Hari ini genap 3 tahun dia telah pergi meninggalkan Fisya, orang yang dia cintai sehingga ke nafas terakhirnya. Hari ini jugak cukup 3 bulan Fisya bertugas di tempat baru. Tapi kenapa angka 3 yang selalu Fisya hadapi, dan adakah lelaki yang ke-3 ini merupakan jodoh Fisya. Segala yang berlaku selalu difikirkan oleh Fisya, masih adakah lelaki yang berjaya untuk membukakan pintu hatinya lagi.
Lelaki pertama dikenalkan oleh seseorang yang Fisya dah anggap seperti ibunya sendiri, namun tidak semudah itu untuk Fisya menerimanya. Selepas bertemu, bertentang mata Fisya dapat merasakan lelaki itu layak untuk memiliki perempuan lain yang lebih baik dari dirinya. Tapi lelaki itu selalu bertanya kepada ibu angkatnya, sedangkan Fisya telah memberitahu jawapan kepada jejaka tersebut. Cuma mungkin cara Fisya menjelaskan itu tidak memahamkan jejaka tersebut.
Lelaki kedua pulak, telah mencuit hati Fisya. Namun terdapat satu masalah bukan sahaja untuk dirinya tapi Fisya kenal dengan keluarganya dia tahu, keluarganya pasti tidak akan menerima lelaki tersebut. Lelaki itu ada sesuatu yang sangat Fisya cari, lelaki yang tidak merokok. Itu adalah salah satu syarat yang Fisya letakkan dalam mencari calon suaminya. Seperti arwah tunangnya yang tidak merokok.
Tapi kenapa Fisya selalu badingkan semua lelaki itu dengan arwah tunangnya, kenapa susah sangat hati Fisya ini untuk menerima lamaran orang lain. Fisya sedar yang arwah tunangnya tidak mungkin akan kembali lagi, untuk menjadikan dia sebagai seorang isteri tapi kenapa susah untuk Fisya, kenapa?
Fisya tahu, semua yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Fisya redha dengan semua yang terjadi, dan Fisya berdoa agar lelaki yang ke-3 ini akan membukakan pintu hatinya untuk menerima sebagai calon suaminya. Di malam hari, hanya kepada ALLAH Fisya memohon pertunjuk agar dipermudahkan segala yang dirancang olek keluarganya tanpa pengetahuan kedua ibubapanya.
Dia ingin bertemu lelaki itu buat pertama kali, sebelum memberitahu kepada ibu bapanya. Kerna Fisya tahu, ibu dan bapanya terlalu berharap agar dia mampu untuk menerima lelaki lain selepas arwah. Walaupun ubu dan bapanya tidak pernah memaksa dia dalam memilih jodoh ini, dan bagi Fisya jika ibu bapanya serta keluarganya boleh tersenyum menerima lelaki tersebut, Fisya pasti akan menerima walau siapa pun lelaki tersebut.
Semoga Allah mempermudahkan semuanya. InsyaAllah jika ini yang terbaik untuk diri Fisya, didunia hingga ke pintu syurga. Fisya akan menerima dia, supaya dia mampu menjadi imam kepada Fisya dan ayah yang baik untuk anak-anak yang bakal mereka perolehi. Amin
p/s: Ingin mengetahui apa yang terjadi pada Fisya pada hari raya nanti. Tunggu.
p/s: Ingin mengetahui apa yang terjadi pada Fisya pada hari raya nanti. Tunggu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan