Jam telah menunjukkan pukul 3.00 pagi, tapi entah kenapa mata ini tidak mahu untuk lelap lagi. Lalu aku bangun dan menunaikan solat sunat dahulu. Diluar rumah hujan telah lama turun, kebiasaannya aku akan lagi lena dengan semua ini tapi bukan pada malam ini. Selesai mengambil wuduk aku terus menunaikan solat sunat dua rakaat, terasa tenang seketika hati ini. Sungguh terlalu lama aku tinggalkan segalanya, aku rindukan saat-saat ini.
Hati ini terasa tidak sedap sekali, tapi aku sendiri tidak pasti. Aku cuma tahu yang aku terlalu teringat pada seseorang. Salahkah aku untuk terus mengingatinya?? Salahkah aku jika terus menanti dirinya?? Salahkah aku??
Selesai menunaikan solat sunat, aku terus sambung dengan solat taubat. Aku terasa terlalu kerdil disisimu, aku terlalu leka dengan segala-galanya sehingga kadang-kala terabaikan dengan segala sunnah-sunnahMU. Semakin aku terus bergini, semakin jauh aku rasakan, lalu aku mengambil keputusan untuk menolak segalanya.
Aku tahu dia tidak mungkin akan kembali lagi dalam hidupku, dan aku redha dengan segala yang telah tertulis sejak azali lagi. Tapi adakah aku benar-benar kuat untuk menghadapi semua ini. Kini aku kembali ke sini lagi setelah 4 tahun aku meninggalkannya, semua kenangan aku dengannya hadir semula menghantui diri. Tapi aku kuatkan hati untuk terus cuba sentiasa tersenyum.
Dia terlalu istimewa dalam hidup ini, tapi aku tidak menghargainya. Jujur aku terlalu buta dalam menilai apa itu ertinya cinta sehinggakan aku salah memilihnya. Aku terima semua ini dengan redha, mungkin ini adalah dugaan dalam hidupku. Jika keadaan ini berlalu aku selalu menguatkan diri dengan menyatakan bahawa "Ini dugaan yang terlalu kecil untuk diriku, sedangkan terlalu ramai lagi orang diluar sana yang diUji lebih dari diriku".
Aku sendiri tidak tahu sampai bila aku harus bergini, semakin aku menanti semakin aku rasa hilang kekuatan di hati. Mungkin orang melihatku seorang yang kuat, tabah dan sabar dalam menghadapi ujianNYA. Tapi aku jugak manusia biasa kadang-kala tidak mampu lagi untuk terus bersabar. Aku memerlukan seseorang yang sanggup untuk menjadi kekuatan untuk diriku, menjadi tongkat untukku bertahan, menyediakan bahu untukku menangis, memimpin tanganku jika aku lalai, menengur segala kesilapanku.
"Awak, walaupun sudah hampir 3 tahun awak tinggalkan saya. Tapi hati kecil saya ini tidak pernah sekali melupakan awak. Setiap kali saya teringat pada awak, pasti air mata ini akan mengalir. Maafkan saya kerana sehingga ke saat ini saya masih tidak kuat untuk menziarah pusara awak. Saya dapat rasakan awak sentiasa ada untuk saya, cuma kita tidak dapat berhubung dan berjumpa. Saya akan tunggu awak, selagi saya mampu awak. Saya tolak semua perasaan yang ada, sebab jika saya terima pinangan orang lain itu bermakna saya tak sayang awak kan. Jadi saya kuatkan hati saya untuk terus menanti awak. Saya tahu yang awak tak mungkin akan kembali lagi."
Kenapa dengan diriku ini, disaat ini dan di ketika ini. 'Ya Allah, semoga engkau tempatkan dia bersama dengan orang-orang yang soleh dan memberikan aku sedikit kekuatan untuk menghdapai setiap ujianMU ini...Amin.....' bisikanku di dalam hati. Aku tahu aku mampu untuk menghadapinya kerana Allah SWT tidak akan menguji umatnya sekiranya umatnya tidak mampu menghadapinya. Jadi aku tahu ujian ini aku mampu hadapinya...insyaAllah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan