Isnin, 30 Januari 2012

Setiaku Menanti


Bagaimana harus aku luahkan,
Betapa diriku sentiasa menanti dirimu,
Kemana kau menghilang,
Dimana kau masih bersembunyi,
Sejauh mana kau pergi,
Sejauh mana kau menghilang,
Diriku di sini sentiasa menantikan dirimu,
Menanti dengan penuh kesabaran,
Seperti pungguk yang sentiasa menanti sang bulan,
Bergitulah hatiku sentiasa menanti dirimu,
Semakin kau menjauh,
Aku rasa semakin dekat kau dengan diriku,
Sungguh aku sangat merindui dirimu,
Walau sejauh mana kita terpisah,
Jika telah tersurat kau dan aku berjodoh,
Pasti suatu hari nanti kita pasti kan bertemu jua,
Jika bukan didunia pasti kita bertemu disana..

Aku akan setia menantimu,
Dengan penuh kesabaran,
Duhai,
Pemilik rusukku. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan