class seorang yang tabah hatinya dalam ujian hidup. Allah menguji kita sesuai dengan kesanggupan kita.
Allah menguji kerana Allah mempersiapkan kita untuk menjadi tabah dan menjadi perempuan yang berdikari, matang, kental jiwanya walau apa jua di hadapan. Allah mempersiapkan diri kita untuk amanah-amanah yang lebih banyak di masa akan datang.

🌸 Muslimah High Class sedar, tahu, dan mahu. Dia sedar yang akhirnya dia akan mati dan kembali kepada Allah. Dia sedar yang setiap apa yang dia lakukan didunia akan dicatat samaada sebagai pahala dan dosa. Kerana matlamatnya ingin bertemu dengan Allah, Rasulullah, dan berbahagia selama-lamanya di Syurga.

Sama sama kita berusaha menjadi Muslimah High Class.

Wallahu'alam ☺️

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW
---------------------------
01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isya.
---------------------------
02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
---------------------------
03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.
---------------------------
04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.
---------------------------
05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda.
---------------------------
06. Jangan mematah-matahkan jari anda.
---------------------------
07. Periksa kasut anda sebelum memakainya.
---------------------------
08. Jangan mendongak ketika sedang solat.
---------------------------
09. Jangan meludah didalam tandas.
---------------------------
10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.
---------------------------
11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain
---------------------------
12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda.
---------------------------
13. Jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya.
---------------------------
14. Jangan mencari kesalahan orang lain.
---------------------------
15. Jangan bercakap diantara waktu azan dan iqamat.
---------------------------
16. Jangan bercakap didalam tandas.
---------------------------
17. Jangan berkata dongeng(palsu) tentang rakan anda.
---------------------------
18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.
---------------------------
19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.
---------------------------
20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.
---------------------------
21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.
---------------------------
22. Jangan menipu sepanjang masa.
---------------------------
23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.
---------------------------
24. Berkata dengan jelas, agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan.
---------------------------
25. Hindarkan berjalan sendirian.
---------------------------
26. Jangan membuat keputusan sendiri, tapi rujuk pada yang arif.
---------------------------
27. Jangan bangga(riak) akan diri sendiri.
---------------------------
28. Jangan mencela makanan anda.
---------------------------
29. Jangan bermegah(sombong).
---------------------------
30. Jangan menghalau pengemis.
---------------------------
31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik.
---------------------------
32. Sabar ketika dalam kesusahan.
---------------------------
33. Membantu dengan tujuan yang baik.
---------------------------
34. Muhasabah diri dan bertaubat.
---------------------------
35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.
---------------------------
36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini.
---------------------------
37. Jangan tidur berlebihan-ini akan menyebabkan penyakit lupa.
---------------------------
38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari (istighfar).
---------------------------
39. Jangan makan dalam gelap.
---------------------------
40. Jangan makan dengan mulut yang penuh.
---------------------------
Semoga Allah merahmati kamu ! Amin :)
---------------------------

Gred Solat

5 gred solat

Gred E
Bila azan,buat tidak Tahu,Tengah memasak terus memasak,tengah berfb terus berfb,sedang tengok TV,terus tengok tv dan seumpamanya

Gred D
Bila azan berkumandang,dia perlahankan tv,perlahankan radio,tetapi tetap meneruskan aktiviti,tidak bersedia untuk solat

Gred C
Bila azan berkumandang,terus mengambil wuduk dan solat

Gred B
Bila azan,terusberwudhu' dan Menuju ke masjid mahupun surau

Gred A
Bila azan,sudah berada di masjid dlm keadaan berwudhu',dan bersedia untuk solat

Apakah gred solat Kita
Kalau exam kita nak gred A sokmo..
Solat macam mana? Ingatlah.!solat adalah perkara no. 1 yang akan ditanya oleh Allah di hari perhitungan nanti bknnya result exam !
Solat terjaga ..insyaAllah benda lain pn Sama2lah kta balannce kn hal dunia dan akhirat

Jom muhasabah

Sharing info moment.. Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat."
Rasulullah S.A.W bersabda "Sebarkan Walaupun
Daripada Sepotong Ayatku ;)

Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah "
7 kalimat yg harus di biasakan..

1.Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk.

4.InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.

5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.

6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.

7.Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.

Ada 2 pilihan utk anda :
1.Biarkn sja text ini tanpa bermanfaat utk org lain.

2.Anda sebarkan kepada semua kenalan anda.

Rasulullah bersabda,"Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu sja dan ada org yg mengamalknnya, maka walaupn yg menyampaikan sudah tiada(meninggal dunia),dia akann tetap memperoleh pahala..

Amiiin ya rabbal alamin

Semoga bermanfaat.

Amin....

Apa yang kita perlu tahu

💟SEMUA WAJIB TAU💟

🐠"Kalau isteri sakitkan hati suami, tandanya derhaka pada suami.
🐠Tapi bagaimana ji ka suami sakiti hati isteri?"
🐠Jawapan Ustaz :

"BERDOSA jugalah.

🐠Cuma tidak ada istilah suami derhaka pada isteri,

🐠tapi suami akan ditanda Malaikat sebagai derhaka pada Allah SWT.

🐠Kerana isteri, rezekimu bertambah.

🐠Kerana isteri, maka lahirlah zuriatmu.

🐠Kerana isteri, makan, pakai mu dijaga.

🐠Kerana isteri, tenang hati mu.

🐠Kerana isteri, lembut pandangan mata mu.

🐠Kerana isteri adalah satunya manusia yang boleh melihat cacat cela mu yang tersembunyi dari pandangan mata mu dan masih menerima mu seadanya.

🐠Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah setiap pengorbanan mereka,

🐠walaupun kecil di mata mu, baginya besar bagi dirinya.

🐠Setiap peluh yang menitik, yang bekerja untuk keluarganya,

🐠setiap airmata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda,

🐠dia isteri yang terbaik buat anda wahai yang bergelar suami.

🐠renungan sepintas lalu. Mengapa WANITA sering menangis?

🐠Jawab Allah :

Kerana WANITA itu unik.

🐠Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa.

🐠KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,

🐠KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,

🐠KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,

🐠KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain

menyerah,

🐠KU beri dia naluri utk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman,

🐠walau disakiti oleh orang yg disayangi.

WANITA makhluk kuat.

🐠Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana KU beri air mata utk membasuh luka batin & memberi kekuatan baru.

🍁WANITA sangatlah istimewa......

..Kirimkan kpd WANITA yg kamu sayangi......

🌴Kirimkan juga kpd lelaki agar mereka menghargai WANITA dan agar tau bahawa WANITA.....ciptaan Allah yg istimewa........

➡Wajah IBU paling→ cantik

➡Masakan IBU paling→ sedap

➡Kata IBU paling→ beharga.

➡Doa IBU paling→makbul

➡ Restu IBU paling di berkati:

🌺IBU SANGAT SEMPURNA DI MATA KITA ☺😔😭

Hanya 3 minit

PINJAM 3MINIT UTK BACA NI
 1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
    - USTAZ AZHAR IDRUS

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
          - Ustaz Kazim Elias

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
      - Ustaz Don Daniyal

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
     - Datuk Ismail Kamus

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
    - ustaz haslin baharin

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
     - Al-Habib Ali Zainal

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
     -TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
    - Sheikh Abdullah Jahaf.

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
     -Ustaz Dasuki Rani

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
        - TG Harun Din"

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
      -Ustaz Pahrol.

 Rasulullah bersabda,
 Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.
 SELAMAT BERAMAL ..JGN LUPA KONGSI


Cara Istiqomah dengan mencapai 10 Perkara

Cara Istiqomah dengan Mencapai 10 perkara
insyaallah.

🌷 Menjaga lisan dari membicara fitnah dan aib org lain.

🌹 Menjaga hati dari prasangka buruk

🌼 Menjauhi diri dari menghina org lain.

🌻Menghindarkan pandangan dari melihat perkara haram.

🌺Berkata benar dlm setiap tindakan.

🌸Bersedekah dari sebahagian harta pada jln Allah

🍄Tidak terlalu berlebihan dan membazir jika berbelanja.

🍀Tidak mencari kebanggaan dan kekuasaan utk diri sendiri.

💐Menjaga solat 5 waktu tepat pada waktunya.

🌳Teguh pendirian terhadap Al Qluran dan Sunnah.

Semoga persinggahan seketika dpt memberi kenikmatan santapan mata dan hati bersama pengisian rohani serta istiqomah dgn melakukan amal ibadah dgn lebih yakin, kyusuk dan ikhlas kerana ALLAH SWT
🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾

Jumaat, 19 Disember 2014

NASIHAT KEPADA SANG PENGANTIN

Saya nak share "Nasihat Kepada Sang Pengantin" by http://bimbingdakukesyurga.blog.com/ 
Mungkin pembaca menjadi hairan kerana tajuk kali ini agak berbeza dari yang sebelum ini. Namun tajuk ini masih lagi dalam ruang lingkup isu-isu kekeluargaan sebagaimana yang diminta oleh ketua pengarang IMAN. Sengaja saya memilih tajuk ini memandangkan pada bulan ini adalah musim perkahwinan, sesuai dengan dua minggu cuti persekolahan.

Saya mulakan ruangan ini dengan ucapan tahniah kepada pasangan yang mendirikan rumahtangga pada bulan ini. Dengan termeterinya akad nikah rasmilah sudah, anda menjadi pasangan hidupnya. Dalam waktu yang sama fasa kehidupan anda juga telah berubah dan meningkat satu anak tangga.

Daripada seorang bujang yang bebas merdeka untuk keluar masuk rumah, lepak ke sana sini, menghabiskan wang mengikut kehendak dan nafsu anda sekarang terikat dalam sebuah buletin perkahwinan yang ada norma dan syarat yang perlu dipatuhi.

Perkahwinan adalah satu akad yang menyaksikan penyerahan wali seorang wanita kepada sang suami agar menerima anak perempuannya dengan kadar yang tertentu. Menjadi harapan kepada si ayah untuk melihat anak perempuannya hidup bahagia disamping lelaki yang dikahwininya.

Nasihat seumpama ini biasa diturunkan dari sang ibu kepada anak gadisnya agar memelihara kerukunan rumahtangga dan menjaganya daripada berlaku sebarang insiden yang tidak diingini. Ramai yang bertanya kenapa wanita sahaja yang perlu prihatin dan mengambil berat tentang hubungan rumahtangga. Mengapa wanita sahaja yang perlu berkorban dan memastikan hubungan berlangsung dalam keadaan yang baik.

Saya tidak menafikan peranan lelaki dan suami dalam menjamin kerukunan rumahtangga. Namun begitu saya melihat wanita mempunyai nilai dan ciri-ciri yang cukup istimewa dalam kelangsungan rumahtangga. Sifat penyayang dan lemah lembut kaum wanita mampu menyelamatkan rumahtangga selain mengurusnya dengan penuh berhemah.

Sebab itu tulisan ini saya tujukan kepada sang isteri yang baru mendirikan rumahtangga. Moga nasihat ini menjadi obor semangat bagi terus memelihara kerukunan rumahtangga seterusnya mewujudkan suasana sakinah yang diimpikan. Daripada suasana aman damai dan penuh ketenangan inilah akan lahirnya mawaddah antara pasangan suami isteri dan melimpahnya sifat rahmat kasih mengasihani antara mereka berdua.

i- Seorang ibu pernah berpesan kepada anak gadisnya yang bermaksud; “Wahai anakku… jadilah dirimu hamba kepadanya, nescaya dia akan menjadi hamba kepadamu”. Pada peringkat awal saya agak kurang bersetuju dengan kenyataan ini. Adakah nilai hubungan antara suami isteri itu seumpama hamba. Kenapa ibu itu tidak menasihati anak gadisnya agar melayan suami umpama kekasih, kawan, ayah atau sebagainya. Kenapa perlu jadi hamba?

ii- Wah! Rupanya nasihat itu penuh bermakna. Jadilah kamu seorang isteri yang taat kepada suami. Ketaatanmu kepada suami akan dibalas dengan keakuran suami kepadamu. Cukuplah saya katakan bahawa nasihat ibu tadi sangat benarnya dalam hubungan suami isteri. Sekiranya anda mahu mempunyai suami yang menyerahkan hidupnya untuk rumahtangga dan keluarga, anda terlebih dahulu perlu menyerahkan seluruh jiwa ragamu untuk rumahtangga dan suami.

iii- Ibu tersebut berpesan lagi kepada anak gadisnya agar menjaga hidung, mata dan perut suaminya. Wahhh! Ini sudah lebih…Bagaimana mahu menjaga hidung, mata dan perut suami? Si ibu berpesan jangan sampai suami mencium sesuatu yang busuk dari dirimu. Ini bermaksud isteri hendaklah menjaga bau badannya daripada terlekat dengan hanyirnya ikan masin atau keringat yang berlebihan. Si isteri perlu sentiasa berwangi-wangian sewaktu berada di rumah. Pakaian memasak tidak sama dengan pakaian sewaktu di ruang tamu. Pakaian di ruang tamu tidak sama dengan pakaian dalam bilik tidur.

iv- Jagalah mata suamimu. Jangan sampai suamimu melihat sesuatu yang buruk tentangmu. Rambut tidak bersikat, bibir yang pucat, muka yang berminyak, pakaian yang kotor dan selekeh dan lain-lain adalah permandangan yang tidak menyenangkan suami. Bercantik-cantiklah di dalam rumah secantik-cantiknya. Berjalanlah dihadapan suamimu umpama peragawati, santunilah suamimu umpama peramugari dan berikan senyum lirikmu dengan penuh makna.

v- Jagalah perut suamimu. Jangan sampai suamimu berlapar kerana kesibukanmu kepada perkara lain atau kerana kealpaanmu bersama fb, whatsapp dan telegram. Simpan jauh-jauh alat tele-komunikasi apabila bersama suami. Ia adalah racun yang berbisa, boleh merosakkan hubungan suami isteri dan menyebabkan kamu lupa pada tanggungjawab asasimu. Perut yang kosong akan mengundang kejahatan dan syaitan. Jangan biarkan syaitan begitu mudah menguasai dunia rumahtanggamu dek kerana kelalaianmu sendiri. Masaklah makanan yang disukai suami, kerana air tangan isteri adalah pengikat kasih sayang dan penambat hati suami.

vi- Menerima suami seadanya dengan penuh reda dan syukur kepada Allah SWT. Bersyukurlah walaupun banyak kekurangan pada diri si suami. Paling kurang anda telah berumahtangga, berbanding rakan-rakan wanita lain yang belum mendapat rezki. Jangan engkau bebani suamimu dengan sesuatu yang diluar batas kemampuannya.

vii- Tunjukkanlah kegembiraanmu di kala suami bergembira. Lahirkan kesedihan dan simpatimu di kala suami sedang bermuram durja. Hiburkanlah hatinya dengan sikap manjamu dan keprihatinanmu. Janganlah kamu tunjukkan kegembiraan dan ketawa ketika suami dalam kesusahan atau kamu tunjukkan kesedihan ketika suami dalam kesenangan. Sikap ini akan merosakkan hubungan dan suasana yang boleh anda nikmati bersama.

viii- Jagalah rahsia hidupnya daripada diketahui oleh orang lain. Jangan kamu kongsi rahsia suamimu dan rahsia hubungan intimmu dengan teman rapat atau keluarga. Belajar menjadi seorang yang setia dan jujur dengan suami sama ada ketika bersamanya atau ketika ketiadaannya bersamamu.

ix- Tunjukkan sikapmu yang memuliakan suami dan menghormatinya sebagai suami. Jangan kamu tunjukkan kehebatanmu dihadapannya. Pantang seorang suami apabila isteri suka membebel lagak memberi tazkirah dan tunjuk ajar kepadanya. Sebaliknya gunakan hikmah dan kebijaksanaanmu sebagai isteri untuk menyedarkan suami kepada kesilapannya.

x- Jagalah hubungan dengan keluargamu dalam ruang lingkup yang sederhana dan munasabah. Jangan sampai suamimu merasakan kamu lebih mengutamakan keluargamu berbanding dirinya. Tunjukkan kasih saying kepada ibu mertuamu kerana itu kunci cinta suamimu.

Semoga nasihat ini menjadi pedoman kepada sang pengantin yang sedang melayari bahtera rumahtangga. Percayalah nasihat di atas tadi umpama peralatan dalam bahtera. Sekiranya semua peralatan itu berada dalam keadaan baik, insya Allah ribut taufan dan geloran samudera mampu diharungi dengan baik.

Kelip-kelip Mata

Disebabkan saje mengada-ngada nak tahulah sangatkan kenapa mata nie asyik berkelip-kelip dah 2 hari. Saya bukan percaya sangat tapi setiap apa yang terjadi tu mesti ada sebabnya kan. hehehe So, saya pun merajinkan diri menanyakan kepada Mr.Google kenapa mata berkelip-kelip. Macam biasalah Mr.Google nie memang rajin menjawab sebab tu saya suka dia.. hahahaha

So, saya akan masukkan beberapa yang saya rasa agak menarik nak baca,..hahaha

Flowers Kasih
'Maklumat yang menarik ialah nama saintifik untuk penyakit mata bergerak ini ialah "myokymia". Berdasarkan kata-kata pakar masalah ini adalah akibat pergerakan otot di bahagian kelopak mata atas dan kadang-kadang di bahagian kelopak mata bawah bawah . Mata bergerak-gerak ini berkait rapat dengan stress, fatigue, kurang tidur dan overdose minum kopi. Anxiety/depression juga boleh mengakibatkan kepada masalah mata bergerak-gerak ini. Kerisauan yang terlalu tinggi dalam diri kita juga turut menyumbang kepada masalah ini. Faktor personaliti juga turut menyumbang kepada masalah ini'.

'Penawar kepada masalah ini ialah perbanyakkan berehat dan berzikir pada Allah. Perbanyakkan juga membaca Al Quran dan terjemahannya agar hati kita sentiasa tenang apabila membaca ayat-ayat Allah. Moga hati kita sentiasa diberi ketenangan olehNya. Kalau simptom-simptomnya masih berterusan anda dicadangkan agar buat pemeriksaan mata kalau masih mengalami masalah yang sama ( kelopak mata bergerak-gerak).'
Namun begitu, ada jugak aku temui tentang rahsia pergerakan tubuh ini iaitu :-

Alamat Pergerakan Tubuh
Kelopak mata kanan bergerak - beroleh keamanan.
Kelopak mata kiri bergerak - melihat perempuan
Kelopak mata kiri bergerak dari atas - ada orang akan berjalan jauh.
Kelopak mata kiri dibawah bergerak - hendak menangis.
Biji mata kanan bergerak-gerak - akan menangis dalam bercinta.
Biji mata kiri bergerak-gerak - gembira di hati.
Ekor mata kanan bergerak - menerima kedatangan orang jauh.
Ekor mata kiri bergerak-gerak - mendapat sedikit kepayahan.
Umbun bergerak - berbahagia pada hari tersebut.
Kening kiri bergerak-gerak - beroleh kelapangan.
Bibir bawah bergerak - akan menangis.
Waktu subuh kepala kita bergerak - beroleh kerja yang baik.
Siku kanan bergerak-gerak - beroleh kebahagiaan.
Siku kiri bergerak-gerak - orang yang mengasihi kita akan datang.
Kepala bergerak - ada orang menyakiti hati kita.
Kepala bergerak ke kiri - beroleh kebesaran.
Pelipis telinga bergerak - alami kebahagiaan.
Telinga bergerak - akan berkelahi.
Pipi kanan bergerak-gerak - alamat sakit mata.
Pipi kiri bergerak-gerak - sentiasa bahagia.
Bahu kanan bergerak-gerak - harta hendak datang.
Bahu kiri bergerah-gerak - bakal berjumpa pembesar/ketua.
Lengan kanan bergerak-gerak - akan sakit kepala.
Lengan kiri bergerak-gerak - beroleh harta.(Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai dengan bulat-bulat. :)

Apapun, secara kesimpulan yang boleh aku rumuskan iaitu sebagai hamba Allah, janganlah kita mempercayai segala perkara-perkara yang khurafat dan bertentangan dengan ajaran Islam. Apa sahaja yang berlaku adalah datang dari Nya. Sekira ianya berlaku sama seperti kepercayaan tersebut, itu adalah secara kebetulan sahaja. Moga kita dihindari daripada segala kecelakaan baik di dunia mahupun di akhirat. Amin....


http://wanzeedee.wordpress.com/
Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yg berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.

Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.
Alis Kiri – akan mendapat wang.
Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.
Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.
Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.
Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.
Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.
Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.
Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.
Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.
Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.

Lazimnya, manusia mengalami keadaan mata menjadi lamur dan berkunang-kunang walaupun bukan ketika sakit mata. Bagi orang melayu, penglihatan pada saat dan ketika tertentu mempunyai makna dan firasatnya yang tersendiri.

MATA KANAN
Jika MATA KANAN sahaja yang berkunang-kunang pada;
6 hingga 8 pagi – akan ada yang menggoda atau mengganggu.
8 hingga 10 pagi – akan ada yang berkhianat.
10 hingga 12 tengahari – akan ada urusan yang tidak baik.
12 tengahari hingga 2 petang – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
2 hingga 4 petang – akan ada wanita yang mempunyai perasaan menginginkan sesuatu.
4 hingga 6 petang – akan didatangi orang tua atau saudara.
6 hingga 8 malam – akan menerima tetamu dan seterusnya mendamaikan sesuatu yang baik.
8 hingga 10 malam – akan mengunjungi saudara mara untuk menguruskan sesuatu perkara.
10 hingga 12 tengah malam – akan diundang orang yang mempunyai hajat.
12 tengah malam hingga 2 pagi – akan ada yang jahil
2 hingga 4 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
4 hingga 6 pagi – akan mendapat rezeki atau keuntungan.

MATA KIRI
Jika MATA KIRI sahaja yang berkunang-kunang pada;
6 hingga 8 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.
8 hingga 10 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
10 hingga 12 tengahari – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
12 tengahari hingga 2 petang – akan mendapat keuntungan daripada perdagangan atau dari sumber-sumber lain.
2 hingga 4 petang – akan mendapat keuntungan berupa barangan.
4 hingga 6 petang – akan mendapat rezeki atau keuntungan.
6 hingga 8 malam – akan didatangi tetamu yang menyebabkan kegirangan.
8 hingga 10 malam – akan dikunjungi oleh saudara mara.
10 hingga 12 tengah malam – akan mendapat pertolongan dari pihak lain.
12 tengah malam hingga 2 pagi – akan mendapat kesusahan atau diserang penyakit.
2 hingga 4 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.
4 hingga 6 pagi – akan dikunjungi oleh saudara mara.

Banyaknya firasat Orang Melayu tentang mata memberi gambaran betapa pentingnya mata dalam mempengaruhi perlakuan dan tindakan manusia. Justeru ungkapan ‘ dari mata turun ke hati…’ mempunyai pengertian yang sangat mendalam dan ada juga terdapat firasat dan petanda-petanda pada anggota badan kita yang lain misalnya,

Umbun bergerak – berbahagia pada hari tersebut.
Kening kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.
Bibir bawah bergerak – akan menangis.
Kepala bergerak – beroleh kerja yang baik.
Siku Kanan bergerak-gerak – beroleh kebahagiaan.
Siku Kiri bergerak-gerak – orang yang mengasihi kita akan datang.
Pelipis Telinga bergerak – alami kebahagiaan.
Telinga bergerak – akan berkelahi.
Kepala bergerak – ada orang menyakiti hati kita.
Kepala bergerak ke kiri – beroleh kebesaran.
Bahu Kanan bergerak-gerak – harta hendak datang.
Bahu Kiri bergerah-gerak – bakal berjumpa pembesar/ketua.
Lengan Kanan bergerak-gerak – akan sakit kepala.
Lengan Kiri bergerak-gerak – beroleh harta.
Pipi Kanan bergerak-gerak – alamat sakit mata.
Pipi Kiri bergerak-gerak – sentiasa bahagia.
Tangan Kanan gatal – nak dapat duit.
Tangan Kiri gatal – nak buang duit.
Kaki gatal – asyik nak berjalan saja tapi kalau kaki gatal semacam maknanya tak cuci kaki bersih mesti dah ada ‘ulat air’lah tu…

Walaubagaimanapun kita hanya boleh membaca sekadar pengetahuan dan rujukkan kita semata-mata.


Ok, banyakkan yang kita dapat. Tapi bagi saya ia mungkin hanya kebetulan je sebab saya memang rasa saya nak menangis pun hari nie dan memang saya sedang hadapi pelbagai masalah jadi ini semua ada ujian buat diri saya. Ok. pape pun just nak share jugak.. hehehe 

Sebalik lagu VIDA

Sejak dua tiga hari lepas aku tiba-tiba menyanyi lagu Vida-Phyne Ballerz, tak tahu kenapa tapi aku ia mungkin ada kaitan dengan diri aku waktu tu kot. hehehe Macam ada lirik dia yang menarik plak. Ish, kenapa nie lagu je pun kan tapi aku nie pelik tau sejak dua menjak nie. hehehe 

Setiap detik saat buat hiba ku melarat, Dan semakin berat terasa terjerat, Mungkin ku tidak sekuat kusangka

Setiap rintik hujan buat keadaanku tenat, Dan segala kudrat kuperah keringat, Daku dah penat melawan perasaan

Dan memang benar sebenar-benarnya, Amat terasa sejak kau tiada

Vida Kembalikanlah semangatku, Kembalikan ketenanganku, Kurebah tanpamu
Carino mio, Tak terdaya lagi bernafas, Jiwa daku semakin lemas, Dahagakan cintamu, Kaulah nyawaku

Seperti diri ini yang memerlukan semangat kembali. Penat melawan perassan sendiri dalam mencari jawapan yang tiada pada diri,cuba menjadi kuat, tapi tak sekuat yang aku inginkan. Kadang-kala aku rebah tanpa aku sedari mencari makna dalam diri. Namun aku gagahi untuk meneruskan langkah mencari kemana arah hidup ini.. #menangis #nantisambungsemula hehehe 

Vida Phyne ~Kembalikanlah Semangatku

Setiap detik saat buat hiba ku melarat
Dan semakin berat terasa terjerat
Mungkin ku tidak sekuat kusangka

Setiap rintik hujan buat keadaanku tenat
Dan segala kudrat kuperah keringat
Daku dah penat melawan perasaan

Dan memang benar sebenar-benarnya (daku terseksa)
Amat terasa sejak kau tiada

**Vida
    Kembalikanlah semangatku 
    Kembalikan ketenanganku
    Kurebah tanpamu
    Carino mio
    Tak terdaya lagi bernafas
    Jiwa daku semakin lemas
    Dahagakan cintamu
    Kaulah nyawaku

Katakanlah apa saja yang dikau damba
Sedaya-upaya kutunaikannya
Asal kau pulang ke dakapanku

Daku bersungguh sesungguh-sungguhnya (tangis berdoa)
Mahu cintamu dan masa indah lalu oh...

Vida
Kembalikanlah semangatku
Kembalikan ketenanganku
Kurebah tanpamu

Berikanlah daku peluang hanya sekali lagi
Senyumanmulah menjadi penawar hati
Melutut merayu... kau nyawaku

Khamis, 18 Disember 2014

Alone

Sendiri
Kadang-kala terasa sunyi
Tapi ketika ini
Aku dapat menilai diriku sendiri
Mencari makna sebuah kehidupan
Berfikir apa yang aku perlukan
Berfikir apa bekalan akan ku bawa nanti

Sendiri
Membuatkan aku lebih banyak berfikir
Benar orang kata
Apabila kita bersendiri 
Kita lebih mendalami diri kita sendiri

Walau kemana arah ingin ku langkah
Akan aku pastikan agar ia tidak akan jauh dariMU
Semoga setiap langkah ku ini
Sentiasa dibawah rahmatMU

My Cinta Hati (Anakku)

Cinta hati lah sangat kan.hehehe..Rindu dekat semua baby bonda. Bila dapat jumpa pun tak tahu. :(

Najla akan sekolah tahun 2015. Sekejapnya masa berlalu, macam baru je lagi aku jaga dia lepas bersalin. Rindu sikecik Rizqi, budak yang tak nak tangkap gambar.hehehe My new baby Haziq kurnia dari Allah kepada abangku rezeki yang tidak ternilai dari Allah dan ia amanah untuk abangku membesarkannya. 

   

Rabu, 17 Disember 2014

Doa Seorang Kekasih

Setiap lagu pasti ada kisahnya, tapi bagi aku setiap lirik lagu tu ada kenangannya. Mungkin orang akan kata aku nie agak puitis, tapi itu adalah aku. hihihi.. So, lagu "Doa Seorang Kekasih" nie aku rasa ia adalah satu doa. Seperti aku yang hanya mampu berdoa jika dia(nama) adalah jodoh buatku semoga Allah mempermudahkan jalan untuk kami menghalalkan hubungan ini. Walau apa jua, aku tahu perancangan Allah itu sesuatu yang sangat indah dan sangat sempurna buat diri ini. 

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan 
Dia milikku, tercipta untuk diriku 
Satukanlah hatinya dengan hatiku 
Titipkanlah kebahagiaan 

Ya Allah, ku mohon 
Apa yang telah Kau takdirkan 
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku 
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku 
Pelihara daku dari kemurkaanMu 

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah 
Beri kekuatan jua harapan 
Membina diri yang lesu tak bermaya 
Semaikan setulus kasih di jiwa 

Ku pasrah kepadaMu 
Kurniakanlah aku 
Pasangan yang beriman 
Bisa menemani aku 
Supaya ku dan dia 
Dapat melayar bahtera 
Ke muara cinta yang Engkau redhai 

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih 
Engkau sahaja pemeliharaku 
Dengarkan rintihan hambaMu ini 
Jangan Engkau biarkan ku sendiri 

Agarku bisa bahagia 
Walau tanpa bersamanya 
Gantikanlah yang hilang 
Tumbuhkan yang telah patah 
Ku inginkan bahagia 
Di dunia dan akhirat 
PadaMu Tuhan ku mohon segala
Aamiin... Semoga semua dipermudahkan. Kali ini aku benar-benar berserah segalanya kepada Allah tapi bukan bermakna aku tak berusaha tau. Cuma aku lebih berserah dari yang sebelum-sebelum nie. Jika dia(nama) adalah yang terbaik untukku, agamaku, keluargaku, dunia dan akhiratku dan mampu mendidikku, bakal anak2ku kepada Allah, semoga jodoh kami dipermudahkan. Tapi jika sebaliknya aku memohon agar Allah kuatkan hatiku agar aku sentiasa redha dengan ketentuanNYA. Aamiin.

Pemilik Cinta

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"
Tiada kata yang mampu aku lafazkan lagi. Biarlah lagu ini berbicara mengupas segala rasa yang sedang bermain dihati. Dihati je tau, bukan diminda.. Hehehe
Lirik yang aku rasa kena dengan situasi sekarang.. 
Oh pemilik cinta betapa dapat kurasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga

Benar ku akui jarang ku lafazkan
Kata kata penghargaan atas pengorbanan
Namun hanya engkau maha mengetahui
Betapa dirinya amat ku hargai
Kekasih.. kau penawar duka
Menjadi penguat dijiwa
Walau ku bertalu diuji
Dirimu tetap sentiasa disisi

Oh tuhan kau yang maha tahu
Cinta ku padanya tak pernah ku ragu
Ku pinta kekalkan cintaku
Hanya bersamanya disyurgamu


Tapi walau apa pun, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Kat Fb lagu nie aku tujukan buat sahabat saya Nurul Asiah & Amasilah yang sedang menghadapi ujian untuk membuat keputusan terbesar dalam hidup. Membuat pilihan untuk menamatkan zaman bujang mereka. Ketahuilah aku akan sentiasa berdoa agar kalian dapat memilih seseorang yang dapat menjaga kalian sampai ke syurga. InshaAllah.

Lirik lagu nie jua seperti "Dia" yang Allah utuskan kepadaku saat-saat aku bersendiri. "Dia" adalah satu anugerah dari Allah untuk aku lebih dekat denganNYA. Alhamdulillah, Allah sentiasa sayang pada kita, kerna sentiasa diuji olehNYA. Kita perlu sabar & tabah hadapinya, pasti ada senyuman disebalik semua ini..

Selasa, 9 Disember 2014

Apa makna semua nie??

Assalamualaikum..hihi Saya nak cerita ni, malam tadi kan mungkin sebab fikir pasal dia sampai dalam mimpi pun ada dia. Tapi yang peliknya saya rahsiakan hubungan kami dari budak kelas dia. Eh, jap kami ada hubungan ke?? hehehe

Dalam mimpi tu ada kawan dia dua orang dan kawan saya dua orang. Tapi kawan saya tu budak kelas dia jugak. Sorang kawan saya ni tanya "Eh, korang macam rapat je?" saya just senyum je. Kawan sorang lagi tanya "Korang ada apa-apa ke?" Saya just jawab, "Tanya dia." hahaha Memang gaya artis sungguh jawapan saya tu kan. Mengelak dari kawan soal saya, saya suruh tanya dia. 

Kawan saya tu pelik sebab masa kat sekolah kami tak pernah kenal or bertegur sape pun tapi kenapa bila lepas sekolah kami nampak rapat. Suasana waktu tu macam kami ex2005 buat reunion. Salah faham berlaku bila saya tanya dia "Awak semua ok?" Soalan macam tu pun menunjukkan kami rapat ke?? hahahaha

Aduhai, semua tu hanya mimpi je kot. Tapi kalau betul tu adalah petunjuk dari Allah, Alhamdulillah saya bersyukur sebab dalam mimpi tu dia senyum. Lepas tu saya dah sedar, tak dapat tunggu dia jawab. Walau apa pun, saya akan sentiasa redha dengan setiap yang berlaku. InshaAllah.

Kadang-kadang tu saya pelik jugak, saya jumpa ramai orang dan mak angkat pun ada kenalkan saya dengan dua tiga orang tapi semua tak boleh go on pun. Dengan dia nie lain, I don't know why?? Saya tak tahu apa yang buat saya selesa dengan dia & saya tak tahu apa yang dia ada boleh menarik minat saya. 

Tapi saya tahu orang yang saya suka, saya tak akan dapat milikinya. First konon2 waktu cinta monyet (kesian monyet sebab cinta dia saya pinjam) dia tinggalkan saya untuk orang lain. My first love kembali kepada Allah sebab Allah sayang dia. Alhamdulillah saya dah redha yang saya memang tiada jodoh dengan dia didunia ni. Tapi bersyukur sebab Allah ketemukan saya dengan dia. seorang lelaki yang mendekatkan saya kepada Allah. Itu adalah rahmat yang Allah beri. 

Dia yang sekarang nie pun saya bersyukur jua, sebab Allah ketemukan saya kembali kepada dia. Dia banyak mengajar saya tentang yang saya tak tahu. Owh, sebab tu ke saya tertarik dengan dia?? Entahlah. hehehe But saya happy dengan hubungan macam nie, kami memerlukan ruang lagi. hihihi 

Isnin, 8 Disember 2014

Dia dan Saya

Assalamualaikum.. wahh, lama bebenor saya tak updated story mory kan.. So, hari nie saya citer sikit lah sebab terbaca tentang maksud disebalik tarikh lahir.. hehe

Rasa-rasanya serasi tak saya dengan dia. Tapi selagi dia tak kata apa-apa saya tak adalah nak letak harapan sangat. Sebab saya tahu semua datang dari Allah, jadi walau apa pun saya sentiasa berdoa agar terus tabah & redha jika sesuatu terjadi dalam hubungan kami ini. 

Nie maksud tarikh lahir dia & saya. 
1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Semua ni saya tak anggap serius pun, sekadar suka-suka dipetang hari.. hihihi Kadang-kadang tu teringat kat dia tapi cuba kawal semuanya. Saya tak nak nanti dia kata saya nie macam nak sangat kat dia, tapi memang nak pun.. hahaha 

Susah nak terangkan kenapa ada perasaaan ini, sebab saya percaya semua perasaan nie datang dariNYA cuma saya kawal ia agar tidak jadi seperti dahulu lagi. Alhamdulillah saya rasa tenang. Semoga jika ini destinasi yang boleh mendekatkan saya kepada Allah dan boleh memimpin saya ke Syurga semoga Allah sentiasa mempermudahkan jodoh kami. Semoga Allah membukakan pintu hati dia untuk saya dan pintu hati saya untuk dia agar kami sama-sama boleh lebih dekat dengan Allah lagi. InshaALLAH. 

Note: Doakan kami ye.. Semoga kekal sampai ke syurga. AZJR

URUTAN RINGKAS PERISTIWA YANG BERLAKU DALAM ISRAK MIKRAJ

ISRAK MIKRAJ: URUTAN RINGKAS PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU DALAM ISRAK MIKRAJ KE ATAS RASULULLAH SAW

Umat Islam seluruh dunia menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan Mikraj yang ada disebut dalam ayat pertama surah al-Israk pada setiap 27 Rejab. Mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan yang datang sekali setahun dalam bulan hijriah.

Ia bagaikan dinanti-nanti oleh pencinta agama Islam, kerana kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah kesempurnaan. Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku pada diri baginda Rasulullah SAW.

Peristiwa ini telah membongkarkan keimanan dan keyakinan umat manusia tentang kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian nabi Muhammad SAW. Orang kafir sendiri menjadikan peristiwa Israk Mikraj ini sebagai suatu pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah nabi.

Manakala keadaan umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu ada yang terus membenarkan nabi seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji nabi melalui beberapa pertanyaan seperti bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut dan ada pula yang bersikap menolak terus cerita nabi dan kembali murtad daripada Islam.

Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelum nabi dinaikkan ke Saidatul Muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi Isra’ dan sekitarnya. Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus menjadi rebutan 3 agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi sehinggakan keganasan Yahudi dalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalan tanpa perikemanusiaan.

Sejarah Perjalanan Israk Mikraj

Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda SAW disuci dengan air zamzam dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW.

Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “kahtimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangi binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa) Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah SAW ditemani oleh malaikat Jibrail dan Israfil.

Sebaik tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan sembahyang sebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.
3. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib, antaranya:-

A. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

B. Tempat yang berbau harum, Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

C. Sekumpulan orang orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikaan dilakukan berkali-kali, Jibrail memberitahu: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

D. Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

E. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami.

F. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

G. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagu kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang yang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

H. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

I. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

J. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (takbur), kemudian menyesal tapi sudah terlambat.

K. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

L. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensiakan umurnya sampai tua.

M. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia’,aulia’ dan mursalin menjadi makmum. Pad suatu tika Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah)

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

a) Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu jumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

b) Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.

c) Langit Ketiga: Baginda naik langit ketiga dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

d) Langit Keempat: Baginda naik tangga keempat dan bertemu dengan Nabi Idris AS.

e) Langit Kelima: Baginda naik tangga kelima dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israel.

f) Langit Keenam: Baginda naik tangga langit keenam dan bertemu dengan nabi-nabi.

g) Seterusnya dengan Nabi Musa AS, Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai termasuk 70000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

h) Langit Ketujuh: Baginda naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW Nabi Ibrahim AS bersabda,

“Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat terakhir dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syuga iaitu La Haulawala Quwatta Illa Billah.

Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda:

“Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu:

Subhanallah, Walhamdulillah, Wa La Ila Haillallah Allahuakbar dan La Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim.

Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.

i) Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

j) Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “Al – Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia.

k) Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka beserta dengan malaikat Malik penunggunya.

l) Tangga kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya.

m) Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya.

Allah SWT: Ya Muhammad

Rasullah: Labbaika

Allah SWT: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah: Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah SWT : Aku ambil mu sebagai kekasih. Aku perkenankan mu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepada mu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelum mu. Aku berikan mu ayat-ayat di akhir surah al Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah “Arasy”. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakan panji-panji Liwa – ul – hamd. Maka Adam dan semua yang lainya di bawah panji-panji mu. Dan aku fardukan atas mu dan umat mu 50 (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah SAW dibawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah S.W.Tagar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), baginda tidak mahu lagi merayu kerana malu kepada Allah, dan akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam tetapi mengekalkan nilai pahalanya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yangsama.

Pengajaran Penting daripada Israk dan Mikraj

Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa?

Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk.

Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.

Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini.

Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah mereka. Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat.


Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas. Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran. Wallahua’lam.