Today, I'm feeling down. Tak tahu kenapa? Rasa macam nak nangis semua ada. Memang sebulan sekali aku akan rasa seperti ini. Tapi kali ini aku tak tahu kenapa.
Terlalu payah untuk aku fikir, tapi aku mesti lakukan ia. Aku tetap nak ada bakery sendiri, yang aku jaga, aku buat sendiri semuanya. Kalau coklat aku tahu cara pembuatannya walaupun tidak sepenuhnya lagi.
Rasa yang sukar untuk aku huraikan, rasa yang sukar untuk aku luahkan. Biarlah ia terus berada dihati ini buat ketika ini dan masa ini. Sampai suatu masa nanti aku pasti ia akan terluah jua.
Kawan-kawan semua dah diam. Aku pun tak tahu kenapa. Maybe semua dah bizi kot. Tak apa lah biarlah, lagipun sekarang hormon aku pun tak stabil lagi. InsyaAllah, sehari dua pasti semua akan kembali pulih.
Dia..Aku hanya berserah kepada ALLAH, jika benar dia memang tercipta untukku aku pasti ia akan datang jua. Buat masa ini, aku akan jaga hati aku agar tidak terlalu suka atau membenci dia.
Aku tak pasti lagi adakah dia benar-benar jodoh yang Allah hadiahkan untuk aku didunia ini dan insyaALLAH diakhirat kelak. Jodoh yang mampu membawa aku menuju ke jalan ALLAH, yang dapat mendekatkan aku kepadaNYA lagi. Aku dapat rasa memang dia, selepas tiap-tiap malam aku lakukan solat istiharah, tapi aku tak berapa yakin lagi. InsyaALLAH aku akan terus lakukan sampai aku benar-benar yakin dengan ketentuan yang Allah hadiahkan ini. Dia dan aku mungkin ada perkara yang masih perlu diselesaikan sebelum bersama. Jadi kami akan sentiasa bersabar, InsyaALLAH.
Aku tak yakin sama ada ia memang hadiah dari Allah atau mainan syaitan. Jadi aku kena benar-benar ikhlas n berserah semuanya kepada Allah. Kerna hanya DIA sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk kami. Jika bukan JR mungkin orang lain, tapi buat masa ini dan ketika ini hanya JR sahaja yang aku rasa.
Aku akan terus berusaha mencari kekuatan hati ini. Jika ini adalah satu dugaan untukku pasti ia akan terjawab suatu ketika nanti. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan