Apa yang aku dapat, sebenarnya semua dari niat kita. Bagaimana kita sendiri yang mengatur orang yang bagaimana untuk kita kahwini. Semua dari diri kita sendiri.
Kalau kita nak dapat jodoh, kita kena perbaiki diri kita dulu. Jaga SOLAT, Jaga AURAT, Jaga IMAN, Jaga BATAS PERGAULAN dan yang penting semua yang kita lakukan untuk ke SYURGA ALLAH SWT. Insya ALLAH.. Selalu bangun awal Taubat, Tahajjud, Istiharah & Dhuha.
Tips untuk mendapat jodoh.
1. Buat jadi magnet yang baik, sampai jodoh tu cari kita.
2. Doa semoga penghujung yang baik - Semua nak masuk syurga.
3. Keutamaan perkahwinan - Kerana ALLAH SWT, Sunnah NABI, Zuriat bonus untuk kita disyurga nanti.
4. Sentiasa mencari Ilmu, walaupun dah berumahtangga untuk menjaga keharmonian keluarga kita.
5. Jadikan jodoh kita ini, ladang untuk kita mengumpul pahala ke jalan ALLAH SWT.
6. Tulis ciri2 jodoh yang bagaimana kita inginkan, berat, ketinggian, pekerjaan dll.
Note: Doa dalam hati moga Allah SWT mempermudahkan jodoh kita dalam setiap sujud yang terakhir setiap kali solat. InsyaALLAH, berusaha untuk mendapat yang baik kejalan ALLAH SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan