Kemana kau menghilang saat-saat aku sangat memerlukanmu, sungguh kejamnya dirimu membiarkan aku menangung segala rasa ketika itu. Hadirnya dia memberikan aku kekuatan baru untuk meneruskan hidup, menjaga maruah keluargaku. Namun kenapa susah untuk menghadirkan rasa cinta kepada dia. Kerana kasihku, aku korbankan segala rasa cintaku. Masih bolehkan aku memulakan sesuatu yang baru dalam perkahwinan kita.~ Aisyah Soffiya
Kerana kasih aku menerima dirimu, walaupun tiada rasa cinta antara kita. Kita mampu untuk memulakannya dari mula. Hadirnya kamu memberikan aku sesuatu yang selama ini aku cari. Sanggupkah kau berkorban kasih untuk kebahagian keluargaku. Hatiku pilu bila kau sendiri yang memintanya dariku, hadirkanlah rasa cinta itu hanya untuk diriku. Aku akan terus menantimu, tidak sesekali aku akan melepaskan kamu pergi dari hidupku. ~ Adam Ashraff
Fitnah yang aku terima membuatkan aku pergi meninggalkan kamu tanpa aku bertanya kepadamu sendiri. Sungguh aku terlalu kejam, namun apa dayaku lagi. Aku kembali untuk terus menyambung cinta kita. Tiada siapa dapat menghalangnya lagi, jika aku tidak dapat memilikimu aku akan pastikan dia jugak tidak dapat memilikimu. ~ Qayyum Haikal
Aku hanya ingin kau menjadi milik aku seorang, jika kau benar-benar sayang aku tinggalkan dia. Kenapa perlu dia dalam hidup kamu, atau mungkin kamu sudah jatuh cinta dengannya. Apa yang aku inginkan selalu aku dapat, dia tidak dapat untuk menghalangnya lagi. Aku akan pastikan kamu menjadi milikku tanpa dia didalam hidupmu lagi. ~ Farah Natasya
P/S: Jika cinta perlukan pengorbanan, aku akan korbankan ia demi kasih dan cintaku kepadamu. Kerana simpati, kerana kasih, semua ini terjadi. Bolehkah pengorbanan itu membuatkan aku lebih bahagia??
P/S: Jika cinta perlukan pengorbanan, aku akan korbankan ia demi kasih dan cintaku kepadamu. Kerana simpati, kerana kasih, semua ini terjadi. Bolehkah pengorbanan itu membuatkan aku lebih bahagia??
2 ulasan:
Inn: cinta sejati, bila diberi tanpa terfikir untuk menerima.
cukuplah sekadar dia mengerti dan hargai.
pasti bahagia yg mendatang..
cepat la post entry..mcm best je ni..
hehehe...sabarlah kak inn...ngah duk menyiapkan kerja, xsempat nk taip...idea ngah bnyk masa plak xda...adoi...sabar je lah nie...hehehe
Catat Ulasan