Selasa, 6 Mei 2014

Kerana Dia

Balik kampung baru ini, aku mencari kedudukan dalam kelas 5 Amanah tahun 2005. Semasa membuka kembali kotak yang lama tersimpan rapi, ia seolah-olah membuka kembali semua kenangan yang berlaku dari tahun 2005 sehingga tahun 2009. Hanya 4 tahun, tapi 4 tahun itulah yang mendewasakan aku dari seorang gadis yang lemah menjadi seorang yang pendendam, muram, pemarah, benci dan sedih. 

Aku rasa semua bermain-main diminda. Sepatutnya aku tidak membuka kotak tu kembali, namun untuk memenuhi kehendak seorang kawan aku turutkan. Rasa seperti semua kenangan itu masuk kembali ke dalam fikiran. 

Rasa kesedihan, kekecewaan yang telah lama aku simpan kini semua kembali semula. Hati rasa rapuh, walau aku sering kali tersenyum, ketawa tapi hati ini hanya Allah SWT yang mengetahui. Adakah aku akan kuat lagi untuk menghadapi ia buat kali kedua? 

Aku sering kali berfikiran positif, bahawa kenangan itu hanya tinggal kenangan tapi ia hanya bermain dibibir bukan dihati dan minda. Jika aku masih duduk berseorangan, semua itu bagaikan wayang yang sedang dimainkan dikaca mata. Tanpa dipinta air mata ini pasti akan mengalir dipipi. 

Sungguh rasa hati ini semakin menipis untuk menahan segala kesedihan & air mata. Apa yang telah aku laluinya adalah sesuatu yang aku rasa sangat sukar untuk dilupakan. Walau aku cuba, ia tetap ada jauh disudut hati. Ingin sahaja aku memadamnya dari setiap kenangan itu, tapi ia tetap ada kerana telah tertulis untuk aku hadapinya. 

Aku percaya Allah SWT menguji umatNYA hanya untuk memberi umat manusia ini satu kekuatan yang sangat luar biasa. Walau aku mengambil masa yang agak lama untuk kembali bersemangat, positif seperti hari ini, kadang-kala sifat negatif itu pasti akan datang tanpa dipinta. 

Cukup, aku tidak mungkin akan kembali seperti dahulu. Seorang pemarah, pembenci, pedendam, sedih, muram. Aku penat untuk semua itu, aku rasa cukup bahagia dengan apa yang aku ada sekarang. Kenangan itu aku akan biarkan ia terus berlalu. Aku tak ingin ia menghantui diri aku lagi. Aku tahu, aku mampu lakukannya. 

Setiap sesuatu yang terjadi adalah satu kekuatan dalam diri aku. Dugaan itu membuatkan aku semakin dekat denganNYA. Aku bersyukur dengan ujian yang telah aku alaminya suatu ketika dahulu. 

Waktu aku buka kotak tu kembali, aku dapat baca beberapa ayat yang pernah aku tulis pada tahun 2006 dan 2007 dimana aku mula melangkah ke kota yang penuh kesibukan & kemaksiatan. Namun kerana berkat doa Ibu Bapa aku, Alhamdulillah aku masih seperti anaknya yang dahulu. 

Tahun 2007 terlalu banyak kenangan antara aku, dia dan dia. Disebabkan dia aku mula berubah sedikit demi sedikit dan disebabkan dia aku mula berubah sedikit demi sedikit juga. Satu ke arah kebaikkan dan satu ke arah kejahatan. Bila aku rasa jauh, aku mula mendekati Allah mencari hala tuju hidup ini. Alhamdulillah, Allah tidak pernah jauh dan Alhamdulillah kerana dia dan dia aku menjadi aku yang sekarang. 

Dia yang banyak memberi aku tunjuk ajar dan dia memberi aku rasa diri ini dicintai. Sungguh jika dulu aku mendambarkan cinta dia, tapi hari ini aku tidak lagi memerlukan itu semua. Dia adalah adalah utusan Allah untuk memberi aku pengajaran darinya. 

Dia juga yang mendekatkan aku kepada Allah dan dia juga membuatkan aku menangis. Persamaan antara kedua-duanya adalah pernah menyanyangi aku dan pernah buat aku menangis. Cuma satu menangis atas pemergian dia selama-lamanya dan satu lagi menangis kerana mengecewakan aku. 

Dulu mungkin aku akan menangis atas kekecewaan itu, tapi bukan hari ini lagi. Kerana aku sangat-sangat bersyukur aku tidak dijodohkan dengan dia, kerana aku tidak layak untuknya. Tapi aku berterima kasih kepadanya, kerana menghormati aku semasa kami pernah bersama. 

Buat dia yang telah pergi, kenangan itu tidak akan pernah padam dari hidupku ini. Tapi aku akan terus melangkah untuk mencari cinta yang Halal disisiNYA. Aku tidak lagi ingin hidup dalam semua kenangan yang telah melukakan aku. Aku bahagia dengan apa yang telah terjadi, aku bahagia dengan apa yang aku ada pada masa kini. 

Allah SWT tidak pernah jauh dari hidupku lagi, walaupun dulu ada kala aku jauh dariNYA tapi tidak hari ini. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah memberi aku peluang kedua untuk terus lebih dekat denganNYA. 

Tiada manusia yang tidak pernah lari dari melakukkan sebarang kesilapan. Tapi ambillah kesilapan itu sebagai satu cabaran dalam hidup untuk terus berubah. Bertaubatlah kerana pintu taubat itu tidak pernah tertutup selagi Allah SWT memberi kita pinjaman nyawa dan bernafas di atas muka buminya ini. 

Kerana dia aku menjadi aku yang kini bukan seperti dahulu lagi. Kerana DIA aku rasa sangat bahagia, walaupun aku masih bersendiri. Allah SWT sentiasa ada bersamaku dalam suka dan duka. Aku akan terus berubah dan berubah untuk terus mendekatiNYA lagi. 

Cukup bagiku hanya Allah sentiasa dihati, pasti kebahagiaan itu datang lagi. Insha ALLAH. 
Hanya kerana dia, hanya dia, dan dia. 

Terima kasih Ya Allah atas setiap titipan rahmat dan kekuatan yang telah aku terima selama ini. Alhamdulillah, aku semakin kuat, positif, sentiasa tersenyum dan bahagia. 

Kerana Dia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan