Khamis, 7 Mac 2013


Assalammualaikum....Salam Sejahtera

Rasa macam dah terlalu lama tak updated apa-apa kat sini kan. Keadaan yang memaksa. terlalu sibuk dengan pelbagai perkara buat sementara waktu. Walaupun sibuk tak pernah sekali pun saya lupakan kamu.  Hehehe. Cuma masa yang terlalu cepat berlalu.. 

Terlalu banyak perkara yang berlaku pada diri ini, dari bulan 12 hingga ke hari ini. Kalau hati tak kuat rasanya aku mesti dah tersungkurkan. Namun, aku percaya setiap ujian dariNYA adalah kekuatan untukku pada masa akan datang. Aku bersyukur dengan apa yang terjadi, walaupun kadang-kala terasa lemah untuk menghadapi.

Terlalu perit yang aku alaminya, tapi selalu aku motivasikan diri sendiri agar sentiasa tersenyum walau payah, walau perit pun. Selalu berfikir yang masalah takut dengan senyuman, walaupun masalah tak selesai sekurang2nya aku masih mampu terus tersenyum lagi.

Sampai ke saat ini, aku mencari apakah jalan yang terbaik untukku menyelesaikan masalah ini. Perlukah aku mengorbankan segalanya hanya untuk sesuatu yang aku sendiri tidak pasti apakah penghujungnya.

Adakah hati aku mampu untuk terus menghadapinya. Hanya kepadaNya ku mohon segala petunjuk dan kekuatan walau secebis akan ku simpan untuk terus bertahan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan