Isnin, 30 April 2012

Kisah Hati ~ 1

      Pagi ini aku masuk ke pejabat seperti biasa, aku memulakan tugasku seperti hari isnin yang lain. Hanya minggu ini sahaja aku masih disini, selepas ini aku akan memulakan langkah ke tempat baru. Aku ingin menyiapkan semua tugas aku dengan sebaik-baiknya, namun tiba-tiba aku dipanggil oleh majikan tempat aku bekerja. Aku pun pergi menuju ke pejabat dia.

Aku    : Emm... Ada apa ye encik?

Dia     : Awak sampai bila dekat sini? Kerja awak semua dah selesai ke?

Aku    : Sampai 4hb je encik. Semua kerja dah siap tinggal tunggu claim dari staff dan nk hantar ke KL sahaja.

Dia     : Awak jangan nak berhenti selagi kerja awak tak selesai.

Aku   : Diam sekejap....dalam hati aku menjawab "Suka hati saya lah, sape suruh awak buat hal ngan saya." Tapi ini bukan aku...lalu aku menjawab "Baik encik, saya akan pastikan semua selesai sebelum saya berhenti kerja. Tapi kalau semua ok, saya nak cuti pada 4hb ni."

Dia    : Tak kisah lah janji kerja awak siap.(dengan nada keras) 2hb saya nak awak ajar semua dekat saya. (ish dulu suruh ajar admin sekarang ajar dia, malasnya lah)

Aku  : Baik encik. 

      Lalu aku pun kembali ke tempat kerja aku semula. Sakitnya hati ini, hanya Allah je yang tahu. Kenapa dia buat macam ni. Kalau tak suka pun boleh tak cakap baik-baik sikit, baru ingat cuti tahunan tu nak biar je, tapi dah jadi macam ni. Aku akan siapkan semua kerja sebelum 4hb tak kira susah macam mana pun. Benci sungguh aku dengan bos yang macam ni, dia ingat dia baik sangat. Aku pun xheranlah.

      Ada kakak-kakak dekat opis nie kata, dia sayang aku lebih sebab aku pandai dan rajin. Dah memang aku jenis macam nie pun. Dan aku bekerja memang bidang aku, jadi kalau semua tersusun dan betul itu memang tugas aku untuk membantu meningkatkan kualiti syarikat. Dulu time kerja sebagai pembantu kedai pun aku macam ni jugak, waktu praktikal pun macam ni jugak. Aku tetap aku, malas nak jadi orang lain. Tapi kenapa dia sanggup buat semua staff dia macam ni? 

    Biarlah asalkan dia bahagia, lantak dia lah. Lepas ni, aku tak akan ambik kisah lagi tentang  pejabat ni. Tapi boleh ke ye? Sebab aku ni, walau dah tinggalkan pun aku tetap ambik berat lagi.. Masalah sungguhlah aku ni... Emmmm... inilah kisah aku hari ni, walau sibuk macam mana pun, sempat lagi updated blog.. kikikikiki

    Selepas waktu lunch, aku ingin menyiapkan semua namun tiada elektrik pulak. Kenapa semua ini terjadi disaat-saat akhir. Akhirnya jam 6.45 petang baru kaki ini melangkah keluar dari pejabat. Sungguh penat dirasakan, tapi nasib baik esok cuti dapatlah aku merehatkan diri. 

Melukut Ditepi Gantang



Tiba-tiba terdengar lagu ni... Hayati liriknya.. 
Adakah aku juga sedang melukut ditepi gantang??


Di malam yang sunyi
Dudukku termenung sorang diri
Di jendela sepi


Hingga dinihari
Ku menantikan kepulanganmu
Namunkah hanya sekadar
Tinggal kata-kata
Bagaikan melukut di tepi gantang
Begitulah aku
Di dalam hidupmu
Ada tiada tak memberi kesan
Hanya aku menanggung
Kerinduan..


Dulu pernah kau katakan
Sayangg..
Ingin mendengarku berlagu riang..
Menawar duka laraku
Lupakan saja..
Derita yang berlalu
Tapi mengapa dirimu, kasih..
Ibarat lalang ditiup angin
Kasihmu diracun
oleh kata fitnah
penuh hina
Hingga kini kau biarkan saja..
Diriku menanggung sepi
Dengan irama dukaku
Yang tak bermakna
bagimu…


Kerana Fitnah kau sanggup tinggalkan aku keseorangan disini....

Selasa, 24 April 2012

Kosong.....~

          Tidak tahu bagaimana aku ingin memulakannya semua, aku juga manusia biasa yang ingin hidup bebas seperti orang lain. Namun apakah dayaku, aku dikurung didalam sangkar yang entah bila akan terbukanya.. Bilakah waktu untuk aku bisa terbang bebas, menerawang ke seluruh pelusuk dunia. Kadang-kala aku terfikir, berginikah kesudahan hidupku, terikat dengan semua janji-janji antara kita. Hidupku hanya satu sandiwara, untuk mengembirakan semua orang, segala kata-kata hati hanya mampu disimpan tanpa diluahkan. Kesabaranku ada batasanya, namun kerana kasih yang sayang kepadamu aku korbankan segala. Aku rindukan saat-saat kita bersama, aku rindukan semua tentang kamu.. Namun aku akur dan pasrah dengan segala ketentuanNYA, kau pergi saat-saat aku memerlukan. Air mataku tidak dapat mengubati hatiku lagi, aku ingin mencari aku yang dahulu. Seorang wanita yang tabah, sabar, kuat walau apa jua dugaan yang mendatang... Dimana semua itu, dimana dia pergi menghilang.....

         Ya Allah, semakin hari aku semakin jauh dariMu...Panggillah aku kembali untuk sentiasa bersamaMu... Berikan aku kekuatan untuk terus bernafas di muka bumiMu ini...di akhir sisa-sisa hidupku...

Jumaat, 13 April 2012

Kasih Aku Korbankan - Teaser

Kemana kau menghilang saat-saat aku sangat memerlukanmu, sungguh kejamnya dirimu membiarkan aku menangung segala rasa ketika itu. Hadirnya dia memberikan aku kekuatan baru untuk meneruskan hidup, menjaga maruah keluargaku. Namun kenapa susah untuk menghadirkan rasa cinta kepada dia. Kerana kasihku, aku korbankan segala rasa cintaku. Masih bolehkan aku memulakan sesuatu yang baru dalam perkahwinan kita.~ Aisyah Soffiya

Kerana kasih aku menerima dirimu, walaupun tiada rasa cinta antara kita. Kita mampu untuk memulakannya dari mula. Hadirnya kamu memberikan aku sesuatu yang selama ini aku cari. Sanggupkah kau berkorban kasih untuk kebahagian keluargaku. Hatiku pilu bila kau sendiri yang memintanya dariku, hadirkanlah rasa cinta itu hanya untuk diriku. Aku akan terus menantimu, tidak sesekali aku akan melepaskan kamu pergi dari hidupku. ~ Adam Ashraff

Fitnah yang aku terima membuatkan aku pergi meninggalkan kamu tanpa aku bertanya kepadamu sendiri. Sungguh aku terlalu kejam, namun apa dayaku lagi. Aku kembali untuk terus menyambung cinta kita. Tiada siapa dapat menghalangnya lagi, jika aku tidak dapat memilikimu aku akan pastikan dia jugak tidak dapat memilikimu. ~ Qayyum Haikal

Aku hanya ingin kau menjadi milik aku seorang, jika kau benar-benar sayang aku tinggalkan dia. Kenapa perlu dia dalam hidup kamu, atau mungkin kamu sudah jatuh cinta dengannya. Apa yang aku inginkan selalu aku dapat, dia tidak dapat untuk menghalangnya lagi. Aku akan pastikan kamu menjadi milikku tanpa dia didalam hidupmu lagi. ~ Farah Natasya

P/S: Jika cinta perlukan pengorbanan, aku akan korbankan ia demi kasih dan cintaku kepadamu. Kerana simpati, kerana kasih, semua ini terjadi. Bolehkah pengorbanan itu membuatkan aku lebih bahagia??             




   

Isnin, 9 April 2012

Tiada Maaf Untukmu Lagi

Maaf,
Aku tidak dapat memaafkan dirimu lagi,
Kesakitan yang kau tinggalkan,
Terlalu sukar untukku sembuhkan,
Mungkin dulu,
Aku memudahkan kata-kata maaf,
Namun kini,
Ia tidak semudah yang diungkapkan.


Maaf,
Aku tidak boleh menerima kau kembali,
Maaf,
Aku tidak boleh menjadi ibu kepada zuriatmu,
Aku jua manusia biasa,
Kejamkah aku?
Pernahkah kau tanya soalan itu kepada dirimu dahulu?


Disaat-saat kau tinggalkan aku,
Di waktu perkahwinan kita,
Kau tinggalkan aku berseorangan,
Aku dan keluargaku,
Terpaksa menanggung segala rasa,
Kerana takdir Ilahi,
Dia hadir menyelamatkan keadaan,
Walaupun tidak aku cintai,
Aku adalah miliknya ketika ini,
Lupakanlah aku untuk selama-lamanya..


by Aisyah Saffina Binti Ahmad Tajuddin



Persahabatan vs Percintaan


Persahabatan vs Percintaan

Duhai sahabatku,
Dikala aku keliru, kesedihan, kegembiraan,
Hanya kau yang sentiasa bersamaku,
Kau memberikan aku kekuatan,
Kau memberikanku galakkan,
Untuk aku terus melangkah,
Di akhir sisa-sisa hidupku,
Sungguh aku terlalu menyanyangi dirimu,
Doaku semoga persahabatan ini, 
Terus berkekalan,
Di dunia hingga Akhirat.

Aku mungkin boleh menjadi,
Seorang sahabat yang cukup baik untukmu,
Namun aku belum tentu mampu,
Untuk menjadi isteri yang terbaik untukmu,
Sungguh aku terlalu menyanyangi,
Persahabatan kita.

Maafkanlah diriku ini,
Duhai sahabatku,
Kerna terpaksa menolakmu,
Bukan niatku,
Untuk menyakiti hatimu,
Namun hanya ini yang mampu,
Aku lakukan demi persahabatan kita.

Didalam diam,
Hatiku bukan milikku lagi,
Tanpa aku sendiri sedari,
Demi kasih dan sayang kita,
Doakanlah kebahagiaan diriku ini,
Duhai sahabatku.

Selasa, 3 April 2012

Cintaku

Cinta,
Sesuatu yang cukup indah,
Namun,
Cinta juga menyakitkan,
Sedalam mana cinta kita,
Terhadap sesuatu,
Cinta kepadaNYA menjadi teraju utama.

Sungguh aku jua,
Ingin untuk jatuh cinta lagi,
Namun perasaanku takut,
Takut kehilangan cinta itu.

Cinta yang benar-benar ikhlas,
Tidak perlukan pembalasan,
Cinta yang ku hulurkan,
Hanya keranaNYA.

Jika cinta telah ku lafazkan,
Aku jadi malu sendirian,
Terkaku aku kerana keterlanjuran itu,
Adakah bisa untuk aku menerimanya?

Jika benar kau mencintaiku,
Cintalah kamu kepada DIA,
Kerna hanya DIA,
Mengetahui segalanya.

Jika benar cinta itu milik kita,
Aku pasti DIA pasti bersama kita,
Bersabarlah duhai hati..