Ya Allah, semakin hari aku semakin jauh dariMu...Panggillah aku kembali untuk sentiasa bersamaMu... Berikan aku kekuatan untuk terus bernafas di muka bumiMu ini...di akhir sisa-sisa hidupku...
Selasa, 24 April 2012
Kosong.....~
Tidak tahu bagaimana aku ingin memulakannya semua, aku juga manusia biasa yang ingin hidup bebas seperti orang lain. Namun apakah dayaku, aku dikurung didalam sangkar yang entah bila akan terbukanya.. Bilakah waktu untuk aku bisa terbang bebas, menerawang ke seluruh pelusuk dunia. Kadang-kala aku terfikir, berginikah kesudahan hidupku, terikat dengan semua janji-janji antara kita. Hidupku hanya satu sandiwara, untuk mengembirakan semua orang, segala kata-kata hati hanya mampu disimpan tanpa diluahkan. Kesabaranku ada batasanya, namun kerana kasih yang sayang kepadamu aku korbankan segala. Aku rindukan saat-saat kita bersama, aku rindukan semua tentang kamu.. Namun aku akur dan pasrah dengan segala ketentuanNYA, kau pergi saat-saat aku memerlukan. Air mataku tidak dapat mengubati hatiku lagi, aku ingin mencari aku yang dahulu. Seorang wanita yang tabah, sabar, kuat walau apa jua dugaan yang mendatang... Dimana semua itu, dimana dia pergi menghilang.....
5 ulasan:
Biarku buka pintu sangkarnya akak..
Pergilah dikau terbang bebas...Aku ingin terbang bersama-samamu, namun kepakku sudah tidak berdaya lagi mengepak setelah sekian lama ku melarikan diri mencari redhaNYA..
Terbanglah kakakku syg..Terbanglah..Terbanglah dikau seorang..Terbanglah menuju cahayanya di ufuk... ;'(
Jika mampu aku terbang bebas, akan ku terbang mencarimu dulu duhai adikku...
Aku ingin mencari kekuatan ku,
yang semakin hari semakin jauh meninggalkanku...
Usahlah dikau mencari diri ini,
Mungkin ketika itu aku sudah tiada lagi,
Sudah kubuka pintu sangkarmu dgn sepenuh hati,
Pergilah dikau terbang seorang diri,
Kejarlah kekuatanmu kembali,
Aku tidak berdaya mengekori,
Tinggalkanlah aku di sini,
Aku akan sentiasa menanti,
Andai aku tiada pabila dikau kembali,
Titipkan sekalung doa suci buat diri ini,
Dan aku ingin kau ketahui,
Bahawa dikau sangat kusayangi,
Sehingga di akhir nyawaku nanti..
:'(
InsyaAllah ieda...k.as akan ingt ieda smpai bila2...selagi doberikan kekuatan, dan peluang ini...
Catat Ulasan