Pagi ini aku masuk ke pejabat seperti biasa, aku memulakan tugasku seperti hari isnin yang lain. Hanya minggu ini sahaja aku masih disini, selepas ini aku akan memulakan langkah ke tempat baru. Aku ingin menyiapkan semua tugas aku dengan sebaik-baiknya, namun tiba-tiba aku dipanggil oleh majikan tempat aku bekerja. Aku pun pergi menuju ke pejabat dia.
Aku : Emm... Ada apa ye encik?
Dia : Awak sampai bila dekat sini? Kerja awak semua dah selesai ke?
Aku : Sampai 4hb je encik. Semua kerja dah siap tinggal tunggu claim dari staff dan nk hantar ke KL sahaja.
Dia : Awak jangan nak berhenti selagi kerja awak tak selesai.
Aku : Diam sekejap....dalam hati aku menjawab "Suka hati saya lah, sape suruh awak buat hal ngan saya." Tapi ini bukan aku...lalu aku menjawab "Baik encik, saya akan pastikan semua selesai sebelum saya berhenti kerja. Tapi kalau semua ok, saya nak cuti pada 4hb ni."
Dia : Tak kisah lah janji kerja awak siap.(dengan nada keras) 2hb saya nak awak ajar semua dekat saya. (ish dulu suruh ajar admin sekarang ajar dia, malasnya lah)
Aku : Baik encik.
Lalu aku pun kembali ke tempat kerja aku semula. Sakitnya hati ini, hanya Allah je yang tahu. Kenapa dia buat macam ni. Kalau tak suka pun boleh tak cakap baik-baik sikit, baru ingat cuti tahunan tu nak biar je, tapi dah jadi macam ni. Aku akan siapkan semua kerja sebelum 4hb tak kira susah macam mana pun. Benci sungguh aku dengan bos yang macam ni, dia ingat dia baik sangat. Aku pun xheranlah.
Ada kakak-kakak dekat opis nie kata, dia sayang aku lebih sebab aku pandai dan rajin. Dah memang aku jenis macam nie pun. Dan aku bekerja memang bidang aku, jadi kalau semua tersusun dan betul itu memang tugas aku untuk membantu meningkatkan kualiti syarikat. Dulu time kerja sebagai pembantu kedai pun aku macam ni jugak, waktu praktikal pun macam ni jugak. Aku tetap aku, malas nak jadi orang lain. Tapi kenapa dia sanggup buat semua staff dia macam ni?
Biarlah asalkan dia bahagia, lantak dia lah. Lepas ni, aku tak akan ambik kisah lagi tentang pejabat ni. Tapi boleh ke ye? Sebab aku ni, walau dah tinggalkan pun aku tetap ambik berat lagi.. Masalah sungguhlah aku ni... Emmmm... inilah kisah aku hari ni, walau sibuk macam mana pun, sempat lagi updated blog.. kikikikiki
Selepas waktu lunch, aku ingin menyiapkan semua namun tiada elektrik pulak. Kenapa semua ini terjadi disaat-saat akhir. Akhirnya jam 6.45 petang baru kaki ini melangkah keluar dari pejabat. Sungguh penat dirasakan, tapi nasib baik esok cuti dapatlah aku merehatkan diri.
Selepas waktu lunch, aku ingin menyiapkan semua namun tiada elektrik pulak. Kenapa semua ini terjadi disaat-saat akhir. Akhirnya jam 6.45 petang baru kaki ini melangkah keluar dari pejabat. Sungguh penat dirasakan, tapi nasib baik esok cuti dapatlah aku merehatkan diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan