Sejak balik dari kampung hari tu, pelbagai perkara aku fikirkan. Rasa macam nak lari jauh~jauh dari Malaysia nie. Tapi bila difikirkan semula, bukan semua masalah akan selesai dengan cara melarikan diri. Mahu atau tidak aku kena hadapi jua.
Abang nak kawen semula. Aku tak marah, sedikit pun tidak sebab dia mampu untuk semua tu, lagipun arwah kakak ipar dah pergi 3 tahun. Tapi yang menjadikan aku fikir, anak~anak dia. Anak~anak yang aku jaga bagaikan anak aku sendiri. Mereka masih tidak mampu untuk menerima kenyataan itu. Aku jua sedikit terkejut bila abang bagi tahu, macam~macam aku fikir. Aku menangis tanpa sebab. Kakak masih tak boleh terima, angah pun bergitu jua, adik ikut sahaja sebab dia masih kanak~kanak.
Sebelum sempat nak memujuk kakak, aku dah mengalir air mata. Aku sendiri tak faham kenapa ia terjadi. Sayu hati ini bila aku ingat kembali saat~saat terakhir aku dengan arwah kakak iparku. Aku tak tahu bagaimana untuk aku katakan lagi kepada anak~anak saudaraku. Aku terlalu sayangkan mereka walaupun aku susah untuk lafazkan. Cukup Allah tahu bagaimana kasih sayangku ini kepada mereka. Aku sendiri yang ikut pergi semasa mak ingin masuk meminang wanita tersebut. Aku tidak mahu, tapi untuk memudahkan segala urusan aku pergi jua.
Balik kampung nanti aku pasti akan bertanya lagi kepada anak~anak saudara, kita sebagai orang dewasa perlu berkata perkara yang baik sahaja. Aku sendiri dah habis idea untuk kata kepada mereka lagi. Tapi mahu atau tidak aku mesti lakukan ia. ~selesai kes pertama~
Kakak iparku di penang mengandung lagi. Alhamdulillah, tapi ibu dia tidak mahu terima cucu tersebut. Sedih, sangat sedih. Aku sendiri marahkan abangku, dia ingat kakak iparku tu apa?? Buat aku geram dengan semuanya. Mak aku tanya boleh tidak kalau buang?? Subhanallah, aku tidak mahu terlibat dengan semua tu. Itu adalah rezeki dari Allah, rezeki yang kita tak tahu apa kesudahannya lagi. Tapi aku sesekali tidak akan terlibat dengan semua itu.
Jika aku terpaksa melepaskan karier aku untuk membantu kakak iparku akan aku lakukan ia. InsyaALLAH dengan pengalaman yang aku ada, aku tahu aku mampu untuk hidup walau dimana jua kerna rezeki tu datangnya dari ALLAH bukan manusia. Semua adik-beradik marahkan abang aku, sampai ke hari ini kami masih tidak jumpa dimana dia berada.
Semua buat susahkan hati mak & keluarga. Walaupun aku adik, aku tidak mungkin akan pentingkan diri aku sendiri sebab yang dikandung itu adalah anak saudaraku jua. Kakakku di rawang kata, jika susah2 sangat dia akan jaga anak itu nanti. Apa~apa pun aku akan sentiasa berdoa agar abangku kembali semula. Cukup dia bersama~sama dengan kakak iparku, itu sudah buat keluarga kami gembira.
Kakak iparku itu seorang yang sangat tabah, sabar dengan semua dugaan yang datang. Jika aku, belum tentu aku mampu untuk hadapinya lagi. Satu lagi, aku dengar abangku itu telah bernikah satu lagi, sedangkan kami adik~beradik hanya beberapa orang sahaja yang tahu.
Aku sangat sayang pada keluargaku, mungkin orang selalu nampak aku tersenyum dan ketawa. Tapi bila aku bersendirian aku menangis, sebab tu sahaja cara untuk aku buang semua rasa sedih ini.
Dia, aku terpaksa lupakan perasaan aku pada dia. Semua sebab keluarga aku, itu keutamaan aku buat masa ini dan ketika ini. Dia adalah masa depan aku, tapi aku terpaksa jua agar dia tidak terlibat sama dengan masalah yang aku sedang hadapi ini.
Keluargaku adalah amanah dan tanggungjawabku. InsyaALLAH aku akan bantu dan betulkan dimana kesilapan kami. Ya Allah, kekuatanku hanya kepadaMU, tiada yang lain hanya dariMU. Aku pasti semua ini akan berakhir jua nanti. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan