Selamat Hari Raya... Maaf Zahir Batin..
Jom nak story mory sikit..hehehe Kita start cuti raya 16hb tapi 15hb kita dah balik kg naik bas dah. Kita balik ngan anak saudara, mokcik jumaah..
Tapi sebelum balik tu, kita ada jumpa someone nie sebab kita order biskut raya dengan dia. Mesti korang tak caye kan, kita boleh tangkap gambar berdua... Nak tengok tak pic orang tu..
Taraaa..
Kita bagi pic kecik je.. Pelik jugak, sebab dia kalau kuar ngan kita tak pernah nak main phone kecuali panggilan dari family je dia akan jawab. Tapi hari tu dia ambik phone, pastu dia kata nak take picture. Ada 1 picture kita x pandang, tapi lepas tu dia panggil, kita pandang nampak camera terus buat peace... hehehe Dapatlah gambar tu, kita dah pesan kat dia jangan masuk atau publish dekat mana-mana pun, tapi dia dengan senang hati p masukkan dalam group sek.. Amboii, suka hati betul lah dia kan.. #hot #taksuka
Ada orang tanya kita, apa perasaan kita pada dia.. Sejujurnya kita suka dia, tapi untuk terus bersama dengan dia kita tak tahu.. Berserah hanya kepada Allah.. Sebab ada perkara pada dia yang kita tak berapa suka.. Tapi tak ada manusia yang benar-benar sempurna kan..
Kita cuma nak seseorang yang boleh terima diri kita seadanya. Terima family kita, terima semua kelebihan n kekurangan diri kita. Setia dengan kita sebagaimana kita sangat setia dengan dia. Kita nak sambung belajar, jadi lagi lah kita perlukan seseorang yang sangat memahami diri kita dengan kerjaya yang kita ceburi.
Untuk dapat seseorang itu bukan mudah.. Dengan dia kita banyak makan hati je.. So, demi kebaikan banyak pihak kita lepaskan dia dari hati kita. Kita anggap dia hanya seorang kawan yang selalu kongsi masalah itu sahaja.
Kita selalu doakan dia berjaya dalam perniagaan dia dan berharap kita jua berjaya dalam bidang kita. Semoga kami berdua akan sama-sama jumpa orang yang boleh terima diri kita seadanya.. Insha'Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan