Jumaat, 20 September 2013

190913


Coretan dipagi hari

Terlepas bas lagi, nampaknya kena tunggu bas akan datanglah ni. Kalau Hanna cepat sikit tadikan tak payah nak tunggu lama-lama macam ni. Semua ni salah tudung, kalau dia cepat ok tadi, tak adalah Hanna nak kena tunggu macam ni. Salahkan tudung pulak, sedangkan yang lambat tu diri sendiri. Hari ni mood Hanna tak macam semalam, hari ni Hanna lebih bersemangat lagi. 

Rutin harian Hanna, sewaktu menunggu bas, pasti akan termenung atau berangan. 

Sampai di pejabat, macam biasa Hanna punya punch card mesti merahlah. Hanna dah tak kisah semua tu, janji kerja yang diamanahkan siap, lagipun Hanna selalu keluar lambat selepas habis waktu pejabat. Motto hidup Hanna, Kerja itu satu amanah dari Tuhan, jika kita tak buat waktu pejabat mesti digantikkan selepas itu. Ish...Sebenarnya bukan topik nie Hanna nak cerita hari ni, tapi topik yang Hanna "falling in love". Wah, macam tak percayakan, sebab Hanna ni bukan jenis perempuan yang mudah nak jatuh cinta ni. Siapa yang kenal Hanna, pasti tahu yang Hana sedang tipu. 

Tapi kali ni Hanna serius, Hanna rasa yang Hanna betul-betul dah jatuh cinta. Tapi dengan siapa? Hanna sendiri pelik, cuma hari ni, rasa macam dah jatuh cinta. Mungkin Hanna jatuh cinta dengan kerja kot. Tak kisahlah yang penting Hanna nak hari ni tersenyum je sepanjang hari. Biarlah apa orang nak cakap, yang penting Hanna happy

Tiada ulasan: