Jumaat, 27 Jun 2014

Kek Pisang

Kek Pisang 
Bahan – bahan
2 cawan tepung gandum (sila guna yg berkualiti, maaf trpksa jujur tp gandum yg cap kunci 1 mlysia tu xelok sngt)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang masak (warna kuning tu haaa...lenyekkan)
½ cawan minyak masak (sue guna minyak jagung lagi gebu sedap dan sihat!hehe)
2 biji telur
esen vanilla

Cara caranya :
1. ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder dan kemudian ketepikan. 2.Sementara tu, griskan dulu loyang kek dengan sedikit mentega/ marjerin. dan panaskan oven 180 darjah celcius.
3.Putar telur + gula sehingga kembang.
4.Masukkan esen vanilla dan pisang, putar hingga sebati, dan masukkan tepung gandum + soda bikarbonat + baking powder yang telah diayak tadi...
5.Masukkan minyak dan pukul hingga sebati...
6.Tuang ke dalam loyang yang telah digriss td, dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit ataupun 1 jam. (cucuk la ngan lidi ke ape ke...untuk check masak xkt dalam)
7.setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan...

Kek Coklat Kukus

Kek Coklat Kukus

Bahan-bahannya:
1 cawan koko
1 cawan gula
1 cawan margerin cair (saya guna mentega)
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
11/4 tepung
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil baking soda
3 biji telur (dipukul)

Cara-caranya:
1. Ayak tepung bersama baking powder dan baking soda. Ketepikan.
2. Dalam periuk, masak koko, gula, margerin, susu cair dan susu pekat hingga cair dengan api sederhana. Jangan sampai hangus.
3. Sejukkan.
4. Masukkan telur ke dalam adunan ini dan kacau sebati. Tambahkan dengan tepung dan gaul lagi hingga sebati.
5. Kukus selama 1 jam dan biar sejuk baru dipotong-potong.

Kisah Kita

Assalamualaikum...Salam Jumaat & Salam Ramadhan.

Alhamdulillah Allah masih memberi kita kesempatan untuk bernafas lagi hingga ke saat ini. Terlalu payah untuk aku meneruskan langkah ini lagi, tapi aku percaya setiap apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. Jangan pernah berhenti untuk terus mengharap. 

Malam dulu aku tidak dapat lelapkan mata lagi, aku pelik kenapa aku suka dia. Pelik sangat-sangat macam dah tak ada orang lain lagi. Tapi semua tu kuasa Allah kan. Sebenarnya aku takut, aku hanya bermain dengan perasaan, sebab kalau bermain dengan perasaan lain. Aku fikir kenapa aku suka dia bukan orang lain. Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Aku fikir sampai aku terlelap, tapi hanya seketika lepas tu aku masih terjaga lagi. Ya Allah kenapa aku perlu fikir semua ni, sedangkan dia bukan tahu pun aku fikir dia. Hehehe

Disebabkan aku tidak dapat tidur dengan lena aku masuk pejabat lewat. Lepas tu aku duduk seorang diri, staff dan boss tak masuk. Entah kenapa aku menangis semahu-mahunya dipejabat. Aku terfikir kalau aku sukakan dia, dia akan pergi tinggalkan aku lagi ke?? Aku takut dah tak kuat untuk hadapinya buat kali ke-3... Aku takut semua tu buat aku rasa jatuh semula, walaupun aku tahu Allah sentiasa ada bersama dengan aku, perasaan takut tu tak pernah hilang. 

Tapi sampai sekarang pun aku masih tak dapat jawapan kenapa aku suka dia? Kenapa dia? Ada apa dengan dia hingga aku suka? Kenapa? Kenapa? Boleh tak kalau aku diamkan sahaja? Tapi sakit jugak bila kena diamkan perasaan nie dari semua orang, tapi Allah tahu. :) 

Sejujurnya aku rasa selesa dan serasi dengan dia tapi cukup ke kalau perasaan tu je? Kalau tanya aku cinta dia tak, jujur memang tak lah. Tapi suka tu ada. :) 

Hanya kepada Allah sahaja aku mengadu segalanya. Sebab kalau cakap kat orang nanti aku takut dia pergi cakap kat dia. Tak ke malu aku. Mana aku nak tutup muka nie. Biarlah satu hari nanti, kalau betul dia jodoh aku, aku yakin dia akan mulakan dulu walaupun sebenarnya aku suka dia dulu. hehehe

Tapi kalau dia suka aku dari sekolah, tu aku memang tak boleh nak cakap lah kan. Tapi aku rasa tak. Dia bukan jenis macam tu dulu. Owhh...yeke?? hahaha.. Tak kisah lah tapi aku tahu sekarang aku suka dia, walaupun dia tak suka aku. Dan aku dah bersedia kalau dia pilih orang lain. Cukup aku suka dia dalam diam, sebab Allah tahu apa yang terbaik untukku.

Semoga mentari akan terus panas hingga ke petang. :)

Selasa, 24 Jun 2014

Rahsia Bulan Kelahiran

Rahsia Bulan Kelahiran – Hasil Kajian Dato Fadhilah Kamsah

JUN (Dia)
# Berfikiran Jauh & Berwawasan
# Mudah Ditawan Kerana Sikap Baik
# Berperangai Yang Lemah Lembut
# Mudah Berubah Sikap, Perangai, Idea, Mood
# Idea Yang Terlalu Banyak Dikepala
# Bersikap Sensitif
# Otaknya Aktif (Sentiasa Berfikir)
# Sukar Melakukan Sesuatu Dengan Segera
# Bersikap Suka Menangguh-Nangguh
# BErsikap Terlalu Memilih & Mahukan Yang Terbaik
# Cepat Marah & Cepat Sejuk
# Suka Bercakap & Berdebat
# Suka Buat Lawak & Bergurau
# Otaknya Cerdas Berangan-Angan
# Mudah Berkawan & Pandai Berkawan
# Orang Yang Sangat Tertib
# Pandai Mempamerkan Sikap
# Mudah Kecil Hati
# Mudah Kena Selsema
# Suka Berkemas
# Cepat Rasa Bosan
# Sikap Terlalu Memilih & Cerewet
# Kurang Mempamerkan Perasaan
# Lambat Nak Sembuh Apabila Terluka Hati
# Suka Kepada Barang Yang Berjenama
# Mudah Menjadi Eksekutif
# Kedegilan Yang Tidak Terkawal
# Sesiapa Yg Memuji Saya Adalah Musuh Saya Tetapi Siapa Menegur Saya Adalah Kawan Saya

SEPTEMBER (Saya)
# Sangat Bersopan Santun & Bertolak Ansur
# Sangat Cermat , Terliti & Teratur
# Suka Menegur Kesilapan Orang Lain & Mengkritik
# Pendiam Tapi Pandai Bercakap
# Sikap Sangat Cool, Sangat Baik & Mudah Simpati
# Sangat Perihatin & Terperinci, Amanah, Setia, Jujur
# Kerja Yang Dilakukan Sangat Sempurna
# Sangat Sensitif Yang Tidak Diketahui
# Orang Yang Banyak Berfikir

# Otak Bijak & Mudah Belajar
# Suka Mencari Maklumat
# Kawal diri Dari Terlalu Mengkritik
# Pandai Mendorong Diri Sendiri
# Mudah Memahami Orang Lain (Daya Firasat Yang Tinggi) Kerana Banyak Simpan Rahsia
# Suka Sukan, Hiburan, Melancong
# Kurang Menunjukkan Perasaannya
# Terluka Hatinya Sangat Lama Disimpan
# Terlalu Memilih Pasangan
# Sukakan Benda Yang Luas
# Bersistematik


p/s: copy by http://cahayapurnama.com/rahsia-bulan-kelahiran-hasil-kajian-dato-fadhilah-kamsah/ 

Maksud Tarikh Lahir Kau & Aku :)

Maksud tarikh lahir... HeHeHe.. Semua nie jangan percaya sangat tau, yang Positif atau Negatif jadikan ia satu cabaran, jangan fikir semua nie betul, sebab saya pun ambik kat Mr.Google jugak.. :)

Maksud Tarikh Lahir

Saya No 1 (20+9+1988)
1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

** Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. ** Berfikirlah secara terbuka.

Dia No 4 (17+6+1988)
4. Konsevatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Isnin, 23 Jun 2014

Hati oh Hati

Rasa seperti ada sesuatu yang kurang atau aku sendiri dah lama tidak membersihkan hati nie?? Aku sendiri keliru dengan apa yang aku inginkan. Aku nak dia, tapi dalam masa yang sama aku takut untuk terima kenyataan kalau dia tolak aku. 

Perasaan takut tu sentiasa ada dalam hati ini, hingga jika aku fikirkan semuanya aku akan menangis lagi. Aku sentiasa gembira dihadapan semua kawan-kawanku, tapi mereka tidak perlu tahu yang didalamnya aku menangis. Cukup mereka melihat aku ketika aku gembira. 

Aku ingin dia menjadi yang halal buatku. Tapi aku tidak yakin bahawa dia inginkan aku. Aku tahu siapa aku, aku tahu dimana kedudukan aku sebab tu aku takut. Aku takut untuk menyatakan kerna aku sendiri tidak pasti dengan diriku sendiri. 

Bagaimana jika aku tidak mampu untuk membahagiakan dia?? Walaupun aku tahu, dia benar-benar serasi denganku. Atau aku hanya bertepuk sebelah tangan?? Aku takut semua kebarangkalian yang akan terjadi. Aku terlalu takut.. 

YA ALLAH, hanya kepadamu aku meminta kekuatan. Jika dia adalah yang terbaik untuk agamaku, dunia & akhiratku bukakanlah pintu hati ini dan pintu hatinya agar kami sama-sama dapat menjadi yang halal disisiMU. Jika dia masih belum melihatku, bukakanlah hatinya untukku, agar dia dapat menjadi Imamku dunia dan akhirat. 

Pada pendapatku, dia manusia biasa yang ada kekurangan & kelebihan. Aku selesa berkongsi segala cerita. Boleh berbincang pelbagai isu-isu semasa. Tapi adakah dia memang melayan semua perempuan bergitu? Atau dia hanya melayanku sahaja bergitu. 

Ya Allah, Jika benar dia ingin mengenaliku. Aku bersyukur Ya Allah. Aku tahu setiap manusia ini ada kelebihan dan kekurangan. Jika dia cukup untuk melengkapiku itu sudah memadai buatku. Cukup dia seorang yang boleh membimbingku & anak-anakku dunia dan akhirat. Aku yakin dia memang layak untukku. Tapi aku tidak yakin, adakah aku layak untuknya.. 

Sedih bila aku terpaksa melepaskan dia, agar hatiku tidak rasa kecewa lagi. Aku takut..Takut..Takut.. 

Buku~Buku

Salam... Lama tak menulis kan... Hihihi Hari tu baca buku nie.. 
Tapi tak habis lagi, entah bila nak habis pun tak tahu. :) Sekarang nie mood membaca kurang sikit. Kena asah balik nie kasi bila baca buku cepat sikit habis. 

Hari nie beli buku baru. Buku bawah nie. 
Macam best je. Jadi aku pun beli. So, hari malam nie kalau tak boleh tido kita baca buku ok. :)

Kek Coklat Kukus by Me :)

Kek Coklat Kukus...

Bahan (1 cwn = 250g)
* 2 Cawan Tepung Gandum
* 1 Cawan serbuk Coklat (VanHounten or apa2 dari kedai bakery)-kalau nak cantik pilih yang warna dia gelap sikit.
* 1 Sudu kecil tepung penaik (Baking Powder)
* 1 Sudu kecil Soda Bikarbonat
* 1 Tin susu pekat
* 1 Cawan minyak masak
* 1 Cawan air panas

Hiasan & Coklat Rice / Color Rice (Pape pun boleh)

Cara-Cara
* Masukkan tepung, serbuk coklat, tepung penaik & soda bikarbonat yang telah diayak.
* Masukkan susu, gaulkan sampai sebati. Selepas tu masukkan Minyak masak gaulkan jugak.
* Akhir sekali bila semua dah rata/sebati masukkan air panas n gaulkan.
* Siap boleh isi dalam Paper Cup/Loyang/bekas2 lain
* Selepas tu boleh kukus. Kalau guna Paper Cup (20 minit) / Loyang (30-40 minit)
* Selepas dah masak, keluarkan dan hias.

p/s: Selamat mencuba.

Jumaat, 20 Jun 2014

Donut

Resepi Donut Lembut dan Gebu

Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis kering (mauripan)
1 1/2 sudu besar shortening
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar bread softener
1 sudu kecil donut improver
2 sudu besar gula
1/4 sudu kecil garam halus
1 cawan air (tambah atau kurangkan sedikit jika perlu)

Cara Membuat:
1. Campurkan semua bahan kecuali garam dan air.
2. Gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit.
3. Bila sudah mendapat adunan yang tidak melekat pada tangan, masukkan garam.
4. Uli hingga menjadi doh yang kenyal dan agak elastik.
5. Tutup doh dengan plastik dan rehatkan hingga naik dua kali ganda.
6. Bila doh sudah mengembang, tumbukkan udara yang terkandung di dalamnya dan bentukkan mengikut paten kesukaan.
7. Rehatkan lagi hingga naik sekali ganda.
8. Goreng dengan api yang sederhana hingga garing di luar dan gebu di dalam.
9. Salut dengan gula atau sebarang topping kesukaan.

Selamat mencuba

Selasa, 17 Jun 2014

17.06.14

Assalamualaikum.. Dah seminggu tak updated pape kan. Sebenarnya agak sibuk dengar drama korean, bukan sibuk koje ok.. hehehe

Tapi hari nie updated sebab ada yang special in my life...hahahaha Special lah sgt. Hari nie birthday dia. So, Happy Birthday dear. You always give me a smile, always with me went I need you. Went I cry you always give me spirit for me. You advice make me stronger to continue my life. Thanks a lot. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas semua jasa awak. 
Saya akan sentiasa doakan agar awak berjaya, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, bahagia & diredhai dunia n akhirat. Doakan agar jodoh kita akan dipermudahkan oleh Allah. Bagi saya, awak adalah yang terbaik untuk saya walaupun mungkin saya bukan yang terbaik untuk awak. Tapi InshaALLAH kita sama-sama memperbaiki & melengkapi antara satu sama lain. 

Mungkin dulu saya tak pernah perasan awak, tapi saya baru jumpa awak. Jadi saya harap Allah mempermudahkan agar kita bersama dunia n akhirat. Amin. Saya perlukan awak untuk melengkapi hidup saya, awak sahabat, orang yang saya percaya untuk berkongsi rahsia, bila saya perlukan awak, awak sentiasa ada untuk ingatkan saya pada ALLAH. Itu dah cukup buat saya. InshaALLAH... 

??

Jika ada lelaki yang macam nie, aku pasti tidak akan menolaknya lagi. 
Kerna dia adalah yang terbaik buat diriku ini.
In Sha Allah

Hilang

Kalau aku mampu untuk lari dari alam ini buat seketika
Apa yang aku rasa???

Jodoh Rahsia Allah

Benar..Benar..Benar
Jodoh itu Rahsia Allah..
Kalau kita dah tahu siapa jodoh kita
Tiada rasa terujalah nanti. :)

Walau apa pun
Kematian jangan sesekali kita lupa.. 

Isnin, 9 Jun 2014

9.06.14

Tiada kata yang mampu aku ungkapkan lagi. Emosi yang sering kali terganggu dengan pelbagai persoalan sehingga membuatkan aku rasa penat dengan semuanya. Walau aku rasa ini adalah ujian kecil untukku, aku rasa takut untuk hadapinya. 

Bila terjaga dari tidur aku rasa seolah-olah aku ingin tidur lagi dalam sebulan. Tapi siapa kita untuk mengelak dari hadapinya. Hati ini rasa ingin pergi jauh dari semua yang ada disekelilingku. Siapa aku untuk meminta-minta kan. 

Walau rasa payah, aku tetap melangkah kerna Allah sentiasa bersama dengan aku. Menangis adalah teman baikku untuk aku menghilangkan segala rasa dihati, diminda. Walaupun kadang-kala masalah itu tidak selesai, namun aku tahu hati aku sedikit lega untuk itu. 

Aku rasa ingin lari dari semuanya...Semua...Semua..berikan aku masa untuk aku berfikir kemana arah hidupku ini. Sampai bila aku akan terus bergini? Bagaimana untuk aku mulakan semuanya..Semua..Semua.. 

40 Korean Drama OST

Part 1

Part 2

Khamis, 5 Jun 2014

Patah Sayap

LIRIK LAGU PATAH SAYAP - NADIA AQILAH
Kerinduan dalam hati
Bagai ditusuk sembilu bisa
Ku tak sanggup menahan sakit di hati 
Ku mengharap kesakitan ini sementara
Ku terjaga kau tiada di sisi
Bila sedar erti cintamu padaku

Airmata yang mengalir
Menemani ruang hati ini
Namun kini ku tahu tiada yang pasti
Bila sedar erti cintamu

Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti 

Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri
Limpah hidup

Pernahkah pernahkah engkau terfikir
Fikirkan tentangku sakit merinduimu
Tak mungkin tak mungkin aku mampu
Menahan beban sakit hidup tanpa dirimu

Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti

Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri

Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti

Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri
Limpah hidup

Selasa, 3 Jun 2014

Kenapa pilih Akauntan??

Assalamualaikum... Topic hari nie kenapa saya memilih karier sebagai akauntan... 
Mula-mula terasa kenapa topic nie yang saya nak ceritakan, tapi sebab ada orang pernah tanya saya kenapa saya belajar akaun dan bekerja sebagai akaun. So, hari nie saya nak jawab lah. :) 

Satu sebab saya memang suka nombor jika nak dibandingkan dengan membaca. Walaupun saya boleh baca novel dan ingat jalan ceritanya saya tetap susah untuk ingat apa yang saya baca untuk belajar. Tu masa sekolah dulu lah. 

Waktu saya mula ambik diploma, saya rasa membaca lagi senang untuk saya menjawab soalan jika ingin dibandingkan dengan mengira. Sebenarnya akaun tidak susah sebab tu saya pilih ia. Akaun nie, dia dah tetapkan bahawa jika transaksi tu disebelah kanan, ia akan disebalah kanan. Jadi bagi saya ia mudah untuk kita fahami. Waktu study, suka bila LAW. Mesti orang kata giler kan kalau suka subjek tu, susah kena ingat seksyen, prosedur dan macam-macam lagi. Tapi sebenarnya ia tak susah kalau kita betul-betul faham kes yang kita sedang kendalikan. hehehe (cakap macam peguam kan)

Dari sekolah lagi memang itulah syarat dia. Atas sebab-sebab tertentu sahaja ia akan bertukar tempat ke sebelah kiri. Tapi tak banyak masalah jika perkara tersebut berlaku. Sebab tu kenapa saya suka akaun waktu sekolah dulu jika nak dibandingkan dengan sastera.

Bila saya dah mula masuk kerja dalam bidang ini, saya mula belajar untuk buat audit, setiausaha syarikat, akaun & tax. Ini merupakan 4 bidang yang saya boleh ceburi selepas tamat study nanti. Diantara 4 bidang ni, saya kurang suka bahagian Setiausaha Syarikat & Tax. Kalau setiausaha syarikat, saya kena ingat Form dah ia berkaitan dengan SSM semua tu lah. Tax pulak, saya kena ingat banyak pelepasan-pelepasan dan setiap tahun pelepasan itu akan berubah setiap tahun. Sebab tu kenapa saya agak kurang berminat bidang tu sikit lah, tapi kalau dah itu sahaja pilihan saya tetap akan terima... (ayat nak sedapkan hati) hehe

Saya lebih berminat untuk buat akaun & audit. Tapi bagi saya buat akaun adalah satu kerja yang paling senang untuk dijalankan. Kalau akaun tu tiada masalah, audit pun lagi senang untuk dibuat, tapi kalau akaun ada masalah, audit akan susah untuk dibetulkan. Macam tu lah ia berhubung kait. Tapi ada auditor kata, bukan semua audit pandai untuk buat Full-Set akaun. Jadi saya rasa sangat bertuah sebab boleh buat Full-Set akaun. 

Tapi saya tetap rasa ingin tahu buat akaun bagi syarikat kontaktor. Sekarang nie saya hanya mahir buat akaun syarikat koperat, bengkel, perkilangan (manufacturing) tu sahaja. Terasa nak sangat tahu macam mana susun atur fail, sistem & lain lagi. 

Selain pada sebab-sebab diatas ada satu lagi sebab kenapa saya pilih akaun. hehehe Bagi saya dalam sesebuah syarikat akaun adalah isteri kepada bos.. Ia penting. Kalau bos tu pandai buat akaun, mungkin tak macam tu tapi kalau bos tu kurang pandai akaun kita sebagai akaun yang kena aturkan kewangan syarikat tu.. Agar semua teratur. 

Oleh sebab saya rasa sedemikian, saya rasa pilihan saya ni tepat. Sebab saya tak nak suami saya ada isteri lain ditempat kerja. Saya akan jadi isteri a.k.a akaun dia ditempat kerja dia & isteri dirumah.. Cewaahhh... Hehehe.. Bagi saya perniagaan adalah dunia saya, tapi untuk memulakan ia saya ada satu perkataan yang sentiasa dihati saya iaitu TAKUT. 

Perniagaan bukan semudah yang kita selalu lihat, ia memerlukan ketahanan mentah & fizikal. Saya takut sebab saya tak cukup berpengalaman lagi. Jadi buat ketika ini saya hanya akan jadi seorang akauntan sahaja. :) 

Semoga pekerjaan yang saya lakukan ini akan mendapat keberkatan dari Allah.. Amin.. Memudahkan kerja orang lain..Membantu setakat yang saya mampu, walaupun ia tidak dibalas dengan mata wang, inshaALLAH saya akan ikhlas sebab saya suka kerja yang saya lakukan. 

Jika suami saya ada perniagaan sendiri, saya rasa sangat bersyukur sebab dapat membantu, memudahkan urusan beliau. Dia tidak perlu pening-pening untuk mencari akaun lagi. Bukan setakat itu sahaja, saya juga mahir dalam tugas seorang PA & Admin. Jadi saya rasa pengalaman saya tu dah cukup untuk membantu beliau.. :)