Khamis, 19 Januari 2012

Terima Kasih Ya Allah...


Ya Allah, 
Hambamu bersyukur kepadamu.
Kerana dia telah mendengar suaraku dari jauh.
Kemunculannya telah membuatkan diriku tersenyum kembali,
Setelah sekian lama diriku merasakan kekosongan.


Ya Allah, 
Salahkah diriku jika menyukainya dalam diam,
Kerana Agama yang ada dalam dirinya,
Bukan kerana rupa dan bukan juga kerana hartanya.

Perasaan kasih, sayang dan cinta ini turunya dariMu,
Aku besyukur dengan segalanya,
Kerana aku masih mempunyai kesempatan untuk merasainya,
Walaupun diriku tahu ianya hanyalah untuk seketika.

Cintaku kepadanya hanyalah untuk sedetik ini,
Tapi cintaku kepadaMu adalah Cintaku yang akan Kekal Abadi,
Sehingga Ke akhir hanyat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan