Kenyataan nie aku sokong, sebab aku nie kategori banyak cakap jugak. :)
Tapi aku akan diam jika aku sedang ada masalah, kalau aku cakap aku akan nangis. Kalau tak cakap pun aku nangis jugak.. hehehe
Aku selalu terapi diri dengan menangis, walau orang kata perempuan yang selalu menangis nie lemah tapi TIDAK bagi aku.
Kadang-kala kita perlu menangis, walaupun masalah tu tak selesai tapi sekurang-kurangnya kita akan rasa lega lepas kita menangis.
Ada jugak orang kata pada aku, kalau menangis biar hanya kepadaNYA.
Tapi aku bukan seorang yang lemah, cuma tu cara aku untuk menghilangkan sedikit tekanan walaupun aku tahu, masalah tu tidak akan selesai pun.
Aku selalu fikir nak lari dari masalah, padahal ALLAH SWT tu sedang menguji tahap kesabaran aku.
Bagi aku, setiap dugaan tu pasti ada hikmahnya. Walaupun ia pahit untuk dihadapinya, pasti akan ada kegembiraan dihujungnya.
Mengenali dia membuatkan aku terleka,
Mengenali dia membuatkan aku merasa sesuatu yang luar biasa,
Mengenali dia membuatkan aku semakin dekat dengan pencipta kta.
Alhamdulillah, terima kasih YA ALLAH kerana memberi aku peluang untuk merasa gembira, sedih, tekanan, kesabaran, & yang paling penting kerana pernah memberi aku peluang rasa cinta & dicintai.
Semoga selepas ini, cinta & kasihku ini hanya untuk yang HALAL bagiku sahaja. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan