Selasa, 23 September 2014

~Hati~

Hati
Sesuatu yang sukar diduga,
Bersihkan hati, agar semua yang dilakukan akan buat kita tenang. 

Kesalahan dalam Istikharah

 
Nie aku just copy, dari satu blog.. Tapi aku dapat tips dari #semaniskurma 
Solat Istikhrah nie datang dalam 4 bentuk:
# Ketenangan Hati
#Kecenderungan yang kuat pada sesuatu/seseorang
#Ilham
#Dalam Mimpi

walau apa pun, kita mesti selalu buat agar kita benar2 yakin apa yang kita ingin lakukan itu kerana Allah. Semoga kita semua tidak jauh dari landasan ALLAH SWT. Amin. 

Sabar Menanti ~

 

(Fakta) 15 Aktiviti Berlebihan Yang Membahayakan Kesihatan Wanita

(Fakta) 15 Aktiviti Berlebihan Yang Membahayakan Kesihatan Wanita

Penting untuk kita terutamanya wanita untuk menjaga setiap aktiviti dalam kehidupan seharian. Jika tidak ianya mungkin akan membahayakan kesihatan.

Berikut ialah aktiviti yang jika dilakukan berlebihan akan memberikan kesan kepada kesihatan dalam jangka masa panjang:

1. Terlalu lama berdiri
Merosakkan tulang.
Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.
Liang faraj sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk
Merosakkan lipatan daging.
Akan mudah dihinggapi penyakit tua.
Tubuh badan menjadi kendur

3. Terlalu lama berjalan
Merosakkan urat
Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menetu masanya

4. Terlalu lama melihat
Merosakkan darah.
Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan

5. Terlalu banyak tidur
Merosakkan tenaga.
Menjadi pemalas. Jauh jodoh.
Selalu berangan-angan.
Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat.
Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira
Merosakkan usus
Mudah dijangkiti keputihan pada liang faraj.

7. Terlalu kerap marah
Merosakkan hati.
Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir
Merosakkan limpa
Kulit muka cepat berkedut
Haid tidak menentu
Kerap mengalami sentakan kaki atau tangan semasa tidur.
Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih
Merosakkan jantung.

10. Terlalu merana
Merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut
Merosakkan ginjal.
Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut
Merosakkan pundi hempedu.
Gejala pening kepala kerap dialami.
Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan
Merosakkan pencernaan.
Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.
Liang faraj kurang bersih (semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang faraj).

14. Terlalu minum minuman berais
Merosakkan otot dan lambung.
Badan dan payudara menjadi lembik.
Berat badan meningkat.
Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang
Merosakkan fikiran.
Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.

Semoga bermanfaat

Rabu, 17 September 2014

Today~17.09.14

Today, I'm feeling down. Tak tahu kenapa? Rasa macam nak nangis semua ada. Memang sebulan sekali aku akan rasa seperti ini. Tapi kali ini aku tak tahu kenapa. 

Terlalu payah untuk aku fikir, tapi aku mesti lakukan ia. Aku tetap nak ada bakery sendiri, yang aku jaga, aku buat sendiri semuanya. Kalau coklat aku tahu cara pembuatannya walaupun tidak sepenuhnya lagi. 

Rasa yang sukar untuk aku huraikan, rasa yang sukar untuk aku luahkan. Biarlah ia terus berada dihati ini buat ketika ini dan masa ini. Sampai suatu masa nanti aku pasti ia akan terluah jua. 

Kawan-kawan semua dah diam. Aku pun tak tahu kenapa. Maybe semua dah bizi kot. Tak apa lah biarlah, lagipun sekarang hormon aku pun tak stabil lagi. InsyaAllah, sehari dua pasti semua akan kembali pulih. 

Dia..Aku hanya berserah kepada ALLAH, jika benar dia memang tercipta untukku aku pasti ia akan datang jua. Buat masa ini, aku akan jaga hati aku agar tidak terlalu suka atau membenci dia. 

Aku tak pasti lagi adakah dia benar-benar jodoh yang Allah hadiahkan untuk aku didunia ini dan insyaALLAH diakhirat kelak. Jodoh yang mampu membawa aku menuju ke jalan ALLAH, yang dapat mendekatkan aku kepadaNYA lagi. Aku dapat rasa memang dia, selepas tiap-tiap malam aku lakukan solat istiharah, tapi aku tak berapa yakin lagi. InsyaALLAH aku akan terus lakukan sampai aku benar-benar yakin dengan ketentuan yang Allah hadiahkan ini. Dia dan aku mungkin ada perkara yang masih perlu diselesaikan sebelum bersama. Jadi kami akan sentiasa bersabar, InsyaALLAH. 

Aku tak yakin sama ada ia memang hadiah dari Allah atau mainan syaitan. Jadi aku kena benar-benar ikhlas n berserah semuanya kepada Allah. Kerna hanya DIA sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk kami. Jika bukan JR mungkin orang lain, tapi buat masa ini dan ketika ini hanya JR sahaja yang aku rasa. 

Aku akan terus berusaha mencari kekuatan hati ini. Jika ini adalah satu dugaan untukku pasti ia akan terjawab suatu ketika nanti. :)

GARLIC BREAD & MUSHROOM SOUP

Resepi GARLIC BREAD & MUSHROOM SOUP.
www.koleksiresepi.net

GARLIC BREAD
Bahan-bahan:
Roti france
2 ulas bawang putih
2 sudu besar mentega
parsley kering secukupnya

Cara menyediakan:
-Kupas kulit bawang dan bersihkan. Balut dengan aluminium foil. Bakar dalam oven pada suhu 180 degree selama 15 minit. Atau boleh juga bakar guna oven toaster.

Bila dah siap bakar, masih lagi dalam aluminium foil, ketuk-ketuk dengan hulu pisau atau lesung sehingga hancur. Masukkan pula ke dalam butter.

Kemudian cairkan butter dengan microwave. Siap untuk di sapu pada roti. Kalau buat banyak boleh simpan di dalam peti ais. Boleh tahan sampai 2 minggu.

Potong roti setebal 7mm-10mm. Sapukan dengan garlic butter . Lepas tu taburlah daun parsley. Bakar dalam oven selama 10-15 minit pada suhu 150C

MUSHROOM SOUP
Bahan-bahan:
1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar (susu kotak)
1 ketul kiub ayam ~ k.nor guna 1/2 kiub jer
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2) ~ k.nor guna 5 kpg cendawan shitakae kering
garam
secubit ajinomoto ~ k.nor skip
1 cawan tepung gandum ~ k.nor tak letak semua ni cuma sbb nanti terlalu pekat. ejjas2 sendiri la kepekatan mengikut selera masing2

Cara menyediakan:
Potong ayam kecil2, masukkan ayam dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga masak.
Masukkan susu dan kiub ayam, masak guna api yang perlahan.
Masukkan mushroom.
Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.
Siap utk dihidang. Sedap dimakan dgn roti.

Selamat mencuba :)

Khamis, 11 September 2014

Semakin hati semakin malas nak updated blog... Huarghhh, kemana hilangnya kata~kataku yang banyak itu. Mood dah jadi tak tentu hala dah nie. Tak pe ok, nanti bila mood tu dah datang kembali pasti blog nie tak akan bersawang lagi... Cewaaaahhh.. :)

So, izinkan hamba mengundurkan diri dulu tau...nanti hamba datang kembali mengulit segala rasa disini.. kikikiki 

Kek Coklat Basah

Kek Coklat Basah
Bahan~bahan
1 3/4 cawan tepung serbaguna
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 1/2 gula kastor (resepi asal nak 2 cawan, jadi terpulang)
1 sudu teh garam

2 biji telur Gred A
1/2 cawan minyak
2 sudu teh vanilla
1 cawan susu (selalu kami guna susu segar)
1 cawan air panas

Cara~caraPanaskan oven pada suhu 177'c, letakkan kertas minyak pada bahagian bawah loyang, ketepikan..

Campurkan gula + tepung + serbuk koko + baking powder + baking soda + garam didalam mangkuk, dan gunakan pemukul telur (egg whisk) untuk mengadun kesemua bahan sehingga bercampur semuanya.

Tip dari rancangan Martha Bakes, kalau kalau kacau adunan kering menggunakanegg whisk nie tak perlu ayakkan tepung tu.... tapi terpulang..

Dalam mixer, pukul telur sehingga pecah kuningnya dan masukkan susu, minyak, dan esen vanilla. Pukul pada kelajuan sederhana selama 2 minit.

Masukkan bahan kering dan kacau sehingga sebati, akhir sekali masukkan air panas, ketika ini adunan akan kelihatan cair, jangan takut.. ok jer tu..

Tuangkan ke dalam loyang, bakar selama 40 minit - 50 minit, atau check dengan pisau samada masih melekat..

tolong yea.. oven kite semua lain-lain kepanaskannyer.. kene check walaupun resepi bagi masa tertentu atau permukaan kek nampak masak.. mesti check ^_^

KEK COKLAT MOIST LAYER CHEESE

KEK COKLAT MOIST LAYER CHEESE
BAHAN A
1 CWN GULA PASIR
1 CWN SERBUK KOKO
1 TIN SUSU CAIR
1 CWN MINYAK JAGUNG
1 CWN SUSU PEKAT
4 BIJI TELUR GRED A(PUKUL HINGGA BERBUIH)
11/2 CWN TPG GANDUM
1 ST BAKING POWDER
1 ST BAKING SODA

BAHAN B
BAHAN CHEESE
250G CREAM CHEESE
60G @ 5 SUDU BESAR GULA KASTOR
25ML AIR
25G TPG GANDUM @ 3 SUDU BESAR+1 SUDU TEH LG KLU SUKA
1 BIJI TELUR GRED A(PUKUL KEMBANG/GEBU)

-MASUKKAN SEMUA BAHAN KECUALI TELUR,PUKUL SEBATI
-KEMUDIAN MASUKKAN TELUR & PUKUL LG SEKEJAP JA..

KEK COKLAT
-CAMPUR BAHAN A MASAK ATS API PERLAHAN HINGGA GULA HANCUR & KETEPIKAN
-AYAK TPG GANDUM,B.POWDER,B.SODA
-MASUKKAN BAHAN AYAK BERSELANG SELI DGN TELUR KE DLM ADUNAN COKLAT HINGGA HABIS & KACAU SEBATI
-PANASKN PENGUKUS 10 MINIT DAHULU,KEMUDIAN KUKUS ADUNAN COKLAT 15-20 MINIT
-KELUARKN DR KUKUSAN,MASUKKAN ADUNAN B (CHEESE) & KUKUS 15-20 MINIT.
-LAST SEKALI MASUKKN BALANCE ADUNAN COKLAT & KUKUS 4O MINIT@ HINGGA KEK MASAK
-SEJUKKAN & BOLEH LA MKN

P/S-KALAU NK WAT CORAK ATS KEK,SIMPAN SEDIKIT ADUNAN CHEESE..

Khamis, 4 September 2014

Puding Laici

Resepi 1http://www.myresipi.com/top/detail/4417
Bahan-bahan ( Untuk Loyang 9" )
1 liter air
25g agar-agar
1 tin buah laici
1 tin susu cair
1 cawan Gula (130g)

Cara-cara
1. Didihkan air dengan agar-agar.
2. Setelah mendidih, masukkan gula.
3. Blend buah laici dengan susu cair dan masukkan ke dalam adunan agar-agar tadi.
4. Biarkan mendidih sebentar. Sesuaikan rasa manis. Curahkan kedalam loyang dan sejukkan.
5. Untuk sukatan gula td, saya gunakan cawan yang biasa kita gunakan tu. Sebab laici dan sirap dalam tin agak manis.

Resepi 2http://www.ilmuone.com/makanan-2/resipi/puding-laici

Bahan-bahan:-
10 gram serbuk agar-agar
2 liter air (8 cawan)
2 cawan gula halus (saya kurangkan sebab diabetes, cuma letak 1 cawan)
2 tin laici (dalam tin) – diasingkan airnya
1 tin susu sejat (400 ml)
Cara Membuat:-
1. Masak serbuk agar-agar, air dan gula sehingga mendidih.
2. Tutup api dan masukkan air laici dan susu cair, kacau rata.
3. Tuangkan ke dalam acuan yang disukai. Biarkan wap panas hilang sebentar.
4. Masukkan ke dalam peti sejuk.
5. Hidangkan dengan buah laici yang telah diasingkan tadi.


Puding laici yang saya buat kali ni memang tak manis sangat. Sekadar manis-manis buah laici sikit. ~ Selamat mencuba. ~ 

Dadih ~ Handmade

Contoh Resepi 1 

Bahan-bahan untuk buat dadih segera. 
3000 ml air kosong
100 gram gula
1 tin susu cair (400 ml)
1 bungkus dadih segera

Cara-cara masakan dadih segera handmade;
1. Didihkan 3000ml air bersama gula dan 1 tin susu cair.
** kalau takde alat sukatan 3000ml boleh guna botol air mineral 1.5L untuk sukat (1.5L x 2botol=3liter sama jugak dengan 3000ml).

2. Selepas mendidih, padamkan api. Kemudian campur kandungan dadih dari bungkusan yang korang beli. Kacau selama 5 minit untuk larutkannya.

3. Masukkan gula buah-buahan (perasa dari bungkusan dadih jugak) dan kacau sehingga sebati.

4. Dah sebati, biar sejuk seketika sebelum tuangkan ke dalam bekas acuan.

5. Lastly, bekukan ke dalam peti sejuk. Siap!

Dah siap beku dan sejuk, boleh la makan dadih.

Contoh Resepi 2
Dari blog http://jomknitamasak.blogspot.com/2012/09/dadih.html

Bahan-bahan (Dapat 36 pcs bekas kecil)
10gm agar2 serbuk
1 1/2 cawan gula pasir
3 liter air (dlm 12 cwn)
200 gm Coffemate Creamer - boleh juga gantikan dgn susu tepung
1 tin susu sejat/ cair
Perisa jagung, strawberry emulco, perisa pandan dan perisa keladi

Cara-cara
* Masak air, agar2 serbuk dan gula sampai mendidih.Kacau rata.

* Perlahankan api dan masukkan creamer coffeemate dan kacau sampai creamer larut.

* Tuangkan susu cair dan kacau sebati. Kacau hingga hampir mendidih dan tutup api.
* Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa yg di kehendaki.
(Saya bahagikan pada 4 bahagian dan satu bahagian letak perisa jagung, 1 perisa keladi, 1 perisa pandan dan satu lagi perisa strawberry. Ikut selera masing2lah ya.) 

* Kacau cepat2 setiap perisa tu, dan tuang ke dlm bekas. Biarkan sejuk dan bolehlah di masukkan dlm peti ais.

Siap dan bolehlah di makan..

Note: Saya biasa guna resepi yang kedua nie, sebab mula-mula belajar buat yang tu dulu. Hehe.. Apa-apa pun dua2 resepi nie boleh cuba.. :)

Rabu, 3 September 2014

Topic~topic






Ok esok kita sambung ye.. Semua tajuk yang aku ingin baca... Hehe 

03 September

Sejak balik dari kampung hari tu, pelbagai perkara aku fikirkan. Rasa macam nak lari jauh~jauh dari Malaysia nie. Tapi bila difikirkan semula, bukan semua masalah akan selesai dengan cara melarikan diri. Mahu atau tidak aku kena hadapi jua. 

Abang nak kawen semula. Aku tak marah, sedikit pun tidak sebab dia mampu untuk semua tu, lagipun arwah kakak ipar dah pergi 3 tahun. Tapi yang menjadikan aku fikir, anak~anak dia. Anak~anak yang aku jaga bagaikan anak aku sendiri. Mereka masih tidak mampu untuk menerima kenyataan itu. Aku jua sedikit terkejut bila abang bagi tahu, macam~macam aku fikir. Aku menangis tanpa sebab. Kakak masih tak boleh terima, angah pun bergitu jua, adik ikut sahaja sebab dia masih kanak~kanak. 

Sebelum sempat nak memujuk kakak, aku dah mengalir air mata. Aku sendiri tak faham kenapa ia terjadi. Sayu hati ini bila aku ingat kembali saat~saat terakhir aku dengan arwah kakak iparku. Aku tak tahu bagaimana untuk aku katakan lagi kepada anak~anak saudaraku. Aku terlalu sayangkan mereka walaupun aku susah untuk lafazkan. Cukup Allah tahu bagaimana kasih sayangku ini kepada mereka. Aku sendiri yang ikut pergi semasa mak ingin masuk meminang wanita tersebut. Aku tidak mahu, tapi untuk memudahkan segala urusan aku pergi jua. 

Balik kampung nanti aku pasti akan bertanya lagi kepada anak~anak saudara, kita sebagai orang dewasa perlu berkata perkara yang baik sahaja. Aku sendiri dah habis idea untuk kata kepada mereka lagi. Tapi mahu atau tidak aku mesti lakukan ia.  ~selesai kes pertama~

Kakak iparku di penang mengandung lagi. Alhamdulillah, tapi ibu dia tidak mahu terima cucu tersebut. Sedih, sangat sedih. Aku sendiri marahkan abangku, dia ingat kakak iparku tu apa?? Buat aku geram dengan semuanya. Mak aku tanya boleh tidak kalau buang?? Subhanallah, aku tidak mahu terlibat dengan semua tu. Itu adalah rezeki dari Allah, rezeki yang kita tak tahu apa kesudahannya lagi. Tapi aku sesekali tidak akan terlibat dengan semua itu. 

Jika aku terpaksa melepaskan karier aku untuk membantu kakak iparku akan aku lakukan ia. InsyaALLAH dengan pengalaman yang aku ada, aku tahu aku mampu untuk hidup walau dimana jua kerna rezeki tu datangnya dari ALLAH bukan manusia. Semua adik-beradik marahkan abang aku, sampai ke hari ini kami masih tidak jumpa dimana dia berada. 

Semua buat susahkan hati mak & keluarga. Walaupun aku adik, aku tidak mungkin akan pentingkan diri aku sendiri sebab yang dikandung itu adalah anak saudaraku jua. Kakakku di rawang kata, jika susah2 sangat dia akan jaga anak itu nanti. Apa~apa pun aku akan sentiasa berdoa agar abangku kembali semula. Cukup dia bersama~sama dengan kakak iparku, itu sudah buat keluarga kami gembira. 

Kakak iparku itu seorang yang sangat tabah, sabar dengan semua dugaan yang datang. Jika aku, belum tentu aku mampu untuk hadapinya lagi. Satu lagi, aku dengar abangku itu telah bernikah satu lagi, sedangkan kami adik~beradik hanya beberapa orang sahaja yang tahu. 

Aku sangat sayang pada keluargaku, mungkin orang selalu nampak aku tersenyum dan ketawa. Tapi bila aku bersendirian aku menangis, sebab tu sahaja cara untuk aku buang semua rasa sedih ini. 

Dia, aku terpaksa lupakan perasaan aku pada dia. Semua sebab keluarga aku, itu keutamaan aku buat masa ini dan ketika ini. Dia adalah masa depan aku, tapi aku terpaksa jua agar dia tidak terlibat sama dengan masalah yang aku sedang hadapi ini. 

Keluargaku adalah amanah dan tanggungjawabku. InsyaALLAH aku akan bantu dan betulkan dimana kesilapan kami. Ya Allah, kekuatanku hanya kepadaMU, tiada yang lain hanya dariMU. Aku pasti semua ini akan berakhir jua nanti. Amin.