Perlukah aku korbankan kebahagiaan yang aku ada untuk orang lain. Adakah pengorbananku ini betul-betul ikhlas. Sampai bila harus aku melakukan segala-galanya hanya untuk kebahagiaan orang lain.
Faris ~ Aku tahu kau tidak mungkin dapat lupakan dia selama-lamanya, tapi tak salah kalau kita mulakan dari awalkan? Kerna hanya aku sahaja yang memahami kamu. Izinkanlah aku untuk membahagiakan kamu walau hanya sedetik cuma. Jika kita telah mencuba tapi memang DIA tidak mengizinkan kita untuk bersama akan aku lepaskan kamu dengan cara yang terbaik. Tapi tidak salah untuk kita mencubakan??
Asmida ~ Haruskah aku korbankan segala kebahagian yang bakal aku mulakan, demi memenuhi permintaan terakhir dia. Adakah kebahagian akan aku perolehi selepas ini. Bagaimana jika kamu jua akan pergi mengikut jejak dia. Adakah hati ini kuat untuk berhadapan dengan segalanya untuk kali yang ketiga. Maafkan aku jika perbuatan aku ini akan melukakan banyak hati, namun aku harus pergi meninggalkan segala kenangan itu.
Hafizol ~ Walaupun kasih kita telah mula mekar, namun tanpa izinNYA kita tidak mungkin akan terus bersama. Hadirnya kamu untuk pinjaman kepadaku, tapi kenangan itu akan aku simpan terus ke dasar hati. Jika kau tertulis untukku, pasti kita akan tetap bersatu.
P/S: Jangan hidup dalam kenangan, kerna hanya DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
P/S: Jangan hidup dalam kenangan, kerna hanya DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan