Selasa, 13 November 2018

Nota : 30.04.2012

Kadang-kala ingin sahaja aku melangkah jauh, meninggalkan segala-gala yang telah kita bina. Namun, entah kenapa hati kecilku ini sering menolaknya. Kenapa ini semua terjadi kepada diriku? Dimana aku yang dahulu, sentiasa bahagia, sentiasa mengembirakan semua orang disekeliling. Aku bagaikan terkurung dengan perasaanku sendiri. Apa yang harus aku lakukan jua aku tidak mengerti. 

Aku keliru, aku tak sekuat yang disangka. Kenapa aku harus laluinya buat masa ini. Kenapa saat aku ingin mengecapi bahagia, ia hadir semula. Aku penat, dengan semua ini. Aku ingi pergi jauh dari semua ini. Kenapa aku masih disini, sedangkan hatiku bukan disini lagi. 

Senyuman aku yang terukir hanya satu sandiwara, untuk menutup segala keresahan yang sedang dihadapi. Dimana aku yang dahulu, dimana aku sekarang?? Sampai bila aku harus menjadi lakonan di atas pentas ini. Aku sudah penat untuk terus bergini, 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan