Jumaat, 3 Julai 2015

RESEPI GRILL CHICKEN CHOP

RESEPI GRILL CHICKEN CHOP By : lina pg

Bahan - Bahan:
4 keping whole leg (debone)
1/2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram 
2 sudu besar kicap manis (lina pg gn kicap mee)
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1cm halia(tumbuk kasar)
Lada hitam, lada sulah
Sedikit olive oil

Cara-cara
Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel
Cucuk sedikit bahagian yg ada isi dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.
Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah
Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering
Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging...memang best
Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus

Tiada ulasan:

Catat Ulasan