Khamis, 22 Mei 2014

Kuih Talam Pandan


Salam.. Hari tu saya masak Kuih Talam Pandan ni, tapi tak sama macam mak buat. Jadi hati ni saya p "google" cari resepi macam mak buat, sebab nak tanya mak malu dah. Tiap-tiap kali nak masak tapon mak. Hehehe.. Maaf ye mak, sampai bila anakmu ini nak pandai pun tak tahu lah. Sebab terlalu rajin masuk dapur, jadi resepi tu cepat lupa.. Hihihi... So, resepi Kuit Talam Pandan kat bawah nie yerrr... 
KUIH TALAM PANDAN
Lapisan Bawah:
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan santan cair( dari 1/2 biji kelapa )
1 cawan air daun pandan
1 sudu kecil pewarna hijau

Cara
1. Masukkan tepung gandum dan gula ke dalam bekas.
2. Tuangkan air daun pandan. Kacau rata.
3. Tuangkan santan cair. Kacau hingga sebati.
4. Tambahkan pewarna.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 45 minit.
* Jika selepas masak, ada air bertakung atas kuih ni, buangkan air tu dulu sebelum dituang lapisan bahagian atas pula.

Lapisan atas:
2 1/2 cawan santan pekat ( dari 1 biji kelapa )
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam

Cara
1. Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas.
2 Tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit sehingga sebati.
3. Tuangkan atas lapisan bawah yang telah masak dan kukus lagi selama 15 minit.
4. Sejukkan sebelum dipotong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan