Isnin, 24 Mac 2014

Doa untuk dikurniakan Zuriat.. Surah Maryam (1-4) & Surah As-Saafaat (100)

Semanis Kurma ~ Anak Satu Jantina


Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)". (A-li'Imraan 3:36
Surah-Surah yang boleh diamalkan :)Surah Maryam (Ayat 1-4)
Kaaf, Haa, Yaa, Ain, Saad (Maryam 19:1)

(Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria.
(Maryam 19:2

(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan. (Maryam 19:3)
Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. (Maryam 19:4)Surah As-Saafaat (Ayat 100)
" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"
(As-Saaffaat 37:100)
P/S: 1.Redha dengan ketentuan daripada ALLAH SWT.  2. Bersyukur dengan kurniaan daripadaNYA 3. Terus bersabar 4. Sentiasa berdoa kepada ALLAH dikurniakan anak yang soleh & solehah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan