Rabu, 21 Mei 2014

Aku ingin berubah.....

Sabtu minggu lepas (17.05.14) aku terajin lebih, jadi apa lagi bila free pasti dapur aku cari. Nak dijadikan cerita aku masak Nasi Ayam.. First time masak sendiri, selalunya aku just tolong-tolong sediakan bahan je... Rupannya tak lah susah mana masak nasi ayam tu, cuma selama ni aku takut je nak buat. hihihi

Lepas tu, aku ajak my bfff cik Fajar Pagi. Entahlah, selalu sangat aku masak dia tak pernah rasa kan, jadi aku jemput dia lunch kat rumah hari tu. Alhamdulillah dia datang. :) 

Tiba-tiba tengah duduk berbual dia tanya satu soalan. Dialog dia bawah ni. 

Dia: Yunk (nama manja kami), ko nak tak gambar ko dengan arwah?

Aku: (Terkejut) Gambar yang mana?

Dia: Gambar dalam kelas, dekat basikal, gambar curi ko dengan arwah waktu tingkatan 5. 

Aku: Kenapa tiba-tiba tanya pasal gambar ni?

Dia: Sebab gambar lain semua aku dah bakar. Tu je bukan gambar aku, sebab tu aku tanya ko dulu. Kalau nak aku bagi bila jumpa nanti. 

Aku: Ko buang semua gambar? Gambar waktu sekolah? 

Dia: Yup. Semua aku minggu lepas waktu aku balik kampung tu. 

Aku: Tapi kenapa? Semua tu kan kenangan kita. 

Dia: Saje, malas nak simpan dah. 

Aku: Habis esok-esok anak-anak ko nak tengok gambar mummy dia waktu sekolah tak ada lah?

Dia: Aku jawab je, mummy lahir terus besar. (sambil gelak) Aku simpan dalam memory aku je dah cukup rasanya. 

Aku: Teruk betul lah ko ni. Tapi aku rasa semua gambar tu aku ada lah. 

Dia: Biar betul. Maknya waktu cuci dulu kita terus cuci lebih ek?

Aku: Yup. Kalau tak salah lah. Semua tu aku ada. 

Dia: Habis gambar pada aku tu, ko nak ke tak?

Aku: Ko bakar je lah. Lagipun balik kampung nanti aku nak bersihkan semua barang-barang, mana yang aku tak nak aku nak bakar juga. 

Dia: Ko serius ni, nak bakar? Ko biar betul. 

Aku: Serius. Bakar je lah. (sambil senyum)

Dia: Wah! Macam tak percaya pulak ko cakap macam tu. 

Aku: Habis tu sampai bila aku nak terus simpan kenangan antara aku dengan dia. Bukan dulu ke ko cakap suruh aku lepaskan. So, aku dah buat. (cakap dengan penuh yakin, tapi di hati hanya Allah yang tahu) Senyum... 

Dia: Alhamdulillah, kalau betul lah kan. Tapi bagus lah, dah 5 tahun sampai bila ko nak hidup dalam kenangan kan. 

Aku: Tahu tak pe. Aku nak ada family juga. Arwah adalah kenangan aku, suami aku adalah syurga aku. Ok tak? (sambil senyum angkat-angkat kening)

Dia: Eleh, jiwang lah sangat. hahaha

Akhirnya kami tutup cerita macam tu je, sebab ada mak nenek juma datang. 

Tapi apa yang aku katakan aku akan buat. Arwah kenangan je dalam hidup aku, kenangan yang tidak mungkin akan datang lagi. Tapi bakal suami aku adalah insan yang akan membawa aku ke syurga. InshaALLAH. 

Jadi aku kena berubah, jangan hidup dalam kenangn lagi. Hanya aku sahaja yang boleh ubah masa depan aku. So, senyum. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan