Khamis, 4 September 2014

Puding Laici

Resepi 1http://www.myresipi.com/top/detail/4417
Bahan-bahan ( Untuk Loyang 9" )
1 liter air
25g agar-agar
1 tin buah laici
1 tin susu cair
1 cawan Gula (130g)

Cara-cara
1. Didihkan air dengan agar-agar.
2. Setelah mendidih, masukkan gula.
3. Blend buah laici dengan susu cair dan masukkan ke dalam adunan agar-agar tadi.
4. Biarkan mendidih sebentar. Sesuaikan rasa manis. Curahkan kedalam loyang dan sejukkan.
5. Untuk sukatan gula td, saya gunakan cawan yang biasa kita gunakan tu. Sebab laici dan sirap dalam tin agak manis.

Resepi 2http://www.ilmuone.com/makanan-2/resipi/puding-laici

Bahan-bahan:-
10 gram serbuk agar-agar
2 liter air (8 cawan)
2 cawan gula halus (saya kurangkan sebab diabetes, cuma letak 1 cawan)
2 tin laici (dalam tin) – diasingkan airnya
1 tin susu sejat (400 ml)
Cara Membuat:-
1. Masak serbuk agar-agar, air dan gula sehingga mendidih.
2. Tutup api dan masukkan air laici dan susu cair, kacau rata.
3. Tuangkan ke dalam acuan yang disukai. Biarkan wap panas hilang sebentar.
4. Masukkan ke dalam peti sejuk.
5. Hidangkan dengan buah laici yang telah diasingkan tadi.


Puding laici yang saya buat kali ni memang tak manis sangat. Sekadar manis-manis buah laici sikit. ~ Selamat mencuba. ~ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan