Maaf,
Aku tidak dapat memaafkan dirimu lagi,
Kesakitan yang kau tinggalkan,
Terlalu sukar untukku sembuhkan,
Mungkin dulu,
Aku memudahkan kata-kata maaf,
Namun kini,
Ia tidak semudah yang diungkapkan.
Maaf,
Aku tidak boleh menerima kau kembali,
Maaf,
Aku tidak boleh menjadi ibu kepada zuriatmu,
Aku jua manusia biasa,
Kejamkah aku?
Pernahkah kau tanya soalan itu kepada dirimu dahulu?
Disaat-saat kau tinggalkan aku,
Di waktu perkahwinan kita,
Kau tinggalkan aku berseorangan,
Aku dan keluargaku,
Terpaksa menanggung segala rasa,
Kerana takdir Ilahi,
Dia hadir menyelamatkan keadaan,
Walaupun tidak aku cintai,
Aku adalah miliknya ketika ini,
Lupakanlah aku untuk selama-lamanya..
by Aisyah Saffina Binti Ahmad Tajuddin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan