Hari nie aku berharap sangat yang barang tu sampai.
EEEEEEE...geramnya, tak sampai2 jugak.
Aku call client tu semula, tapi alasan dia Johor cuti hari nie.
Masalahnya bukan dia pos hari nie, dia pos hari rabu. Kalau betul lah dia pakai pos laju WHY tak sampai2 lagi. Tak kan pakai kura-kura kot hantar semula.
Aku tahu memang salah aku, tersalah alamat. But penerima tu call lah sini dulu, kata dia xda order barang, nie tak main pos semula. Ok, terima kasih sebab tolong pos, tapi kalau buat lagi masalah macam nie, aku rasa marah.. emm...sabar2..
Semua nie buat aku geram, marah, takut, nak mengamuk, sakit kepala, rasa nak demam & sebagainya.
Orang tak tahu bertapa pentingnya sesuatu tu pada seseorang. Mereka anggap tak pe, banyak lagi yang lain. Tapi bagi aku, kalau bukan hak kita, aku akan tolong orang tu sampai dia dapat hak dia semula nie boleh plak dia kata sibuk lah waktu aku mintak tracking no.
Cukup sekali aku tersalah hantar, tapi kalau bos nak marah, marah lah. Aku tak kisah, sebab memang salah aku. Kalau dia mintak aku berhenti pun, aku dengan terpaksa rela kena berhentilah.
Harap-harap sangat bos tak sampai suruh aku berhenti....
Sakitnya kepala memikirkan perkara nie. Semoga Allah memberikan aku sedikit kesabaran & kekuatan untuk menempun semua nie.
Jumaat, 28 Februari 2014
Hanya DIA
Maafkan aku
Kerna tidak dapat menerima kamu
Diketika ini
Dimasa ini
Dihati ini
Hanya ada Allah & keluargaku
Aku tidak dapat memilih kamu
Aku sendiri tidak tahu kenapa
Tapi aku memohon
Jika Allah SWT memberikan aku rasa itu sekali lagi
Aku berdoa agar rasa itu hanya untuk yang HALAL bagiku
Iaitu SUAMIku
Maafkan diri ini
Andai pernah membuat kamu terluka
Maafkan diri ini
Khamis, 27 Februari 2014
Hanya KepadaMU
Ya ALLAH SWT
Hanya kepadaMu hambaMu memohon
Mudahkanlah segala urusan kami
Didunia hingga ke akhirat
Ya ALLAH SWT
Jika ini merupakan satu ujian buat diriku ini
HambaMu bersyukur Ya Alllah
Jika ini satu kekuatan untukku
HambaMu ini bersyukur Ya Allah
Kerna ku tahu
Setiap kejadian ini
Datang kepada umatMU
Supaya umatMU ini sentiasa mengingatiMu
Alhamdulillah
Setiap ujian ini adalah satu kekuatan yang baru untukku..
Amin. Amin. Amin.
Rabu, 26 Februari 2014
Maaf ~ Maaf ~ Maaf ~
Namun apa daya aku kan, dah salah tapi aku sendiri pelik macam mana aku boleh salah macam nie sekali... Mungkin dah takdir aku kan, cuba jangan nak mempersoalkan perkara-perkara macam nie asmaisya. :)
Boss terus call, aku hanya mampu ucapkan kata MAAF berulang-ulang kali. Aku tak kisah pun kalau tiba-tiba bos nak potong gaji aku pun memang salah aku kan. Tahu barang2 boss nie MAHAL, satu set tu sama ngan gaji saya je pun.
Tapi, alhamdulillah.. Bos tak da lah mengamuk bagai, tapi next time sila berhati-hati lagi yer. Fuhhhhh...lega sekejap, tapi aku tetap tak tenang selagi barang client tak sampai pada client.
Maaf, hanya itu yang je yang aku mampu kata, sebab perkara dah terjadi bukan kehendak diri tapi pengajaran untuk aku supaya lebih fokus pada KERJA. hehe
In sha ALLAH, lepas nie aku akan lebih berhati2 lagi.
Buat incik Bosss thankssss a lot... hope saya x buat salah lagi yerr...
Syukur, Alhamdulillah... :)
Selasa, 25 Februari 2014
Dunia oh Dunia
Hidup kat cnie penuh dengan dugaan.
Kadang-kala kawan sendiri pun susah nak percaya.
Kita ingatkan dia hanya nak keluar biasa, tapi sebenarnya ada tujuan lain.
Aku jadi macam orang dipukau,
Tak boleh melawan walaupun aku tak nak,
Terpaksa ikut semua arahan walaupun aku tahu menyusahkan orang lain,
Terpaksa buat perkara yang aku tak suka,
Terpaksa, terpaksa, terpaksa,
Walaupun aku rasa seolah-olah itu bukan aku.
Berlarutan hingga 1 minggu,
Selepas bonda tercinta datang,
Aku baru sedarkan diri sepenuhnya.
Sewaktu terkena,
Aku solat tapi macam tak solat,
Aku rasa jauh dengan Tuhan,
Menggejar dunia yang entah ke mana.
Perkara nie membuatkan aku sedar,
Mana betul-betul kawan n lawan.
Walaupun dah setahun berlalu,
Namun kesannya sampai ke hari ini.
Aku rasa bersalah atas beberapa perkara,
Walaupun aku memohon maaf,
Tapi perhubungan itu tak akan kembali seperti dahulu lagi.
Aku tahu semua tu salah aku,
Tapi aku tak pernah mintak pun semua nie terjadi pada aku,
Mungkin ini adalah satu dugaan untuk lebih mematangkan aku.
Aku bersyukur pada ALLAH SWT sebab memberi aku dugaan seperti ini,
Banyak perkara yang aku belajar dari apa yang berlaku.
Aku cuma berharap, agar semuanya kembali normal seperti dahulu lagi,
Walaupun aku tahu, ia tidak mungkin akan terjadi... :(
Kepada orang yang berkenaan, saya mohon maaf sampai ke hari ini saya masih tak mampu untuk selesaikan semuanya... Tapi saya JANJI akan saya tunaikan secept mungkin..
Khamis, 20 Februari 2014
Today
Just want say something
But
I not sure it is important or not.
Yesterday
I saw her
and
I felt nervous suddenly
I don't know why
I still can not forget her???
I still can not forget her???
I still can not forget her???
But he faces the same
Even though I know he already pass
I can only pray for him
Perhaps he peacefully there
I promise
With myself
I'm going to start a new life
THIS YEAR.
2014
2014
So,
I must be strong to face.
Chaiyok... Cyaiyok... :)
Rabu, 19 Februari 2014
Sahabat vs Kawan
Sahabat... Sahabat...Sahabat..
Terlalu banyak maksud yang disampaikan. Tapi bagi aku sendiri sahabat & kawan adalah 2 perkara yang berbeza.
Pendapat aku sendiri, SAHABAT tu walau tidak selalu bersama, walau tidak selalu berhubung ia akan kekal dihati.
Tapi KAWAN nie senang je nak cari, duk tunggu bas pun boleh dapat kan.
Sahabat sejati, yang akan kekal selamanya sukar untuk ditemui. Bagaikan mencari mutiara di dasar pasir. Nampak semuanya sama, tapi ada 1 yang membezakan ia, iaitu nilai sesebuah persahabatan.
Aku sangat menghargai sahabat aku sendiri & ramai yang aku anggap sahabat. Sebab aku rasa tak boleh kalau dia jauh dari aku. Waktu sekolah, belajar & kerja.
Sahabat facebook pun ada, tapi tak ramailah. Sebab laman sosial nie bukan boleh percaya sangat. Cuma yang aku dah kenal sahaja aku sayang sangat2. HeHeHe
Tapi yang aku akan ingat sampai bila-bila Diyana, Julie, Sue, Mah, Suzie, Syada, Siah.. Nie zaman sekolah sampai sekarang masih berhubung walaupun ada yang antara kami dah tawen. aku dah jadi aunty pun.
Waktu zaman belajar, kami berlapan lah... Mie, Syikin, Diya, Shima, Ija, Mai, & Mira. Cuma yang berlapan nie, aku masih contact ngan Mie, Syikin, Diya n Ija yang lain tu macam sibuk je.
Tapi tak lupa buat Zue, Ct a.k.a adik, ita & gda. Mula-mula masuk study mereka lah teman sebilik aku n sampai sekarang jugak. Sama-sama buat nakal, minum tengah2 malam, selalu tak pergi turun events. Tapi seronok sangat2.
Walau dimana kalian berada aku tetap ingat kalian. Tak pernah sekali pun aku lupa tau. :)
Facebook, yang aku selalu contact kakak kesayangan aku lah kak Aida. Dia selalu ada ngan aku, kalau aku sedih, happy dia selalu ada. Tapi dia nie suka sangat suruh aku tawen. HeHe Bukan aku tak nak, tapi tak sampai masanya lagi. InshaALLAH tahun nie aku nk tunang hujung2 tahun nanti dengan siapa itu semua rahsia lagi.
Tapi tak lupa juga buat, adik tecit Ida, Wanie, umi Zana, Umi Zai, Kak fathia, kak inn, Kak ayu & sara. Mereka nie selalu gak wat aku rasa rindu nk jumpa. Tapi dengan kekangan masa n waktu aku sendiri tak terkejar untuk semua tu.
Waktu kerja, hanya yana n kak liya. Susah senang semasa, menangis bersama n ketawa pun bersama. Eh, macam lagu plak kan. hehe
Aku rindu saat-saat kami bersama dulu. Kadang2 bukan nak ingat semula tapi memang akan teringat walaupun xda niat pun. Ish, ayat putar belik sungguh kan. HihiHi
InshaALLAH waktu aku tawen nanti i hope semua mereka nie akan datang. Terubat sikit rindu nie. Panjangnya aku berceloteh hari nie, mentang2 incik bos tak da disebelah boleh lah.. hehe
Ok lah. Stop for today. Penutupnya...
Walau apa pun, as a.k.a ayu sayang kalian. Dunia n akhirat. Amin.
Selasa, 18 Februari 2014
Terima Kasih Bonda
Entah kenapa kadang-kadang saya rasa, seperti bonda tidak nampak diriku pun. Saya telah anggap dia seperti ibuku sendiri. Saya ada buat salah ke, atau kerana satu perkara tu yang membuatkan dia berjauh hati dariku.
Tapi someone tu dah berjanji dengan aku yang dia tidak akan menceritakan kepada sesiapa pun. Tapi kenapa aku rasa seperti dia tidak jujur dengan aku. Aku seorang yang berpengang dengan janji. Cuma keadaan diriku ini, yang membuatkan aku terpaksa menunaikan janji itu terlewat dari apa yang aku rancang.
Bonda, jika dengan sebab someone tu cerita kepada mu membuatkan bonda rasa saya ni seorang yang tidak menepati janji bonda salah. Saya berjanji dan akan menepatinya, cuma keadaan saya sekarang yang menyukarkan.
Jujur jika saya buang bonda dari hidup saya, saya tahu bonda tak pernah kisah kan. Tapi saya, sekali saya dah sayang seseorang tu saya akan sayang dia selamanya. Tak pelah bonda, jika dengan mendiamkan diri buat bonda lagi bahagia, saya akan mengundurkan diri.
Terima kasih, sebab pernah layan saya dengan baik suatu ketika dahulu. Saya sayangkan bonda, tapi mungkin bonda dah tak sayang saya lagi kan.
Hati saya terguris, walaupun sedikit, Saya tak pernah salahkan sesiapa, semua salah saya sendiri sebab terlalu mengharapkan sesuatu yang luar biasa. Sedangkan saya tahu siapa saya disini.
Terima kasih, terima kasih, terima kasih bonda.
Isnin, 17 Februari 2014
Cerita Semalam 16/02/14
Just nak cerita, semalam adalah detik dimana saya dapat jumpa kawan yang terlalu lama menghilangkan diri dari kami. Hampir 10 tahun kami tak dapat cari dimana dia berada. Walaupun ada pelbagai jenis it sekarang nie, tapi dia tetap tak bagi tahu dimana dia berada. Sebak rasa pertama kali menlangkahkan kaki dihadapan rumah dia.
Mulanya saya dan Dee rancang just nak tengok baby sebab dia baru lepas bersalin. Tapi rupa-rupanya dia ada wat majlis Aqiqah anak dia. Dee saje tak nak bagi tahu saya. Dah tak pasal-pasal p kenduri pakai seluar. First time kot macam nie. Hehe
Tapi apa pun, saya rasa seronok sangat sebab dapat jumpa dia. Terlalu lama Juliey kami mencari kamu, kenapa awak buat kami macam nie.
Tapi masih ada yang kami tertanya-tanya lah, sebab semalam dia ada kata, tiba-tiba dia dia terpaksa kawen. Bagi saya, tu memang dah jodoh dia. Tapi saya pun manusia biasa, kadang-kadang terpersoal plak. HiHiHi
Walau apa pun, saya bersyukur sangat sebab ALLAH masih bagi saya peluang untuk jumpa dia. Rindu sangat-sangat-sangat-sangat kat dia. Tapi kalau best lagi semalam, ada saya, Dee, Jue, Suzie n Sue. Memang lagi giler rasanya kami.
Pasal baby dia, sangat comel, baby perempuan. Buat saya rasa tak sabar-sabar nak ada baby sendiri. Tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya kan. Saya kena bersabar dan berusaha lebih mendekatiNYA, saya perlu berubah lagi untuk lebih bersedia menjadi seorang umi untuk anak-anak saya nanti.
Cuma saya bedoa agar Jue akan kekal bahagia dunia hingga ke jannah. Kehidupan didunia nie, hanya seketika tapi diakhirat nanti yang akan kekal selamanya. Doa saya akan terus bersama kamu sayang. HeHeHe (peace)
P/S: Ayu sangat sayang semua kawan-kawan ayu, dunia hingga akhirat. Semoga ukhwah ini akan kekal selamanya..