Khamis, 6 Disember 2012



Kasih sayang cintaku ini,
Tidak mungkin akan terhenti,
Ia akan terus mekar,
Mengalir seperti sungai yang mengalir,
Hingga tiada penghujungnya. 

Aku akan terus menanti kamu,
Biar bertahun lamanya,
Biar sehingga nafas terhenti,
Kasih dan cinta ini hanya untuk kamu.

Semoga DIA merestui,
Kasih dan sayang yang terbina ini,
Semoga kita sentiasa mendapat keberkatan,
Dan Diredhai selalu....AMIN....

Khas untuk kamu,
Duhai Pemilik Rusukku..... 
Aku akan menanti kamu,
Seumur hidupku....

Selasa, 20 November 2012

~Surah Al-Baqarah~ 284-286

KEUTAMAAN SURAH AL-FATIHAH DAN AYAT-AYAT PENGHABISAN SURAH AL-BAQARAH.
Dari Ibnu 'Abbas r.a, katanya.,

"Pada suatu waktu, kitika Jibril sedang duduk disamping Nabi saw,. sekonyong-konyong kedengaran suatu bunyi seperti pintu sedang dibukakan orang. Lalu diangkatnya kepalanya, seraya berkata: "Nah! inilah pintu langit dibukakan hari ini, dimana sebelumnya tidak pernah dibuka melainkan baru ini." Dari pintu itu turun malaikat. Kata Jibril "Inilah malaikat turun ke bumi, dimana dia tidak pernah turun sebelumnya, melainkan baru ini" Setelah malaikat itu memberi salam, lalu dia berkata, "Gembiralah umatmu dengan dua cahaya yang kedua-duanya hanya diturun kepadamu, dan tidak pernah diturunkan kepada para Nabi sebelum kamu, iaitu Surah Al-Fatihah dan ayat penutup surah Al-Baqarah (Ayat:284-286). Tidak satu huruf pun yang anda baca dari kedianya, melainkan akan diberikan pahalanya kepada anda" (Riwayat Hadis Imam Muslim)

Dari Abu Mas'ud Al-Anshari r.a, katanya Rasulullah saw bersabda:"
Siapa yang membaca kedua ayat itu, yakni dari akhir surah Al-Baqarah, niscaya keduanya akan memeliharanya dari bencana."(Riwayat Hadis Imam Muslim)


Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Dia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (284)

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata:) Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat kembali.(285).

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (286).

Isnin, 19 November 2012

~Doa~


Fadhilat doa/tasbih Nabi Yunus a.s.  semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :

“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :

“ Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s.

“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim.)

Walaubagaimanapun doa hendaklah seiring dengan usaha kerana itu fitrah manusia dan apabila berdoa beserta dengan sedikit usaha insyaallah kita akan terselamat dari sesuatu malapetaka dari menjadi lebih teruk lagi.

20 Amalan Murah Rezeki

 Assalamualaikum warahmatullah,


Semua orang impikan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur, termasuklah saya. He.. he... Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Terdapat amalan-amalan yang boleh menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah SWT
Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Surah Ibrahim, ayat 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah ali-Imran, ayat 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (Surah at-Thalaq, ayat 3)

Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Surah at-Talaq, ayat 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Renung-renungkan dan marilah kita sama-sama beramal. Mudah-mudahan Allah SWT melimpah-ruahkan rezeki-Nya kepada kita. Amiin. - Bawang Goreng
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Selasa, 23 Oktober 2012



Kadang-kala apabila orang meminta pertolongan kita, kita mampu untuk memberikan kata-kata kekuatan untuk dia. Namun apabila diri kita sendiri yang menhadapi dugaan kita terasa ia terlalu berat untuk kita menghadapinya. 

Kita sedaya upaya untuk memotivasikan diri kita, namun air mata ini pasti mengalir jua. Percayalah setiap dugaan yang kita hadapi, adalah satu langkah untuk kita lebih kuat dan lebih matang lagi. Janganlah kita selalu mengeluh dengan segala yang kita sedang hadapinya.

Kerana Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap umatNYA. Dan selalulah berfikir yang dugaan kita hadapi ini adalah lebih ringan berbanding dengan orang lain diluar sana. 

Lebih mensyukuri dengan apa yang kita perolehi sekarang, daripada kita tidak dapat merasainya langsung. 

"Allah lebih suka jika orang tua bertaubat, Tapi Allah lebih sayang jika orang muda yang bertaubat. "

Selasa, 2 Oktober 2012

CahayaMU

Kutemui lagi cahayaMU,
Dalam sinar pagi yang indah,
Mendamaikan kalbu,
Mententeramkan hati dan jiwa.

Semoga tiap detik yang kulewati,
Akan sentiasa bertemankan HidayahMU,
Yang tidak akan berhenti mengalir,
Dan terus mengalir bagai air dari pergunungan.

KuSyukuri segala nikmatMu Ya Allah,
Jua anugerah kesihatan, keselamatan,
Serta kedamaian hati, Bersama keredhaanMU,
Dalam meniti kehidupan dibumiMU nan fana.

Semoga semua ini akan berlanjutan,
Selama nafas ini mampu kuhela,
Selama ini redhaMU kupintakan,
Selamanya bersama hembusan kasihMU 
Yang kekal ABADI. 

P/S: Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang, Kerna belum tentu lagi kita mampu untuk mendapatnya pada hari esok. Redha dengan setiap DUGAAN yang kita perolehi, Kerna itu tandanya ALLAH masih mengingati kita, agar kita tidak akan Jauh dariNYA. Alhamdulilah~

~Renungan~

Jika ALLAH tidak memberimu seorang yang kamu impikan,
Semoga DIA menghadirkan seseorang yang memimpikanmu.

Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan,
Semoga DIA menghadirkan seseorang yang merindukanmu.

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu dambakan,
Semoga DIA memberimu seseorang yang selalu mendambakanmu.

Bila Allah tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai,
Semoga DIA menghadirkan seseorang yang mencintaimu. 

Yang bukan hanya kerana apa yang ada padamu,
Tetapi apa yang adanya dirimu.

Sujudkan HATI dan JIWAMU

Semoga ALLAH memberikan kita yang terbaik,
Dengan segala keindahan hati dan ketaqwaanNYA. 

Kerana JODOH mu tak akan jauh SIFAT PERIBADINYA SEPERTIMU.

Wallahu'Allam

P/S: ALLAH SWT memberi apa yang kita perlu, Bukan yang kita inginkan... Jadi Selalu dekat denganNYA agar HATI kita tidak terasa JAUH.. 

Sabtu, 29 September 2012

~Wanita~

•✿ Wanita solehah RELA stokin kakinya BASAH terkena air yang melimpah daripada TERKENA PECIKKAN API NERAKA.

•✿ Wanita solehah RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang DIJAGA daripada berendam dalam LAUTAN NERAKA.

•✿ Wanita solehah RELA rambutnya disimpan RAPI terpelihara & TUDUNG labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutnya sehingga MENDIDIH OTAK derita. ...

p/s: Wanita dicipta bukan untuk dikagumi ramai lelaki TETAPI untuk seorang lelaki yang bernama SUAMI

Rabu, 26 September 2012

Renungan ^_^

1.  Kehilangan adalah cara terbaik untuk bersyukur, namun jauh lebih baik bersyukur kerana tidak kehilangan. 

2.  Mengambil hak orang lain sama seperti meminum air laut, semakin diminum akan semakin haus dan anda akan ketagihan. 

3.  Bagi orang sukses, bangkrup itu adalah bagaikan membayar duit kuliah, krisis adalah merupakan peluang, sedangkan hinaan dan cemohan bagaikan cambuk dan motivasi. 

4.  Saat berada jauh orang akan merindukan rumah, Saat dirumah orang biasa hampir mati kerana bosan. Manusia kadang-kala sulit untuk menghargai apa yang didekatnya.

5.  Lihatlah ke atas untuk berdoa dan belajar, Lihatlah ke bawah untuk kita pabila bersyukur, dan Lihatlah sekelilingmu untuk lebih berhati-hati.

6.  Hanya melalui kesulitanlah, manusia akan berdoa dan menadahkan tangannya kepada Tuhan.

7.  Hidup sama seperti permainan catur, Tuhan akan bergerak menunggu giliran Anda untuk menggerakkan pion pertama ertinya, Tak akan ada Hasil apapun bila Anda tidak memulakannya. 

8.  Kebenaran itu punya jalannya sendiri dan tidak perlu dibela, kerana suaranya jauh lebih keras dari pembelaan itu sendiri. 

9.  Malam bukan hanya milik rasa letih, tapi juga milik rasa syukur atas kekuatan yang Tuhan berikan untuk menjalani hari ini. 

10. Kalah adalah kesempatan untuk beristirehat dan dari kemenangan kecil kita bisa mempersiapkan diri untuk bisa menyambut kemenangan yang lebih besar.  

11. Satu fakta yang setiap orang harus tahu adalah bahawa masalah sangat takut dengan senyuman, maka hadapilah masalah sebesar apapun dengan senyuman. 

12. Dalam sejarah selalu saja ada seorang tokoh yang terhasil mengalahkan kemustahilan, pastikan saja itu termasuk diri Anda

Jumaat, 21 September 2012

Jangan terlalu mengikut perasaan sayang dan cinta kita kepada manusia.

Tapi dahulukan kasih dan sayang kita kepada Allah SWT. 

Kerana setiap perasaan yang hadir datang dariNYA.

Kita hanya manusia biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kesalahan,

Tapi adakah kita mengambil pengajaran dari setiap kesalahan itu. 

Kadang - kala apabila kita keseorangan, kita akan dapat menilai siapa diri kita yang sebenarnya. 

Kenangan semalam akan terus menghantui diri, tapi kuatkan hati kuatkan iman. 

Memperbanyakkan ibadat kita kepada ILAHI.

Pasti hati kita akan lebih tenang, walau dimana jua kita berada. ~INSYAALLAH~

Segala datang dariNYA, Kita juga dariNYA. Dan Hanya DIA lebih mengetahui segala yang terjadi. 

"Allah SWT tidak akan menduga kita, Jika DIA tahu kita tidak mampu untuk menghadapinya. 

Sepatutnya kita lebih BERSYUKUR dengan setiap DUGAAN itu, kerna ALLAH SWT masih MENYAYANGI diri kita dengan DUGAAN yang mendatang..."~ALHAMDULILAH~

"Usah DICARI DiMana KESILAPAN Dalam TAKDIR Yang DITETAPKAN Oleh ILAHI. Tapi CARILAH Punca KELEMAHAN Diri DALAM Menempuh UJIAN Yang DIBERI...

Usah DICARI DiMana KETENANGAN Yang TIDAK Diberi Oleh ILAHI. Tapi CARILAH Punca KERESAHAN Yang TIDAK Diundang Menenpuh Di Dalam HATI...

Usah DICARI Mana NIKMAT Yang ALLAH Tidak Beri Pada DIRi...Tapi CARILAH Punca KUFUR Nikmat Yang Diri TIDAK TAHU MENGHARGAI..."

Selasa, 18 September 2012

Aku Hanya Wanita

      Aku hanya wanita,
Kecantikkan ku hanya sementara,
Pinjaman dariNYA yang Maha ESA.

Tidak pernah aku meminta,
Tidak pernah aku mengeluh dengan segalanya,
Tapi kenapa terlalu sukar,
Terlalu payah untuk kamu memahaminya.

Salahkah aku sebagai wanita,
Meminta untuk menjadi yang halal,
Disisimu duhai kaum Adam.

Kerana kecantikanku,
Kepandaian ku,
Kau lari meninggalkan diri ini.

Aku hanya ingin menjadi,
Ratu dihatimu, 
Selepas Bondamu,
Aku ingin menjadi,
Ibu kepada anak-anakmu,
Salahkah aku??

Jika benar,
Aku tercipta untuk kamu,
Aku pasti akan ada jalan untuk kita.
Percayalah hanya DIA yang lebih berkuasa.... 
Alhamdulilah...

Sabtu, 15 September 2012





Kita tidak selalunya akan merasa bahagia, tidak selalu merasa sedih. Kesedihan itu datangnya dari-NYA dan kegembiraan itu jugak dari-Nya. Percayalah setiap dugaan yang datang itu membuatkan kita akan terus tabah. 

Janganlah kita terlalu sedih dengan semua itu, kerna dugaan yang kita hadapi menunjukkan bahawa Allah SWT itu masih sayang dan mengingati kita. Tapi adakah kita sentiasa mengingati DIA yang maha mengetahui segalaNYA. 

Tapi bersyukurlah dengan kegembiraan yang mendatang, kerna mungkin DIA memberikan kita rasa supaya kita akan lebih bersyukur denganNYA. 

Alhamdulilah, 
Bersyukurlah kita dengan apa jua perasaan yang datang, kerna segala~galanya hanya dari DIA yang SATU...

Jumaat, 17 Ogos 2012

Coretan tanpa kata

     Hari ini genap 3 tahun dia telah pergi meninggalkan Fisya, orang yang dia cintai sehingga ke nafas terakhirnya. Hari ini jugak cukup 3 bulan Fisya bertugas di tempat baru. Tapi kenapa angka 3 yang selalu Fisya hadapi, dan adakah lelaki yang ke-3 ini merupakan jodoh Fisya. Segala yang berlaku selalu difikirkan oleh Fisya, masih adakah lelaki yang berjaya untuk membukakan pintu hatinya lagi. 

      Lelaki pertama dikenalkan oleh seseorang yang Fisya dah anggap seperti ibunya sendiri, namun tidak semudah itu untuk Fisya menerimanya. Selepas bertemu, bertentang mata Fisya dapat merasakan lelaki itu layak untuk memiliki perempuan lain yang lebih baik dari dirinya. Tapi lelaki itu selalu bertanya kepada ibu angkatnya, sedangkan Fisya telah memberitahu jawapan kepada jejaka tersebut. Cuma mungkin cara Fisya menjelaskan itu tidak memahamkan jejaka tersebut. 

       Lelaki kedua pulak, telah mencuit hati Fisya. Namun terdapat satu masalah bukan sahaja untuk dirinya tapi Fisya kenal dengan keluarganya dia tahu, keluarganya pasti tidak akan menerima lelaki tersebut. Lelaki itu ada sesuatu yang sangat Fisya cari, lelaki yang tidak merokok. Itu adalah salah satu syarat yang Fisya letakkan dalam mencari calon suaminya. Seperti arwah tunangnya yang tidak merokok. 

       Tapi kenapa Fisya selalu badingkan semua lelaki itu dengan arwah tunangnya, kenapa susah sangat hati Fisya ini untuk menerima lamaran orang lain. Fisya sedar yang arwah tunangnya tidak mungkin akan kembali lagi, untuk menjadikan dia sebagai seorang isteri tapi kenapa susah untuk Fisya, kenapa? 

       Fisya tahu, semua yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Fisya redha dengan semua yang terjadi, dan Fisya berdoa agar lelaki yang ke-3 ini akan membukakan pintu hatinya untuk menerima sebagai calon suaminya. Di malam hari, hanya kepada ALLAH Fisya memohon pertunjuk agar dipermudahkan segala yang dirancang olek keluarganya tanpa pengetahuan kedua ibubapanya. 

       Dia ingin bertemu lelaki itu buat pertama kali, sebelum memberitahu kepada ibu bapanya. Kerna Fisya tahu, ibu dan bapanya terlalu berharap agar dia mampu untuk menerima lelaki lain selepas arwah. Walaupun ubu dan bapanya tidak pernah memaksa dia dalam memilih jodoh ini, dan bagi Fisya jika ibu bapanya serta keluarganya boleh tersenyum menerima lelaki tersebut, Fisya pasti akan menerima walau siapa pun lelaki tersebut.

     Semoga Allah mempermudahkan semuanya. InsyaAllah jika ini yang terbaik untuk diri Fisya,  didunia hingga ke pintu syurga. Fisya akan menerima dia, supaya dia mampu menjadi imam kepada Fisya dan ayah yang baik untuk anak-anak yang bakal mereka perolehi. Amin

p/s: Ingin mengetahui apa yang terjadi pada Fisya pada hari raya nanti. Tunggu.

~ Hati Ini Hanya Untukmu ~

          Semakin hari semakin dekat tarikhnya, namun kenapa aku masih tidak bisa melupakan dia. Sejujurnya, habis air mata ini mengalir namun hanya dia masih aku ingati. Kenapa terlalu payah hati ini ingin terbuka lagi, setelah ia merasai pelbagai rasa. Ya Allah, aku hanya manusia yang lemah terlalu dalam mengharungi dugaan-Mu ini.

          Setelah dua bulan dia pergi, aku bertemu kembali dengan orang yang pertama sekali pernah berada di hati ini. Walaupun ramai yang menyatakan cinta di alam persekolahan hanyalah cinta monyet. Namun, bukan untuk diriku. Pertama kali aku menyatakan cinta, ia akan terus kekal dihati ini sehingga ke akhir nafasku ini. 

           Tapi segala yang dirancang tidak kekal lama. Jika tiada restu kedua-dua keluarga aku pasti akan menolak setiap lamaran yang mendatang. Maaf, aku bukan inginkan sesuatu yang sempurna namun aku hanya ingin restu kedua-dua ibu bapa kita. Dan akhirnya dia berkahwin dengan pilihan keluarganya, tapi aku masih disini menanti pemilik rusukku.

            Walaupun bergitu, aku dapat rasakan dia sentiasa berada hampir denganku. Tapi aku tidak mungkin akan menganggu rumahtangga seorang wanita lain. Biarlah ia menjadi kenangan kita, usahlah kau berpaling lagi. Jawapan aku tetap sama, dulu, kini dan dengan IzinNYA sampai ke akhirat nanti. Aku tidak akan menganggu kamu lagi, pergilah kamu mencari kebahagiaan dalam keluargamu.

           Kebahagiaan yang kita inginkan, hanya kita sahaja yang mampu untuk miliki. Jadi teruskan, jangan biarkan ia pudar setengah jalan. 

Jumaat, 3 Ogos 2012

~Bersabarlah Duhai Hati~

     Hari ini menagis kat office sendirian, entah kenapa air mata ini mengalir tanpa dipinta. Puas tahan agar ia tidak akan jatuh, namun semua tidak dapat ditahan lagi. Kenapalah ada manusia macam nie dekat dunia ni, dan kenapa dia sahaja yang menguji tahap kesabaran diriku ini.

     Jika ikutkan hati hari ini jugak aku akan hantar surat resign, namun kesian kat bos besar. Mesti dia akan susah dan tak salah kalau aku bersabar sampai dia balik kan. Cepatlah incik bos besar, saya dah tak tahu nak buat macam mana lagi.

     Incik sales ni pulak, semua kena cepat. Pastu dia hantar order last minute. Adakah patut dia marah sebab aku tak tahu. Aku bukannya masuk kerja kat sini terus pandai, aku masih tengah belajar lagi. Sedih betul lah, yang aku ni pun satu. Tahan marah sampai menagis kenapa pulak kan.

     Kadang-kala hanya air mata ini sahaja yang mampu untuk menyejukkan hati yang sedang sakit. Membasahinya agar ia tidak akan terus terbakar. Hati ini selalu di uji dengan pelbagai cara, tapi adakah aku benar-benar kuat dalam mengharungi semua ini.

     Aku hanyalah manusia biasa, yang kadang-kadang tidak mampu menahan rasa marah ini. Sungguh aku menahannya sehingga air mata ini mengalir. Ya Allah, berdosanya hambaMU ini kerana tidak mampu menahannya. 

      Bersabarlah duhai hati, kerna hanya itu yang aku mampu lakukan ketika ini. 

Isnin, 2 Julai 2012

~Masih Disini ~


Aku masih disini,
Menanti kamu,
Tidak mungkin aku akan mengkianati,
Janji yang telah kita lafazkan...

Aku masih cuba memahami kamu,
Namun belum sempat aku sentuh,
Kamu telah pergi meninggalkan aku..

Tapi,
Aku akan terus setia menantimu,
Sehingga ke akhir deyutan jantung ini...

Khamis, 21 Jun 2012

~Rindu~


Rindu
Ketika ia menyapa hati,
Pasti air mata ini mengalir kembali
Kenapa aku terlalu merinduimu

Kemana
Kau menghilang,
Setelah sekian lama aku masih menanti,
Masih merindui kamu,
Hanya kamu,
yang membuatkan hati ini,
Terbuka kembali,
Setelah sekian lama,
Ia telah tertutup rapi.

Aku akan setia disini,
Menanti kamu,
Merindui kamu,
Kerna ku tahu,
Kamu pasti akan muncul kembali....

Hanya KepadaNYA,
Aku memohon kekuatan,
Untuk terus menanti kamu..

Isnin, 18 Jun 2012


Siapa kamu,
kamu tetap akan terus dihati ini,
bukan saat ini,
bukan ketika ini,
namun kamu pernah ada di hati ini.....

Aku akan terus melangkah tanpa aku akan menoleh ke belakang lagi,
aku ingin mengecapi kebahagian itu jua,
tanpa kamu lagi....
izinkan aku untuk pergi,
buat ketika ini...
jangan pernah kau datang kembali dalam hidup ini..

Aku lepaskan kamu,
pergilah kamu jauh dari hati ini,
carilah kebahagiaan itu dengan isterimu....

Selasa, 5 Jun 2012

Naluri Hati ~ 4

Aku percaya pada naluri hati,
Walau puas akal menolaknya,
Namun aku tetap yakin itu kamu,
Entah kenapa hati ini,
Dipaut rasa pilu,
Setelah sekian lama kau pergi,
Kenapa kau kembali lagi

Kamu,
Hanya kamu,
Yang bisa membuat aku keliru,
Hanya kamu,
Yang buat aku tersenyum,
dan
Hanya Kamu,
Yang buat aku bahagia

Aku,
Aku hanya insan yang lemah,
Aku hanya mampu pasrah,
Aku hanya mampu lari,
Dari semua ini.
Aku lari bukan bermakna aku mengalah,
Tapi aku lari untuk mencari kekuatan diri.

Naluri Hati
Aku hanya percaya kamu,
Hanya kamu
Sentiasa dalam hati ini


Naluri Hati ~ 3


Ketika hati terasa rindu,
Air mata ini mengalir tanpa aku sedarinya,
Sampai bila aku harus jadi bergini,
Kenapa aku harus mendiamkan diri sahaja.

Adakah aku benar-benar bahagia dengan semua ini,
Atau aku hanya tersenyum dalam tangisan,
Kenapa aku takut dengan semua ini,
Dimana kekuatan diri ini telah pergi..

Kamu,
Tidak terlalu indah dimata ini,
Namun kamu sentiasa berada dalam hati,
Kecilku ini...

Setelah kamu pergi,
Hati ini terasa kerinduan,
Ingin sahaja aku katakan pada angin,
Agar ia membawa kata-kata rindu ini kepadamu,
Namun aku sedar,
Kerinduan ini,
Bukan hanya untukmu...

Puas aku kuatkan hati,
Puas aku tahan air mata ini,
Agar ia berhenti dari mengalir,
Pabila aku merinduimu....

~Naluri Hati~

Selasa, 29 Mei 2012

Naluri Hati ~ 2


Aku masih disini menanti sesuatu yang belum tiba, 
Aku akan terus menanti,
Sehingga kau membawa ku pergi,
Walau apa jua dugaan yang mendatang,
Akan aku kuatkan naluri hati,
Untuk terus menanti...


Kasih,
Setelah sekian lama aku simpan,
Akhirnya ia terlerai jua,

Namun ke mana kau menghilang,

Setelah kasih ini kau miliki,
Kau hancurkan hati kecilku ini,
Kau biarkan diriku terus disini,
Kau biarkan aku terdampar keseorangan,
Kau tinggalkanku tanpa alasan....

Cinta,
Saat ia mula datang,
Hati ini tidak mampu untuk menolaknya,
Kenapa aku terlalu tulus mencintaimu,
Sedangkan kau hanya bersandiwara,
Cinta yang ku hulurkan,
Kau mempermainakan,
Kenapa kau sanggup buat aku bergini...

Segala kegembiraan yang telah dilalui,
Pasti akan muncul kesedihan,
Tidak selalu kita akan terus bahagia,
Tidak selalu kita akan berduka,
Segala liku-liku kehidupan ini,
Mematangkan hidup kita,
Membuatkan kenangan dan memori untuk hari tua..

Hari ini aku masih disini,
Tapi esok belum tentu lagi,
Aku akan terus berada disini...
Bersyukurlan dengan segala yang terjadi,
Kerna hanya kepada DIA yang pasti,
Kita akan kembali...

Sabtu, 19 Mei 2012

~Bersabarlah Duhai Hati~


~Bersabarlah Duhai Hati~

Kesunyian yang mendatang,
Pasti akan terubat kembali,
Suatu ketika,
Bukan hanya disini...

Berjalan dan terus mengharungi,
Segala kekusutan di dalam diri,
Membawa kepada kekacauan di jiwa ini...

Pergilah engkau jauh,
Dari segala duka nan lara,
Biarkan aku terus terdampar disini..

Menanti dan terus menanti...
Entahkan muncul kembali,
Ataupun tidak lagi.

Namun,
Hati tidak mampu untuk membohongi,
Kerana aku merasakan,
Penantian ku pasti tidak akan berakhir.

Bersabarlah duhai hati,
DIA pasti mendengari,
Segala bisikan dihati,
Dekatkanlah diri kepada Ilahi,
Kerna hanya dia yang mengetahui...

Bersabarlah duhai hati kecilku ini...



Ahad, 13 Mei 2012

Naluri Hati

kadang-kala bila rindu menyapa diri...
aku menjadi lemah, lesu, berat kaki untukku melangkah lagi,
di mana dikau saat ini,
adakah kau sanggup membiarkan aku terus menanti disini...
menanti sesuatu yang belum ada penhujungnya....

Jika suatu hari,
aku dijemput oleh-NYA,
kemaafan aku hulurkan, 
basahilah pusaraku dengan doa2 kudusmu,
kerna kenangan antara kita,
akan terus terpahat dihati ini,
sehingga ke akhir hembusan nafasku.....

Air mata ini akan terus mengalir,
mencari naluri hati,
yang sekian lama telah pergi meninggalkan jasad ini,
akan ku kejar ia,
terus tanpa aku menoleh lagi...


Isnin, 7 Mei 2012

Kisah Hati ~ 1

          Jam telah menunjukkan pukul 3.00 pagi, tapi entah kenapa mata ini tidak mahu untuk lelap lagi. Lalu aku bangun dan menunaikan solat sunat dahulu. Diluar rumah hujan telah lama turun, kebiasaannya aku akan lagi lena dengan semua ini tapi bukan pada malam ini. Selesai mengambil wuduk aku terus menunaikan solat sunat dua rakaat, terasa tenang seketika hati ini. Sungguh terlalu lama aku tinggalkan segalanya, aku rindukan saat-saat ini. 

         Hati ini terasa tidak sedap sekali, tapi aku sendiri tidak pasti. Aku cuma tahu yang aku terlalu teringat pada seseorang. Salahkah aku untuk terus mengingatinya?? Salahkah aku jika terus menanti dirinya?? Salahkah aku?? 

        Selesai menunaikan solat sunat, aku terus sambung dengan solat taubat. Aku terasa terlalu kerdil disisimu, aku terlalu leka dengan segala-galanya sehingga kadang-kala terabaikan dengan segala sunnah-sunnahMU. Semakin aku terus bergini, semakin jauh aku rasakan, lalu aku mengambil keputusan untuk menolak segalanya. 

        Aku tahu dia tidak mungkin akan kembali lagi dalam hidupku, dan aku redha dengan segala yang telah tertulis sejak azali lagi. Tapi adakah aku benar-benar kuat untuk menghadapi semua ini. Kini aku kembali ke sini lagi setelah 4 tahun aku meninggalkannya, semua kenangan aku dengannya hadir semula menghantui diri. Tapi aku kuatkan hati untuk terus cuba sentiasa tersenyum. 

          Dia terlalu istimewa dalam hidup ini, tapi aku tidak menghargainya. Jujur aku terlalu buta dalam menilai apa itu ertinya cinta sehinggakan aku salah memilihnya. Aku terima semua ini dengan redha, mungkin ini adalah dugaan dalam hidupku. Jika keadaan ini berlalu aku selalu menguatkan diri dengan menyatakan bahawa "Ini dugaan yang terlalu kecil untuk diriku, sedangkan terlalu ramai lagi orang diluar sana yang diUji lebih dari diriku".

            Aku sendiri tidak tahu sampai bila aku harus bergini, semakin aku menanti semakin aku rasa hilang kekuatan di hati. Mungkin orang melihatku seorang yang kuat, tabah dan sabar dalam menghadapi ujianNYA. Tapi aku jugak manusia biasa kadang-kala tidak mampu lagi untuk terus bersabar. Aku memerlukan seseorang yang sanggup untuk menjadi kekuatan untuk diriku, menjadi tongkat untukku bertahan, menyediakan bahu untukku menangis, memimpin tanganku jika aku lalai, menengur segala kesilapanku. 

             "Awak, walaupun sudah hampir 3 tahun awak tinggalkan saya. Tapi hati kecil saya ini tidak pernah sekali melupakan awak. Setiap kali saya teringat pada awak, pasti air mata ini akan mengalir. Maafkan saya kerana sehingga ke saat ini saya masih tidak kuat untuk menziarah pusara awak. Saya dapat rasakan awak sentiasa ada untuk saya, cuma kita tidak dapat berhubung dan berjumpa. Saya akan tunggu awak, selagi saya mampu awak. Saya tolak semua perasaan yang ada, sebab jika saya terima pinangan orang lain itu bermakna saya tak sayang awak kan. Jadi saya kuatkan hati saya untuk terus menanti awak. Saya tahu yang awak tak mungkin akan kembali lagi."

         Kenapa dengan diriku ini, disaat ini dan di ketika ini. 'Ya Allah, semoga engkau tempatkan dia bersama dengan orang-orang yang soleh dan memberikan aku sedikit kekuatan untuk menghdapai setiap ujianMU ini...Amin.....' bisikanku di dalam hati. Aku tahu aku mampu untuk menghadapinya kerana Allah SWT tidak akan menguji umatnya sekiranya umatnya tidak mampu menghadapinya. Jadi aku tahu ujian ini aku mampu hadapinya...insyaAllah... 

Isnin, 30 April 2012

Kisah Hati ~ 1

      Pagi ini aku masuk ke pejabat seperti biasa, aku memulakan tugasku seperti hari isnin yang lain. Hanya minggu ini sahaja aku masih disini, selepas ini aku akan memulakan langkah ke tempat baru. Aku ingin menyiapkan semua tugas aku dengan sebaik-baiknya, namun tiba-tiba aku dipanggil oleh majikan tempat aku bekerja. Aku pun pergi menuju ke pejabat dia.

Aku    : Emm... Ada apa ye encik?

Dia     : Awak sampai bila dekat sini? Kerja awak semua dah selesai ke?

Aku    : Sampai 4hb je encik. Semua kerja dah siap tinggal tunggu claim dari staff dan nk hantar ke KL sahaja.

Dia     : Awak jangan nak berhenti selagi kerja awak tak selesai.

Aku   : Diam sekejap....dalam hati aku menjawab "Suka hati saya lah, sape suruh awak buat hal ngan saya." Tapi ini bukan aku...lalu aku menjawab "Baik encik, saya akan pastikan semua selesai sebelum saya berhenti kerja. Tapi kalau semua ok, saya nak cuti pada 4hb ni."

Dia    : Tak kisah lah janji kerja awak siap.(dengan nada keras) 2hb saya nak awak ajar semua dekat saya. (ish dulu suruh ajar admin sekarang ajar dia, malasnya lah)

Aku  : Baik encik. 

      Lalu aku pun kembali ke tempat kerja aku semula. Sakitnya hati ini, hanya Allah je yang tahu. Kenapa dia buat macam ni. Kalau tak suka pun boleh tak cakap baik-baik sikit, baru ingat cuti tahunan tu nak biar je, tapi dah jadi macam ni. Aku akan siapkan semua kerja sebelum 4hb tak kira susah macam mana pun. Benci sungguh aku dengan bos yang macam ni, dia ingat dia baik sangat. Aku pun xheranlah.

      Ada kakak-kakak dekat opis nie kata, dia sayang aku lebih sebab aku pandai dan rajin. Dah memang aku jenis macam nie pun. Dan aku bekerja memang bidang aku, jadi kalau semua tersusun dan betul itu memang tugas aku untuk membantu meningkatkan kualiti syarikat. Dulu time kerja sebagai pembantu kedai pun aku macam ni jugak, waktu praktikal pun macam ni jugak. Aku tetap aku, malas nak jadi orang lain. Tapi kenapa dia sanggup buat semua staff dia macam ni? 

    Biarlah asalkan dia bahagia, lantak dia lah. Lepas ni, aku tak akan ambik kisah lagi tentang  pejabat ni. Tapi boleh ke ye? Sebab aku ni, walau dah tinggalkan pun aku tetap ambik berat lagi.. Masalah sungguhlah aku ni... Emmmm... inilah kisah aku hari ni, walau sibuk macam mana pun, sempat lagi updated blog.. kikikikiki

    Selepas waktu lunch, aku ingin menyiapkan semua namun tiada elektrik pulak. Kenapa semua ini terjadi disaat-saat akhir. Akhirnya jam 6.45 petang baru kaki ini melangkah keluar dari pejabat. Sungguh penat dirasakan, tapi nasib baik esok cuti dapatlah aku merehatkan diri. 

Melukut Ditepi Gantang



Tiba-tiba terdengar lagu ni... Hayati liriknya.. 
Adakah aku juga sedang melukut ditepi gantang??


Di malam yang sunyi
Dudukku termenung sorang diri
Di jendela sepi


Hingga dinihari
Ku menantikan kepulanganmu
Namunkah hanya sekadar
Tinggal kata-kata
Bagaikan melukut di tepi gantang
Begitulah aku
Di dalam hidupmu
Ada tiada tak memberi kesan
Hanya aku menanggung
Kerinduan..


Dulu pernah kau katakan
Sayangg..
Ingin mendengarku berlagu riang..
Menawar duka laraku
Lupakan saja..
Derita yang berlalu
Tapi mengapa dirimu, kasih..
Ibarat lalang ditiup angin
Kasihmu diracun
oleh kata fitnah
penuh hina
Hingga kini kau biarkan saja..
Diriku menanggung sepi
Dengan irama dukaku
Yang tak bermakna
bagimu…


Kerana Fitnah kau sanggup tinggalkan aku keseorangan disini....