Jumaat, 28 Mac 2014

Maksud Bacaan dalam SOLAT

Solat adalah tiang agama yang menentukan keimanan dan ketetapan hati seorang hamba Allah. Di akhirat kelak, solat adalah benda pertama yang akan diajukan oleh Allah SWT kepada manusia ketika dihisab. Rukun Islam kedua ini seharusnya bukan hanya sekadar melakukan perbuatan dan tertib di dalam solat itu sahaja tetapi perlu juga mengetahui maksud bacaan dalam setiap perkara yang dilakukan dalam rukun solat supaya solat lebih khusyuk dan insyaAllah diterima oleh Allah SWT.

Berikut adalah makna makna bacaan dalam solat fardu yang dikerjakan 5 waktu sehari semalam .

Takbiratul-Ihram / Takbir
Allaahu' Akbar Allah Maha Besar

Doa Iftitah

Allaahu akbar kabiira, walhamdulillaahi katsiira, wa subhanallaahi bukrataw, waashiila
Innii wajjahtu wajhiya, lillazii fatharassamaawaati walardha, haniifam, muslimaa, wamaa ana minal musrykiin
Innasshalaatii, wa nusukii, wa mahyaaya, wa mamaati, lillaahi rabbil 'aalamiin 
Laa syariikalahu, wabidzaalika umirtu, wa ana minal muslimiin 

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Al Hamdu Lillaahi Rabbil ‘Aalamiin. Arrahmaanir Rahiim. Maalikiyaumiddiin. Iyyaaka Na’budu Waiyyaaka Nasta’iinu. Ihdinash Shiraathal Mustaqiim. Shiraathal Ladziina An’amta ‘Alaihim Ghairil Maghdhuubi ‘Alaihim Waladhdhaalliin. Aamiin.
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Subhaana, rabbiyal, 'adzhiimi 
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Sami'allaahu, li, man, hamidahu Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Rabbanaa, lakal, hamdu Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Subhaana, rabbiyal, a'laa, wa, bihamdihi 
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Allaahummaghfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa'nii, wahdinii, wa 'aafinii, warzuqnii 
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Attahiyyaatul mubaarakaatus shalawaatut thayyibaatulillaah 
Assalaamu' alayka ayyuhannabiyyu warahmatullaahi wa barakaatuh
Assalaamu 'alayna wa 'alaa 'ibaadillaahis shaalihiin 
Asyhadu allaa ilaaha illallaah 
Wa asyhadu annaa muhammadar rasuulullaah 
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Attahiyyaatul mubaarakaatus shalawaatut thayyibaatulillaah 
Assalaamu' alayka ayyuhannabiyyu warahmatullaahi wa barakaatuh
Assalaamu 'alayna wa 'alaa 'ibaadillaahis shaalihiin 
Asyhadu allaa ilaaha illallaah 
Wa asyhadu annaa muhammadar rasuulullaah 
Allaahumma, shalli 'alaa muhammad, wa 'alaa, aali muhammad 
Kamaa, shallayta, 'alaa ibrahiim, wa 'alaa, aali ibraahiim 
Allaahumma, baarik, 'alaa muhammad, wa 'alaa aali muhammad
Kamaa, baarakta, 'ala ibraahiim, wa 'alaa, aali ibraahiiim 
Fil 'aalamiina Innaka, hamiidummajiid 
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut ( Solat Subuh)
Allah humah dini fiman hadait.
Wa'a fini fiman 'afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a'tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alaik. Waiinahu layadziluman walait. Walaa ya'izzuman 'adait.
Tabaa rakta rabbana wata'alait.
Falakalhamdu 'ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Wasallallahu 'ala Saidina Muhammad. Wa'ala alihi wasahbihi Wasallam.
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Doa Solat Dhuha

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, kita masih lagi diberi pinjaman nyawa untuk terus berada dibumiNYA ini.
Jadi hari nie, saya nak masukkan beberapa doa dan maksud bacaan dalam solat...
Harap ia akan berguna pada masa-masa akan datang..
InshaALLAH..
Doa Solat Dhuha
Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka
Wal Bahaa-A Bahaa-Uka
Wal Jamaala Jamaaluka
Wal Quwwata Quwatuka
Wal Qudrata Qudratuka
Wal Ishmata Ishmatuka

Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu
Wan Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu
Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu
Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu
Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu

Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika
Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika
Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash Shalihin

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU

Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh

Khamis, 27 Mac 2014

Wanita Syurga Bidadari Dunia.

Lirik Lagu Wanita Syurga Bidadari Dunia
Keanggunan yang terpancar darimu muslimah
Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah
Kau hadirkan pesona
Malu berbalut takwa
Laksana syurga di dunia
c/o
Keteguhan hatimu oh wanita muslimah
Ketetunan dirimu yang terbingkai solehah
Perhiasan dunia tunduk pada Yang Kuasa
Sejukmu menenangkan jiwa..

Engkau wanita syurga bidadari dunia
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta

Engkau wanita syurga permata berharga
Bernilai indah dalam kesucian jiwa...

Note: 
Mampukah kita semua menjadi wanita syurga di mana di dunia ini menjadi bidadari???

Rabu, 26 Mac 2014

30 ORANG PERTAMA DALAM ISLAM

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

p/s: Simpanan untuk hari-hari yang mendatang. :)

Selasa, 25 Mac 2014

Bersyukurlah

Alhamdulillah
Besyukur kerana ALLAH masih memberi kita peluang lagi untuk bernafas lagi.

Setiap pekara yang berlaku telah terlulis sejak azali lagi. Siapa kita untuk mempersoalkannya??
Tapi kita diberikan akal dan fikiran, untuk kita memilih apa yang baik & buruk

Hari ini 25/03/2014, semua persoalan telah terjawab. Dimana MH370 telah sah terhempas di Lautan Hindi. Semua itu ada satu kekuasaan ALLAH, membuktikan kekuasaanNYA terlalu besar. Bersyukurlah kerana ALLAH masih memberi kita peluang bernafas lagi buat ketika ini. 

Kita hanya manusia biasa, bila-bila kita akan dijemput kembali kepadaNYA. 
Semoga dengan kejadian yang telah menimpa kita di Malaysia ini akan memberi semua umat Islam lebih banyak pengajarannya lagi. In Shaa Allah. 

Isnin, 24 Mac 2014

Doa untuk dikurniakan Zuriat.. Surah Maryam (1-4) & Surah As-Saafaat (100)

Semanis Kurma ~ Anak Satu Jantina


Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)". (A-li'Imraan 3:36
Surah-Surah yang boleh diamalkan :)Surah Maryam (Ayat 1-4)
Kaaf, Haa, Yaa, Ain, Saad (Maryam 19:1)

(Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria.
(Maryam 19:2

(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan. (Maryam 19:3)
Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. (Maryam 19:4)Surah As-Saafaat (Ayat 100)
" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"
(As-Saaffaat 37:100)
P/S: 1.Redha dengan ketentuan daripada ALLAH SWT.  2. Bersyukur dengan kurniaan daripadaNYA 3. Terus bersabar 4. Sentiasa berdoa kepada ALLAH dikurniakan anak yang soleh & solehah.

Selasa, 18 Mac 2014

Jom Zikir ~ Heliza Helmi


Lirik Lagu/ Lyrics
Lagu 'Jom Zikir' nyayian Heliza Helmi

Wahai sahabat semua                                       La ilaha illallah
Kita adalah hambaNya                                     La ilaha illallah
Jadi mari kita                                                    La ilaha illallah
Berzikir kepadaNya                                         Muhammadur Rasulullah

Wahai sahabat semua                                       La ilaha illallah
Kita adalah hambaNya                                     La ilaha illallah
Jadi mari kita                                                    La ilaha illallah
Berzikir kepadaNya                                         Muhammadur Rasulullah

La ilaha illallah                                                  Bangun pagi amal zikir ini
La ilaha illallah                                                  Mudah-mudahan bertambah rezeki
La ilaha illallah                                                  Subhanallahi wa bihamdihi
Muhammadur Rasulullah                                   Subhanallahil 'adzim

5 kali satu hari                                                  Wahai sahabat semua
Jangan tinggal walaupun sekali                          Kita adalah hambaNya
Solat & Al-Quran pelindung diri                       Jadi mari kita
Allah sayang kita tenang hati                             Berzikir kepadaNya

La ilaha illallah                                                  Dengan mengingati Allah hati kita kan tenang
La ilaha illallah                                                  Mari kita semua basahi lidah
La ilaha illallah                                                  Dengan berzikir kepada Allah Yang Maha Esa
Muhammadur Rasulullah

Wahai sahabat semua                                       La ilaha illallah
Kita adalah hambaNya                                     La ilaha illallah
Jadi mari kita                                                    La ilaha illallah
Berzikir kepadaNya                                         Muhammadur Rasulullah

La ilaha illallah                                                  Subhanallah
La ilaha illallah                                                  Alhamdulillah
La ilaha illallah                                                  Allahuakbar
Muhammadur Rasulullah                                   La ilaha illallah

La ilaha illallah                                                  La ilaha illallah, La ilaha illallah
La ilaha illallah                                                  La ilaha illallah
La ilaha illallah                                                  Muhammadur Rasulullah, Muhammadur Rasulullah
Muhammadur Rasulullah                                   Allahuakbar

Kau Selamanya ~ Heliza Helmi

Aku amat sayang kamu
Dari dulu hingga kini
Tak berubah ku terlena keranamu

Walau apa pun terjadi
Aku setia menyanyangi
Diri kamu kan berada di hatiku

Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku

Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu

Terimalah diriku seadanya sederhana
Ku berserah kepadamu Ya Ilahi

Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku

Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu

Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku

Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu

Kau insan teristimewa
Dulu kini selamanya
Ku terimakan dirimu oh sayangku

Ku harap kau pun begitu
Sama-sama mencintai
Oh indahnya cinta ini bersamamu

Isnin, 17 Mac 2014

Kuasa Doa ~ Surah A-li'Imraan (173) & At-Taubah (129)

Semanis Kurma ~ 13.03.15~ Kuasa Doa

3 Cara ALLAH SWT kabulkan doa kita
* Allah bagi apa yang kita doakan dengan segera didunia
* Allah tangguhkan di akhirat nanti
* Allah jauhkan kita dari musibah

Doa ~ Doa yang boleh dijadikan amalan sepanjang kehidupan kita. 

Doa Nabi Yunus A.S
(Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri).”
“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”

(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim.)

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :

“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“ Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s.

Doa Nabi Ibrahim A.S
Hasbunallah wa ni’mal wakil bermaksud – Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung..


Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)". (A-li'Imraan 3:173)

Surah At-Taubah, Ayat 129
Fain tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huwa AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAatheemi

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." At-Taubah 9:129

Ahad, 16 Mac 2014

~Today~

Kenapa rasa nak fikir negatif yer?
Aku sanggup berkorban, tapi dia?
Semua nak cepat, tapi ada je yang dia buat lambat.
Sakit jugak kadang-kadang hati nie untuk tahan semuanya, tapi masih mampu bertahan.
Macam mana nak selesaikan semua nie secepatnya?
Rasa dah tak sanggup nak tengok dia lagi.

Sakit
Hanya Allah yang mengetahuinya
Tiada kata dah mampu untuk diluahkan
Tak sanggup untuk melihat
Tapi kena hadapainya
Bagaimana ingin bertahan & bersabar lagi

#stressatryverra

Khamis, 13 Mac 2014

March oh Mac

Nak tengok sikit pe jadual untuk mac nie... :) 

11.03.11 ~ Aku mula melangkahkan kaki di alam pekerjaan. Macam tak caye je dah habis study kan. Disebabkan rasa kasih sayang terhadap family aku pun kerja dekat ngan rumah je dulu, sambil menjaga anak-anak abang.

13.03.14 ~ So, sekarang dah 3 tahun aku kerja... Wah,macam baru je kan.. (Sebab xda kete lagi)...hehe

13.03.14 ~ Tarikh nie, birthday someone. Tapi tahun nie dah masuk 5 tahun aku hanya boleh sedekahkan dia Al-Fatihah & Surah Yassin. Last aku sambut dia pada 13.03.09 waktu aku sem 3. Tapi kat hospital, sebab waktu tu dia dah start sakit dah.. Selepas tu, aku hanya boleh doa je untuk dia. Walau apa pun, saya akan doakan agar awak tenang disana. In Sha Allah, selagi Allah mengizinkan saya untuk melakukannya untuk awak. 

2004 - 2009 = 5 Tahun @ 2009 -2014 = 5 Tahun 
Dah tiba masa untuk aku mulakan hidup baru tanpa dia, tanpa kenangan dia. Aku mesti move on, sampai bila nak hidup dalam kenangan je kan... Aku tahu, aku mampu buat. :)

Lagipun aku kan ada azam yang perlu aku tunaikan tahun nie.. Emm..buat aku rasa tak sabar plak... Hehehe (gelak nakaiii) Hope semua berjalan seperti yang dirancang, walaupun lari sikit2 tu perkara biasa, tapi janji azamnya terlaksanakan... 

Selasa, 11 Mac 2014

Untukmu Imamku

Terlintas tanya hati, siapakah yang kan mengisi
Hari-hariku nan penuh cinta, yang kan membawa ke syurga
Dia yang mencintaiku, dan semua kekuranganku
Yang kan membimbingku di dunia, menuju cinta yang kuasa

untukmu imamku, kuserahkan segala cintaku
cinta yang kan menuntunku menggapai cintaNya bersama dengan muu
untukmu imamku, kuberikan kesetiaan ku
berdua memadu janji satu, sambut cintaku hanya untukmu

dia yang mencintaiku, dan semua kekuranganku
yang kan membimbingku di dunia
menuju cinta yang Kuasa

untukmu imamku, kuserahkan segala cintaku
cinta yang kan menuntunku menggapai cintaNya bersama dengan muu
untukmu imamku, kuberikan kesetiaan ku
berdua memadu janji satu, sambut cintaku hanya untukmu

Honestnya

Kadang-kadang orang tak percaya ini saya.. Tapi kenapa yer?? 

Saya seorang yang jujur, walaupun kadang-kala mulut agak tiada insurance sikit .. But, bila saya dah rasa salah, saya akan cepat2 mintak maaf... Nak buat macam mana kan, saya terlalu jujur sehingga tak fikir dah apa akibatnya... 

So, mulai hari nie..saya kena cakap bila perlu. Agar tiada hati yang akan terluka.. Terutama my mom... I'm so sorry.. Bukan niat nak sakitkan hati mak, tapi orang terlalu jujur... Maaf sangat-sangat mak, maaf dunia akhirat... 

Tapi salah ke kalau aku jujur dengan diri aku sendiri, tak hiporit macam sesetengah orang. 

Bila bercinta plak, saya jujur jugak...Sehingga tak boleh nak terima sesiapa pun, tapi saya pelik jugak kenapa arwah berjaya menarik perhatiaan saya kan?? 

Siapa saya? Apa yang saya ingin kan? Sampai saya sendiri pun tak kenal siapa saya sebenarnya.

Macam mana saya nak kenal cinta, kalau saya sendiri pun tak kenal diri saya kan.... Cuma saya tahu cinta kepada ALLAH dan keluarga saya je. Sehinggakan saya sanggup tolak semua cinta lain untuk keluarga saya. 
Tapi perlu ke saya buat semua tu? atau terima sebab family saya tetap akan terima?

Payah jugak saya nie rupanya... hehehe

p/s: Saya memang seorang yang jujur, jadi siapa yang kenal rapat ngan saya akan tahu kalau saya sayang seseorang tu, saya akan sayang sampai bila-bila.. Akan memaafkan selepas 3 jam bergaduh...hehe

Setia ku Menanti

Setia aku menanti dirimu

Aku masih disini mengingatimu,
Bersendirian aku sendiri,
Mencari dimana kesilapanku,
Dimana kesalahanku,
Kemana arah penghujung cinta kita.

Semakin aku kehilangan kekuatan diri,
Untuk terus menyintaimu lagi,
Terlalu banyak kau mengkianatiku,
Namun maaf ku hulurkan jua.

Tiada kata lagi mampu aku luahkan
Tiada penhujung lagi yang ku nanti
Kerna ku tahu kekuasaanNYA
Kau dan aku tidak akan bersatu

Ingin aku berlari
Namun berat kaki melangkah
Lalu 
Aku temanggu disini
Hanya menanti mu
Walau
Ia mustahil buatmu

Isnin, 10 Mac 2014

Alhamdulillah, akaun tempat lama dah hampir sepenuhnya siap. 
 Harap sangat dapat siapkan dalam minggu nie. 
Tapi lepas nie macam mana plak yer??? 

Nak teruskan atau stop je.??? 
Confius lah.. kat sini akaun dia entah pape, aku rasa macam x boleh nak teruskan
kalau boss xnak tukar sistem.. 

Susah lah mcm nie, semua kena betulkan..
Lagipun, sistem nie bagi aku bukanlah yang tebaik.. 
Tapi boleh diguna pakai je.. 

Hope, my boss akan agree with me.. 


Sabtu, 8 Mac 2014

Pray for MH370

08.03.14
Hari jadi mimie yang ke-24. Tapi ada satu kejadian di Malaysia yang tak diduga.
Iaitu kehilangan kapal terbang MH370 (Kuala Lumpur - Beijing).


Walau apa pun dugaan yang Allah SWT turunkan untuk kita, ia mengajar kita erti SABAR. Ujian atau dugaan itu, bukan untuk kita selesaikan tapi adalah untuk kita sabar & terus mendekatiNYA lagi. 

Semoga Allah mempermudahkan pencarian pesawat ini & menyelamatkan umat islam didalamnya. 

#prayforMH370

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Aku bersyukur kerna ALLAH
Memberi aku peluang untuk rasa bahagia ini

Terima kasih Ya Allah
Atas setiap kurniaanMU ini
Setiap rasa ini
Setiap dugaanMu ini
Setiap apa jua yang terjadi
Setiap detik & masa
Setiasa bersamaku
Dalam daku suka atau duka

Terima kasih
Kerna sentiasa memberiku 
Ingatan agar sentiasa mengingatiMu

Semoga
Dengan rasa ini
Selepas ini
Aku akan lebih berusaha lagi
Untuk terus mendekatiMu
Mendalami agamaMu

Terima kasih
Kerna memberiku peluang ini
~Alhamdulillah~

Sayang mak, ayah dan family sentiasa
Tiada siapa dihati ini selain kalian

Jumaat, 7 Mac 2014

Surah Al Taubah (128-129) & Surah Al Imran (173)

Doa-doa nie dapat dari Semanis Kurma (Harta vs Cinta)

Kelebihan Surah Al Taubah ayat 128-129
Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah

- jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.

- jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
- jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
- jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
- jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
- jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
- jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.

Untuk dipermudahkan hafazan:
Ayat 128

“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”

Maksud ayat 128
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Ayat 129

“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”

Maksud ayat 129
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.

Surah Al Imran ayat 173
Doa ketika menghadapi tekanan (stress)



Maksudnya: Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya segala urusan kami)". (Ali ‘Imran 3: 173)

Menurut Bukhari, Ibn al-Munzir, al-Hakim dan al-Baihaqi, daripada Ibn Abbas berkata bahawa doa di atas merupakan kalimah yang terakhir diucapkan oleh Nabi Ibrahin ‘alaihis salam sebelum dicampakkan ke dalam api. Ia juga diucapkan oleh Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam ketika golongan kafir menakut-nakutkan Nabi tentang tentera bersekutu yang akan menyerang Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. (Tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 173, surah ali ‘Imran).

Dewi Cinta

Lirik Lagu Dewi Cinta - Adira
Apa yang perlu ku lakukan
Untuk menyatakan padamu
Yang cinta ini adalah tanpa batasan

Percayalah yang diri ini
Hanya untuk bersama mu
Ke mana pun jua
Andai hayat bersama ku

Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat

Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Ohh...ohhh
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat

Wahai dewi dewi cinta
Katakanlah pada dia
Yang diri ku ini adalah ratu cinta
Yang sangat menyayangi mu

Ohh....Ohh
Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat

Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat
Tapi percayalah aku tetap dekat

Rabu, 5 Mac 2014

Menangislah hanya dihati

Selagi mampu untuk aku tahan, akan aku tahan air mata ini dari jatuh ke pipi. 

Tiada siapa yang mengerti, rasa takut, risau semua bercampur menjadi satu. 

Aku hanya mampu untuk terus bersabar, kerna aku tahu SABAR itu INDAH. 

Mesti sabar menghadapi sebarang dugaan, tanpa dugaan ini aku tidak akan rasa seronok untuk terus melangkah di bumi ini. 

Setiap ujian & dugaan ini adalah untuk mematangkan aku, mendekatkan aku denganNYA. 

Semoga kesabaran ini akan terus kekal dihatiku ini. Jika aku menangis, biarlah ia hanya dihati.

Selasa, 4 Mac 2014

Cinta???

Cinta

Bila dengar orang cakap perkataan nie buat aku jadi senyum sendiri. Terlalu susah nak diungkapkan dengan satu patah perkataan. 


Bila cinta datang menyapaku,
Aku jadi kaku,
Aku jadi kelu
Tidak dapat diluahkan dengan kata-kata
Mata hanya memandang
Namun hati sedang berbicara
Jika ini yang aku inginkan
Jika ini yang aku mahukan
Jika ini yang terakhir buatku
Akan aku laksanakannya.

Hehehe... Cinta tu nampak indah, namun tidak semua orang tahu. Keindahan itu tidak selalunya akan ada, tapi jika kita sentiasa bersama ALLAH, in sha ALLAH cinta itu tidak akan pernah lari dari kita. 

Buat ketika ini, buat masa ini, cukup bagiku menyintai ALLAH & Rasul selepas tu keluargaku. 

Siapa tidak ingin bercinta & dicintai, namun aku percaya belum tiba waktu tu untuk aku. 

Tapi aku sentiasa berdoa agar, bila cinta itu hadir ia hanya untuk seseorang yang halal untukku & dapat menerima diriku & keluargaku. 

Tiada yang lebih mengembirakan aku selain keluargaku gembira. Walaupun hati berkata tidak, namun aku pasti akan lakukan hanya untuk keluarga ku yang tercinta. 

Isnin, 3 Mac 2014

Terapi Diri

Kenyataan nie aku sokong, sebab aku nie kategori banyak cakap jugak. :) 

Tapi aku akan diam jika aku sedang ada masalah, kalau aku cakap aku akan nangis. Kalau tak cakap pun aku nangis jugak.. hehehe

Aku selalu terapi diri dengan menangis, walau orang kata perempuan yang selalu menangis nie lemah tapi TIDAK bagi aku. 

Kadang-kala kita perlu menangis, walaupun masalah tu tak selesai tapi sekurang-kurangnya kita akan rasa lega lepas kita menangis. 

Ada jugak orang kata pada aku, kalau menangis biar hanya kepadaNYA. 

Tapi aku bukan seorang yang lemah, cuma tu cara aku untuk menghilangkan sedikit tekanan walaupun aku tahu, masalah tu tidak akan selesai pun. 

Aku selalu fikir nak lari dari masalah, padahal ALLAH SWT tu sedang menguji tahap kesabaran aku. 

Bagi aku, setiap dugaan tu pasti ada hikmahnya. Walaupun ia pahit untuk dihadapinya, pasti akan ada kegembiraan dihujungnya. 

Mengenali dia membuatkan aku terleka,
Mengenali dia membuatkan aku merasa sesuatu yang luar biasa,
Mengenali dia membuatkan aku semakin dekat dengan pencipta kta.

Alhamdulillah, terima kasih YA ALLAH kerana memberi aku peluang untuk merasa gembira, sedih, tekanan, kesabaran, & yang paling penting kerana pernah memberi aku peluang rasa cinta & dicintai.

Semoga selepas ini, cinta & kasihku ini hanya untuk yang HALAL bagiku sahaja. :)

~Tired~

Hari nie rasa lemau, lesu, mengantuk, sakit kepala, sakit hati, sakit jiwa, sakit semuanya. 

Kes yang hari tu masih belum selesai lagi, sebab tu semua nie muncul. 

Geram pun ada gak, tapi sekarang nie boleh buat bersabar~bersabar~bersabar~bersabar dan terus bersabar...

Rasa nak menangis sepuas-puasnya, nak lari seketika untuk semua nie. 

As kuat, kena kuat n terus kuat ok.