Selasa, 3 April 2012

Cintaku

Cinta,
Sesuatu yang cukup indah,
Namun,
Cinta juga menyakitkan,
Sedalam mana cinta kita,
Terhadap sesuatu,
Cinta kepadaNYA menjadi teraju utama.

Sungguh aku jua,
Ingin untuk jatuh cinta lagi,
Namun perasaanku takut,
Takut kehilangan cinta itu.

Cinta yang benar-benar ikhlas,
Tidak perlukan pembalasan,
Cinta yang ku hulurkan,
Hanya keranaNYA.

Jika cinta telah ku lafazkan,
Aku jadi malu sendirian,
Terkaku aku kerana keterlanjuran itu,
Adakah bisa untuk aku menerimanya?

Jika benar kau mencintaiku,
Cintalah kamu kepada DIA,
Kerna hanya DIA,
Mengetahui segalanya.

Jika benar cinta itu milik kita,
Aku pasti DIA pasti bersama kita,
Bersabarlah duhai hati..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dan cinta itu adalah rasa...rasa adalah kurnia.Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya.Saya ini orang baru dan banyak yang perlu di pelajari.Harap dapat berikan tunjuk ajar

Asmaisya berkata...

saya jugak orang baru kak, masih belajar disini...terima kasih kembali kerana sudi mengunjungi blog sya yang tak seberapa nie... :)

Catat Ulasan