Selasa, 20 Mei 2014

Today 20.05.14

Hari ini cukup 4 bulan aku bekerja disini. Hari ini juga aku terima pelbagai dugaan. Aku rasa setiap kali genap bulan aku bekerja disini pasti ada dugaan untukku. Tapi hati ini terlalu rapuh untuk terus tersenyum menghadapi setiap ujian ini. 

Hari ini sahaja, aku rasa marah dengan incik boss, sampai aku updated status dilaman sosial rasa marah tersebut. Sepatutnya aku tak boleh berbuat sedemikian, tapi kerana rasa marah ketika itu aku buat tanpa perlu berfikir. Betul ada aku pernah baca, manusia ni ada 3 keadaan dimana dia tidak akan berfikir. 

1. Ketika dia sedang marah - Dimana bila kita sedang marah, kita tidak akan berfikir sama ada perkara yang kita buat itu benar atau pun tidak. Kadang-kala perbuatan itu boleh merosakkan sesuatu hubungan jua. Jadi bila kita tengah marah amalkan kita berzikir, agar hati ini dijauhi dari perkara-perkara yang tidak baik. 
(bila dah tenang boleh plak cakap macam ni kan) hehehe (pengajaran) 

2. Bila sedang bercinta - Yang ni pun setuju jugak, sebab biasalah kalau tengah bercinta ni kita nasihat apa pun tentang hubungan mereka susah nak terima. Semuanya indah, tapi bila dah kecewa baru sedar yang semua kata-kata kita tu benar. "Kalau bercinta tu biar berpada-pada jangan terlalu taksub dengan cinta kepada manusia" (kena take note nie) 

Tapi bagiku cukup aku mencintai Allah melebihi segalanya, kerna sesuatu perkara itu datang daripadaNYA termasuk rasa indahnya cinta itu. hihihi..

3. Tak ingat lah, nanti kalau ingat aku updated ek. :)

Lepas tu, nak dijadikan cerita juga hari ni aku marah dengan orang Courier.. Sebenarnya bukan nak marah sangat, cuma dia tu suka sangat cakap belik-belik aku dah lah tengah pening dengan stok nak hantar. Minggu lepas dia kata, kalau ada barang nak pick-up terus call dia nanti dia akan datang atau mintak orang datang. Tiba-tiba semalam lagi, dia kata request dekat system online sahaja. Kalau korang rasa apa??? 

Kalau nak suruh request kat system je terus, tak payah lah tiap-tiap hari call tanya ada parcel nak hantar tak. Buat habis kredit je.. 

Tapi aku dapat rasa, aku punya mood yan tak berapa nak baik minggu ni. Mungkin ada sesuatu yang akan berlaku. Sekejap aku rasa nak marah, sekejap aku rasa nak menangis. Aku sendiri pun tak faham dengan diri aku sendiri. Hehehe

Sampai satu tahap, aku rasa nak behenti keje je terus. Padahal my opismate n my boss tak datang sebab sakit. Bukan saje saje tak nak datang. Semoga mereka berdua akan cepat sembuh. Aku tak nak duduk opis nie sorang-sorang, tak ada orang nak berbual, nak bergaduh.

Incik bos baik orangnya, mungkin tadi dia sakit jadi dia agak marah sikit. Aku pula mood tengah tak betul, jadi cepat sangat terasa hati. Padahal bukan apa pun, sikit sangat. Apa dia nak aku buat dengan baik je. Last-last dia call cakap baik-baik semula dengan aku.

Aku marah tadi, tapi sekarang tak dah. Barang tu Incik bos ngan opismate yang bungkus selama ni, aku memang tak usik pun kalau ia berkaitan dengan Ebay. Tapi tiba-tiba dia marah aku, sebab tu aku terasa hati. Kalau aku buat salah, ye aku akan mintak maaf sebab tahu tu memang salah aku, tapi bila bukan aku yang buat, tapi aku kena hadapinya. Terasa seolah-olah aku ni memang sangat tak berguna pada dia. Sedih tau. 

Tapi tu semua tadi je, sekarang dah ok. Bos pun dah buat operation harap semua dipermudahkan oleh Allah, dan Bos cepat sembuh. Amin

Aku harap semua akan pulih semula esok, kerna aku tahu bila kita selalu fikir negatif kita akan jadi negatif. Jadi aku kena positifkan diri aku semula, inshaALLAH semua akan pulih kembali kerna Allah sentiasa ada untukku. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan