Khamis, 22 Mei 2014

Its True??

Ehem...ehem...ehem.. Its true??
Lelaki dah perempuan tak boleh kawan terlalu rapat... Takut nanti salah seorang akan ada perasaan lain. Betul ke?? Saya akan bagi pandangan ikut yang saya pernah alami je yerr..

Jawapan saya ye.. Yess.. Betul... Saya ingat lagi waktu saya tengah study, saya rapat dengan seorang lelaki, dia satu kelas dan memang dari sem 1 kami sama sampai sem akhir. Nak dijadikan cerita, kawan baik saya waktu study perempuan suka pada budak lelaki tu. Saya memang tak ada perasaan pada lelaki tu, kecuali rasa hormat dan hargai dia sebagai seorang teman, kawan & sahabat. Itu sahaja. 

Tapi ramai kawan-kawan kata, lelaki tu suka saya. Entahlah, lelaki tu tahu saya ada cinta hati. Kononnyalah waktu tu. Hehehe... Lepas kawan-kawan kata macam tu, saya jadi takut untuk rapat dah dengan dia. Saya tak nak bagi dia harapan apa-apa pun, tapi dia memang kawan lelaki saya yang baik. 

Ingat lagi waktu saya nak pergi melawat arwah cinta hati saya, dia peneman. Macam tak caye kan, dia sanggup teman saya sebab saya takut nak hadapi arwah sorang-sorang. Saya takut saya tak kuat. Tapi jangan risau kami tak pergi berdua, ada diya teman. Kalau berdua je, takut cinta hati saya fikir bukan-bukan pulak, penat saya nak pujuk nanti. :)

Selepas 6 bulan cinta hati saya meninggal, kawan saya tak tahu pun. Dia tahu selepas kami habis belajar, sebab saya ni kalau sedih tak tunjuk pada orang. Buat apa nak simpati orang kan, cuma kawan-kawan perempuan je pernah tengok saya nangis. Tu memang saya tak boleh tahan lagi. Kadang-kadang air mata dapat melepaskan segala rasa, walaupun sesuatu perkara tu tak selesai pun. :)

Selepas tamat belajar, saya dapat keje dekat bandar. Kira dekat dengan rumah, senang. Kawan lelaki tu pun dapat keje, tepi opis saya je. Jadi bila lunch kami akan keluar makan sama-sama. Waktu tu, dia baru tahu yang saya single sebab arwah dah meninggal. 

Pasal dia dengan kawan baik saya waktu belajar, mereka tetap tak boleh bersama. Lelaki tu kata dia tak suka peragai kawan saya tu, terlalu mengokong dia. Saya dah tak boleh nak pujuk lagi. Kesian, dua -dua kawan baik saya. Ingatkan dapat lah makan nasi minyak mereka, tapi tu lah kan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. 

So, saya rasa memang tak boleh pun lelaki dengan perempuan berkawan terlalu baik takut nanti ada yang salah erti pulak. Alhamdulillah, saya dengan dia masih kawan cuma kami dah tak serapat dahulu lagi. Sekarang saya pulak hadapi keadaan macam dia. Sedihnya, tapi saya tahu Allah tahu itu dah cukup. Siapa dia yang saya suka tu, biarlah rahsia antara saya dan Allah saje. :) 

Cukup bagi saya Allah tahu, kerna peracangan yang telah Allah aturkan terlalu indah.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan