Jumaat, 20 Januari 2012

Salahkah Diriku Mencintai Dirimu



Salahkah diriku jika menyukai dirimu dalam diam??
Sakit memang akan sakit jika kita hanya memendam rasa keseorangan,
Tapi apakan dayaku, aku hanya seorang perempuan,
Wajarkah diriku untuk meluahkan rasa kasih dan cintaku ini kepadamu. 

Apa pandangan dirimu jika aku meluahkan rasa yang sedemikian?
Mesti kau menyatakan yang diriku tidak tahu malu dan tak sedar diri,
Jadi daripada aku sakit mendengar segala tohmahan darimu,
Lebih baik aku hanya memendamkan sahaja segala rasa yang bergelora di hatiku ini. 

Aku tahu dalam diam kau mencintai wanita lain,
Sebab tu aku hanya mampu melihat sahaja segala gurau sendamu dengan dirinya,
Aku sangat bahagia melihat kau tersenyum, ketawa disamping dirinya,
Tapi diriku, perasaanku, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Kadang kala diriku bertanya,
Kenapa aku mesti jatuh cinta pada dirimu,
Sedangkan dirimu sedikit pun tak pernah memandang diriku ini.

Berdosa aku kerana mencintai dirimu,
Semakin aku mencintai dirimu, semakin dekat diriku dengan pencipta kita,
Kerana aku tahu jika aku tidak dapat mencintaimu didunia ini,
Tapi aku mampu mencintai pencipta kita dengan lebih mendalam.

Cukup rasanya bagiku dengan apa yang sedang aku lakukan sekarang,
kerana Aku mencintaimu kerana Allah,
Perasaan yang hadir ini jua kerana pemberian dariNya,
Aku sangat bahagia dengan cinta yang datang sedetik cuma,
Sekurang-kurangnya aku dapat merasai manisnya rasa cinta itu,
Walaupun cinta itu tak pernah mendapat balasan darimu,
Tapi aku sangat bahagia.

Jika kau dapat membaca luahkan hatiku ini,
Aku hanya memohon agar kau tidak akan berkata apa-apa pada diriku,
Kau anggap sahaja yang aku luahkan ini bukan untuk dirimu,
Kerana aku tidak mahu kau memasam muka dengan diriku.

Aku menyayangi dirimu kerana Allah yang yang memberikan rasa cinta ini,
Aku berharap agar dirimu sentiasa bahagia dengan pilihan dirimu,
Jika suatu hari nanti kau datang kepadamu,
Aku akan sentiasa menerima dirimu. 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan