Selasa, 17 Januari 2012

Cinta Kau Tidak Dihargai


Kasih yang kau lafazkan,
Aku tak menghargainya.
Cinta yang kau beri,
Ku biarkan bergitu sahaja.
Tapi sehingga ke saat ini,
Hanya kau yang ku ingati,
Walaupun ku tahu kau telah tiada lagi,
Kenangan itu akan tetap terus abadi di hati ini.

Disaat kau sedang berlawan dengan kesakitan,
Dimana aku ketika itu,
Sungguh kejamnya diriku saat itu,
Tapi kau tetap kata aku sentiasa buat kau bahagia.
Pilunya hatiku ini saat kau lafazkan kalimah itu,
Hanya Allah yang tahu.

Pabila kau telah tiada baru ku sedar cinta kau terlalu ikhlas buat diriku,
Kenapa baru sekarang aku sedar??
Terlalu terlewat, tapi aku percaya setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.

Sekarang aku akan cuba untuk menghargai setiap insan yang hadir dalam hidupku, agar aku tidak melakukan kesilapan ini buat kali kedua . Semoga kau sentiasa aman besemadi di sana. Doaku akan sentiasa bersamamu, hingga ke akhir hembusan nafasku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan