Selasa, 13 November 2018

Nota : 30.04.2012

Kadang-kala ingin sahaja aku melangkah jauh, meninggalkan segala-gala yang telah kita bina. Namun, entah kenapa hati kecilku ini sering menolaknya. Kenapa ini semua terjadi kepada diriku? Dimana aku yang dahulu, sentiasa bahagia, sentiasa mengembirakan semua orang disekeliling. Aku bagaikan terkurung dengan perasaanku sendiri. Apa yang harus aku lakukan jua aku tidak mengerti. 

Aku keliru, aku tak sekuat yang disangka. Kenapa aku harus laluinya buat masa ini. Kenapa saat aku ingin mengecapi bahagia, ia hadir semula. Aku penat, dengan semua ini. Aku ingi pergi jauh dari semua ini. Kenapa aku masih disini, sedangkan hatiku bukan disini lagi. 

Senyuman aku yang terukir hanya satu sandiwara, untuk menutup segala keresahan yang sedang dihadapi. Dimana aku yang dahulu, dimana aku sekarang?? Sampai bila aku harus menjadi lakonan di atas pentas ini. Aku sudah penat untuk terus bergini, 

Jujur Aku Mencintai Kamu

Aku mencintai kamu,
Tidak tahu lagi bagaimana inginku sampaikan,
Hati ku berkata yang aku mencintai kamu,
Puas aku menolaknya,
Namun terlalu payah aku rasakan,
Bagaimana cara untuk aku sampaikan,
Aku takut dengan bayang-bayangku sendiri,
Aku takut pandanganmu terhadapku,
Aku takut kehilangan kamu,
Aku terlalu takut semua kebarangkalinya,

Bila masa aku menyanyangi kamu,
Aku sendiri tidak sedar,
Namun sekarang,
Saat ini,
Hanya kamu sentiasa difikiranku,
Hanya kepada Allah SWT,
Aku memohon pertunjuknya,
Jika kau adalah jodohku,
Aku akan menerimanya,
Andai dia adalah Jodohku 
Yang akan membawaku ke SyurgaMU
Dekatkanlah aku dengannya.

Hanya Kamu ~ YH~

~ Kasih Aku Korbankan ~

Perlukah aku korbankan kebahagiaan yang aku ada untuk orang lain. Adakah pengorbananku ini betul-betul ikhlas. Sampai bila harus aku melakukan segala-galanya hanya untuk kebahagiaan orang lain. 

Faris ~ Aku tahu kau tidak mungkin dapat lupakan dia selama-lamanya, tapi tak salah kalau kita mulakan dari awalkan? Kerna hanya aku sahaja yang memahami kamu. Izinkanlah aku untuk membahagiakan kamu walau hanya sedetik cuma. Jika kita telah mencuba tapi memang DIA tidak mengizinkan kita untuk bersama akan aku lepaskan kamu dengan cara yang terbaik. Tapi tidak salah untuk kita mencubakan??

Asmida ~ Haruskah aku korbankan segala kebahagian yang bakal aku mulakan, demi memenuhi permintaan terakhir dia. Adakah kebahagian akan aku perolehi selepas ini. Bagaimana jika kamu jua akan pergi mengikut jejak dia. Adakah hati ini kuat untuk berhadapan dengan segalanya untuk kali yang ketiga. Maafkan aku jika perbuatan aku ini akan melukakan banyak hati, namun aku harus pergi meninggalkan segala kenangan itu.

Hafizol ~ Walaupun kasih kita telah mula mekar, namun tanpa izinNYA kita tidak mungkin akan terus bersama. Hadirnya kamu untuk pinjaman kepadaku, tapi kenangan itu akan aku simpan terus ke dasar hati. Jika kau tertulis untukku, pasti kita akan tetap bersatu. 

P/S: Jangan hidup dalam kenangan, kerna hanya DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. 

Siapalah kita untuk menghukum orang lain??


Sejak kita tahu untuk membezakan antara kebaikkan dan keburukkan, bukan bermakna kita tidak pernah melakukan kesilapan lagi. Tapi bagaimana cara kita memperbaiki kesilapan tersebut? 

Kita bukan sesiapa pun, kita semua tidak sempurna. Kita hamba Allah yang mempunyai kekurangan dan kelebihan. Tapi kadang-kala saya terfikir juga, bagaimana cara untuk saya tidak melakukan sebarang kesilapan pada keputusan yang diambil. 

Bila saya berada pada bahagian pengurusan, saya selalu hadapi masalah untuk membuat keputusan. Kadang ia adalah untuk kebaikkan semua orang disekeliling saya. Saya tak tahu mana satu orang yang berkata benar, sebab saya tidak berada pada tempat kejadian. 

Ya Allah, bantulah hambaMU ini dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan fitnah. HambaMU ini takut jika apa yang dikatakan boleh melukakan hati manusia lain. 

~asmaisya~