Rabu, 25 September 2013

250913

Terlalu banyak perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini, tapi mampukah aku bertahan lagi. Kadang-kala aku terfikir sampai bila aku harus bergini, menanti sesuatu yang aku sendiri belum ketahui. Terlalu payah untuk diteruskan namun aku akan terus melangkah. 


Maafkan aku jika disebabkan aku, terlalu ramai yang menitiskan air mata. Tapi kalau difikirkan secara positif, setiap orang akan mencari jalan yang terbaik untuk diri masing-masing kan. Bergitu jugak dengan aku kan, mesti mencari sesuatu yang terbaik. 

Semoga dengan langkah yang aku ambik ini akan lebih memudahkan semua orang. Amin.

Isnin, 23 September 2013

220913

Hari ni Hanna akan keluar dengan bf(best friend) Hanna. Sebenarnya Hanna malas nak keluar ingat nak berehat je di rumah, tapi sebab Hanna dah janji terpaksalah Hanna tunaikan. Hanna tetap pergi kerja macam biasa pagi ni, balik pun Hanna balik awal dari biasa. Kalau biasa Hanna akan balik pukul 4.00petang atau 5.00petang, tapi hari ni Hanna balik pukul 2.30petang. 

Hanna nak keluar jumpa kawan-kawan Hanna pukul 8.00malam, jadi sempatlah Hanna berehat dulu di rumah. Hehehe. Rumahku syurgaku, cewahhh.. Sampai dirumah Hanna solat zohor dan lepas tu apa lagi sambung baca novel lah. Sekarang Hanna sedang menghayati novel "Kau milikku" karya dari Pitteriah Abdullah. 


Buat masa ni, best jalan cerita dia. Suka sangat, pengorbanan seorang yang bergelar isteri. Jika Hanna sendiri diduga sedemikian Hanna belum tentu lagi mampu untuk menghadapinya. Cuma bagi Hanna cerita ni terlalu banyak melangkau (skip), tapi tetap best. Sebab kalau nak dihuraikan satu per satu, mesti tebal jadinya novel tu. 

Kembali kepada kisah Hanna, dalam pukul 6.30petang Hanna menuju ke stesen LRT untuk pergi berjumpa dengan sahabatnya. Kelemahan Hanna ni, bila naik tren Kelana Jaya Line mesti akan pening-pening dan muntah. Hanna ingatkan hari ini Hanna kuat, tapi tak ada maknanya. Hanna menuju ke bilik air dan muntah, selepas tu Hanna terus solat mahgrib. 

Selepas siap, Hanna terdengar ada message(sms) masuk tapi Hanna biarkan dahulu kerana kepalanya yang sedang pening tu. Setelah agak tenang baru Hanna membalasnya, dan Hanna terkejut kerana sangkaannya Dee yang akan mengambilnya distesen tapi malangnya bukan D. 

Namun Hanna buat seperti biasa tanpa memperdulikan apa yang akan berlaku. Selepas tu, Hanna pun keluarlah ngan someone nie n D sekali. 

Balik tu Hanna belikan kek for her sister, sebab hari nie birthday sister dia. HeHeHe baiknya Hanna nie kan. Tapi yang bestnya, Hanna pun dapat hadiah dari D n friend dia tu. Baru Hanna tahu kenapa D ajak keluar, rupanya nk celebrate birthday dia. 

Thanks a lot for my friend sebab selalu buat Hanna happy. :) 

So, hari nie hanya tu yang Hanna buat. Hope 

Jumaat, 20 September 2013

13.03.13 ~ Cantik

 13.03.13 ~  Satu tarikh yang tak mungkin aku lupakanya buat ketika ini. Rasa terlalu pantas masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah 4 tahun aku tak wish birthday pada dia. Tapi dah 4 tahun jugak setiap kali tarikh nie, pasti aku akan bacakan Yassin untuk dia. 

Semoga rohnya aman disana. 

Jika ingin katakan sedih memang sedih, tapi aku percaya ALLAH SWT lebih sayang pada dia, dah aku bersyukur kerana dia sakit hanya untuk seketika tidak seperti arwah kakak iparku. 

Walau apa pun, aku masih perlu meneruskan hidup ini. Semangat dia akan terus berada disisi aku sampai bila-bila. InshaALLAH

Note: Terlalu lama  disimpan sebelum dikeluarkan. :)

190913


Coretan dipagi hari

Terlepas bas lagi, nampaknya kena tunggu bas akan datanglah ni. Kalau Hanna cepat sikit tadikan tak payah nak tunggu lama-lama macam ni. Semua ni salah tudung, kalau dia cepat ok tadi, tak adalah Hanna nak kena tunggu macam ni. Salahkan tudung pulak, sedangkan yang lambat tu diri sendiri. Hari ni mood Hanna tak macam semalam, hari ni Hanna lebih bersemangat lagi. 

Rutin harian Hanna, sewaktu menunggu bas, pasti akan termenung atau berangan. 

Sampai di pejabat, macam biasa Hanna punya punch card mesti merahlah. Hanna dah tak kisah semua tu, janji kerja yang diamanahkan siap, lagipun Hanna selalu keluar lambat selepas habis waktu pejabat. Motto hidup Hanna, Kerja itu satu amanah dari Tuhan, jika kita tak buat waktu pejabat mesti digantikkan selepas itu. Ish...Sebenarnya bukan topik nie Hanna nak cerita hari ni, tapi topik yang Hanna "falling in love". Wah, macam tak percayakan, sebab Hanna ni bukan jenis perempuan yang mudah nak jatuh cinta ni. Siapa yang kenal Hanna, pasti tahu yang Hana sedang tipu. 

Tapi kali ni Hanna serius, Hanna rasa yang Hanna betul-betul dah jatuh cinta. Tapi dengan siapa? Hanna sendiri pelik, cuma hari ni, rasa macam dah jatuh cinta. Mungkin Hanna jatuh cinta dengan kerja kot. Tak kisahlah yang penting Hanna nak hari ni tersenyum je sepanjang hari. Biarlah apa orang nak cakap, yang penting Hanna happy

Khamis, 19 September 2013

Hanya Dikau

Ingin aku berlayar dilautan
Membawa seribu erti kehidupan
Aku berlari memecah keheningan hati
Cuba mencukil rasa kekecewaan yang bersarang
Mencari makna yang penuh tersirat 

Sungguh jika senja datang menyisir
Kenangan akan terus terpapar dibayangan mata
Kenapa terlalu sukar untuk ia pergi

Hanya dikau
Pertama kali aku berjumpa
Hanya dikau 
Mengajarku erti bahagia
Hanya dikau 
Memberiku mewarnakan kehidupanku
dan 
Hanya Dikau
yang satu
Sentiasa terpahat dihati ini.... 

Perginya dikau
Tanpa aku tangisi
Hadirnya dikau
Tanpa aku sedari...

Sudah kelaut....hehehe 
Lama sungguh x menaip... 

Sabtu, 15 Jun 2013

Andai Kau Tahu



Andai kau tahu
Apa yang aku rasa
Aku ingin kau selalu bersamaku

Andai kau tahu
Apa yang aku inginkan
Aku ingin terus memilikimu
Hingga ke akhir nafasku

Andai kau tahu
Cinta dan kasih ku ini
Hanya untuk kamu
Selepas cintaku kepada ALLAH yang satu

Andai kau mengerti
Bahasa mataku ini
Kau tahu aku sentiasa bersamamu
Dalam susah mahupun senang

Aku mahu kau tahu
Aku sangat merinduimu
Menantimu untuk mengerti
Isi hatiku ini

Jangan lepaskan aku
Pergi jauh dari hidupmu
Ikatlah aku dengan ikatan yang sah

Agar kita sama-sama akan terus berjuang
Untuk mencapainya kerjayaan ini
Kembali seperti dahulu

Selasa, 4 Jun 2013

Perjalanan Masih Belum Berakhir

16.05.2013 

Hari ini cukup satu tahun aku bekerja disyarikat coklat. Terlalu banyak yang telah aku pelajari. Pahit, suka, duka semua telah aku laluinya. Tapi aku percaya Allah SWT tidak akan menduga umatNYA jika kita tidak mampu untuk menghadapinya. Kenangan disini akan aku pahatkan sampai bila-bila. 

Bagaimana jika suatu hari nanti aku tidak dapat bersama dengannya lagi. Bagaimana jika tiada siapa yang akan mengantikan aku?? Bagaimana dia ingin menguruskan semua ini? Kenapa aku perlu untuk memikirkan semuanya ini??? Kenapa? Kenapa? Kenapa? 

Ini bukan milik aku, tapi terasa macam ia ada dihati ini. Kenapa aku perlu rasa sedemikian? Adakah dihati ini ada dia? 

Sehingga ke saat ini aku masih belum dapat menyelesaikan masalah yang aku hadapi. Terlalu payah untuk aku terus melangkah dengan semua ini. Senyuman dibibirku tidak pernah terpadam, namun dihati ini tiada siapa dapat menduganya. 

Kenapa aku berubah, kenapa dengan perasaanku sendiri. Adakah aku sedang mempertikaikan sesuatu yang aku sedang hadapi, adakah aku tidak bersyukur dengan apa yang aku miliki buat ketika ini.  

Ya ALLAH, jika ada dihati ini sedikit keraguan terhadap ujianMU. Jauhkanlah ia dari hatiku ini, dekatkanlah hati ini dengan diriMU yang ALLAH. 

Aku hanya seorang perempuan biasa, tapi cukup kuat dan sabar ke aku untuk hadapinya ini... 

Semoga semuanya akan terjawab suatu ketika nanti, semoga semua yang sedang dihadapi ini akan memperolehi keberkatan dariNYA.. 

Ya Allah, jika disini adalah yang terbaik untuk umatMU ini. Permudahkanlah semua urusanku disini. Jika aku hanya sementara, semoga pengantiku nanti boleh memperbaiki segala kelemahanku ini. 

Semoga cintaku ini kepadaMU, tidak akan berbelah bahagi lagi.. Amin... 


Rabu, 3 April 2013

Surah Al Waqi'ah dan terjemahan.


Khasiat Surah Al-Waqiah


Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:

1. Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenanganselama-lamanya.

2. Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka diadijauhkan dari kemiskinan selamanya.

3. Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.

4. Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

5. Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

6. Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:
  • Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. 
  • Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya. 
  • Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali. 
  • Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali. 
  • Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. 
  • Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang. 

7. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air danminum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”

8. Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit,diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Khamis, 7 Mac 2013


Assalammualaikum....Salam Sejahtera

Rasa macam dah terlalu lama tak updated apa-apa kat sini kan. Keadaan yang memaksa. terlalu sibuk dengan pelbagai perkara buat sementara waktu. Walaupun sibuk tak pernah sekali pun saya lupakan kamu.  Hehehe. Cuma masa yang terlalu cepat berlalu.. 

Terlalu banyak perkara yang berlaku pada diri ini, dari bulan 12 hingga ke hari ini. Kalau hati tak kuat rasanya aku mesti dah tersungkurkan. Namun, aku percaya setiap ujian dariNYA adalah kekuatan untukku pada masa akan datang. Aku bersyukur dengan apa yang terjadi, walaupun kadang-kala terasa lemah untuk menghadapi.

Terlalu perit yang aku alaminya, tapi selalu aku motivasikan diri sendiri agar sentiasa tersenyum walau payah, walau perit pun. Selalu berfikir yang masalah takut dengan senyuman, walaupun masalah tak selesai sekurang2nya aku masih mampu terus tersenyum lagi.

Sampai ke saat ini, aku mencari apakah jalan yang terbaik untukku menyelesaikan masalah ini. Perlukah aku mengorbankan segalanya hanya untuk sesuatu yang aku sendiri tidak pasti apakah penghujungnya.

Adakah hati aku mampu untuk terus menghadapinya. Hanya kepadaNya ku mohon segala petunjuk dan kekuatan walau secebis akan ku simpan untuk terus bertahan. 

Khamis, 14 Februari 2013


Semakin aku memahami kehendak hati,
Semakin bercelaru fikiranku ini,
Semakin aku ingin pergi,
Semakin rasa sayang melekat disudut hati ini.

Aku lepaskan dikau pergi dari hati ini,
Kerna aku benar-benar Redha sekarang ini,
Semoga ALLAH SWT sentiasa merahmati,
Jasadmu yang sedang bersemadi,
Amanlah dikau disana duhai cinta hati.