Selasa, 4 Mac 2014

Cinta???

Cinta

Bila dengar orang cakap perkataan nie buat aku jadi senyum sendiri. Terlalu susah nak diungkapkan dengan satu patah perkataan. 


Bila cinta datang menyapaku,
Aku jadi kaku,
Aku jadi kelu
Tidak dapat diluahkan dengan kata-kata
Mata hanya memandang
Namun hati sedang berbicara
Jika ini yang aku inginkan
Jika ini yang aku mahukan
Jika ini yang terakhir buatku
Akan aku laksanakannya.

Hehehe... Cinta tu nampak indah, namun tidak semua orang tahu. Keindahan itu tidak selalunya akan ada, tapi jika kita sentiasa bersama ALLAH, in sha ALLAH cinta itu tidak akan pernah lari dari kita. 

Buat ketika ini, buat masa ini, cukup bagiku menyintai ALLAH & Rasul selepas tu keluargaku. 

Siapa tidak ingin bercinta & dicintai, namun aku percaya belum tiba waktu tu untuk aku. 

Tapi aku sentiasa berdoa agar, bila cinta itu hadir ia hanya untuk seseorang yang halal untukku & dapat menerima diriku & keluargaku. 

Tiada yang lebih mengembirakan aku selain keluargaku gembira. Walaupun hati berkata tidak, namun aku pasti akan lakukan hanya untuk keluarga ku yang tercinta. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan